Stok Ayam

9:13:00 AM 3 Comments A+ a-

Ni la resepi rahsia penyedap bubur Arissa setiap hari :-)

Kalau tak letak ni rasa macam missing something je. Dah macam ajinomoto pulak. hehe

Mommy buat stok ni lebih kurang 2 minggu lepas. Dah nak habis pun. Weekend ni nak kena proses lain.


Sekarang puree mommy dah tak letak dalam bekas. Letak dalam plastik gini. Jimat ruang. Lagipun plastik susu ni dah tak guna. Dari membazir baik letak makanan Arissa.

Mommy ambik resepi ni dari Ummi Maryam tapi ada yang mommy tak letak sebab tak cukup bahan.

Bahan untuk stok ayam baby:

ayam (tulang temulang)
bawang besar holland
bawang putih
carrot
celery stick
halia
rempah 4 beradik

Semua campak dalam periuk. Letak air pastu rebus sampai ayam hancur. Agak-agak dalam 2 jam. Dah siap tapis masuk dalam ais cube. Masuk freezer. Bekukan. Siap! Bila nak guna letak la 2 ketul untuk setiap hidangan. Confirm sedap!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
March 27, 2012 at 11:15 AM delete

ooo tak yah blender ye bahan2nya ni.. maksudnya ain beli je rangka ayam tu, pastu rebus letak carrot letak kentang... bwg2 bagai. then airnya tapis masuk bekas ye.. oo ok ok

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 28, 2012 at 8:48 AM delete

ain >> a'ahh xyah susah. biar sampai air stok 2 jadi keruh. maknanya bahan2 dia dan sebati. letak dalam bubur. sedappppp!

mama adam >> konpem!

Reply
avatar