Koleksi Puree

12:00:00 PM 3 Comments A+ a-

Saje letak gambar besar-besar. Hehe

Ni kerja rumah 2 minggu lepas. Dah nak habis pun. Walaupun Arissa dah makan nasi lembik, tapi mommy still buat puree. Suka la memuree ni. Kerja memasak pun jadi kejap je.

Mommy buat puree labu, carrot, bunga kobis dan brokoli. Puree labu adalah WAJIB ada. Dah jadi penampah selera Arissa. Brokoli dia macam tak berapa suka.


Bubur ayam + labu + bunga kobis sangat sedap! Seyes! Mommy dah try. Hehe. Biasa kalau nak sediakan bubur Arissa mommy mesti letak stok ayam 2 ketul. Terus jadi wangi.

Dulu simpan puree dalam bekas. Tapi sekarang letak dalam plastik je. Makan space la pakai bekas. Menyesal beli peti aios freezer bawah. Sempit ler....

21-22 Apr 2012: Pureen Stock Clearance Sale

11:34:00 AM 3 Comments A+ a-

Mommiesssss.......!!!!!

Pureen warehouse datang lagiiiiiiiiiii..... !


Saper nak gi? Huhu. Mommy nak sangat pergi tapi rasanya macam tak dapat sebab minggu ni ma ngan abah datang. Nak beli cleanser pureen. Kat situ murah la sikit. Kalau tak silap RM16. Baju bajan macam dah tak boleh beli sebab Arissa macam dah tak muat.

Bagi mommies yang tak pernah pergi warehouse ni, boleh la cuba. Sure rabun mata. Boleh try google tips nak ke warehouse pureen ni. Siap ada tips tu. Tapi kalau boleh, plissssss jangan bawak baby. Dah lebih lagi jangan bawak stroller. Kalau nak bawak baby pakai baby carrier. Kesian kat baby nanti. Dah la crowded. Panas lak tu.

Ok mommies ni barang-barang yang diorang saleskan nanti: Check it out :-)

Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
Kids Toiletries
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Maternity Pads

Brands Offered
Pureen
Pureen Basic
Pureen Pride ‘N’ Joy
Tracia
Dr.Mist

Time
10am – 6pm

Location (603 7628 8888)
Summit Company (M) Sdn. Bhd.
Lot 6, Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya

Ke Carrefour Dengan Bos Kecik

2:52:00 PM 1 Comments A+ a-

Ya ampunnnnnn.....!

Heavennye shopping time orang kerja! Haha. Jangan jeles mommies ;-)

2 hari terkurung kat rumah, mommy rasa macam nak demam. Badan rasa lenguh-lenguh je. Hikhik. Kaki pun rasa gatal je tak tekan pedal minyak. Bagitau hasband sebelum dia gi kerja tadi nak ke Carrefour beli barang dapur sikit. Carrefour pun ada sale untuk 2 minggu ni. Air soya Drinho kotak besar RM3.70 untuk 2 kotak. My pebret tu. Harus rembat! Eh ter-promote plak kat sini ;-p

Kul 10.30 bersiap. Bagi Arissa makan kenyang-kenyang. Sebenarnya dah time dia tidur tu tapi saje takmo bagi dia tidur lagi. Kalau tak kang pukul 3 baru dia bangun, rosak la program mommy. Sebelum turun, siapkan susu dulu sebotol. Kang nanti balik mesti dia lapar.

Carrefour kat sini syok tau. Jarang penuh tempat parking. Kalau nak park kereta melintang atas 3 petak pun ok. Kalau muka tak malu sila la. Hehe.

Mommy parking betul-betul depan tempat troli. Ambik troli lapik dengan toto kecik. Letak Arissa.

Masa ni dia tengah terkejut lagi. Sebab biasanya mommy letak dia kat tempat duduk troli tu. Tapi macam tak selasa je dia duduk. Letak macam ni nampak ok. Dia diam je untuk 5 minit pertama.

Tengok la cik mek ni. Kalau orang panggil nak ambik gambar terus tunduk. Geram!

Naik je escalator dia dah berdiri. Dah berani la tu. Tapi still takmo bergambar. Kita panggil dia tengok. Sengih. Tapi nampak je kamera terus pusing tengok tempat lain. Haiyaaaa ini budak manyak susah mau amik gambar loooo.....


Seronok betul round-round kat situ. Rasanya customer tak sampai 10 orang pun kot.

Masa mommy duk tengok kat bahagian olive oil, tetibe macam ada benda lalu kat bahu kiri. Ingatkan lebah. Buat tak tau je la. Tapi Arissa bersungguh duk intai kat tepi dia. Mommy pun pusing la sama.


Dia duk tengok ni rupanya.


Ada burung jatuh. Kesiannya. Dah la bumbung Carrefour tu tinggi. Ingatkkan da mati. Rupanya hidup lagi. Mommy try la usik-usik ngan selipar. Dia gerak. Tapi sayap dia terlekat kat lantai. Ala kesiannya. Bila mommy tolak nak bagi dia bangun sayap dia takleh gerak sebab da lekat kat lantai. Tak sanggup nak tengok terus mommy tolak troli gi tempat lain. Huhu

Tapi Arissa tak puas lagi tu. Siap bangun berdiri pusing tengok lagi.



Cakap kat husband nak beli barang dapur je. Tapi terbeli jugak mainan. Ala murah je pun. Macamana iman tak goyah kalau tengok harga macam tak munasabah. Hehe. 1 harga RM5. Lagi 1 RM20. Brand Carrefour je tapi tak kisah la. Budak ni bukannya main lama mana sangat pun. Ni nak buat bekal ke Lumut nanti. Bagi senang ma tok ngan abah tok jaga Arissa.

Siap shopping terus balik. Arissa minum susu pastu lena :-)

Happy 10 Month Lil' Arissa

10:00:00 AM 2 Comments A+ a-


10 Bulan...?!!!
Wahhh cepatnya masa berlalu
hukhuk
Anak mommy dah besaq
Macam tak caya je dah ada anak umur 10 bulan
Tup-tup pasni anak dah nak masuk sekolah
Tak puas lagi main ngan budak tecik ni
Kalau boleh extend masa biar dia umur bawah 1 tahun lama sikit kan best
haha
boleh ke?

Tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

3:49:00 PM 0 Comments A+ a-

Sebagai panduan dan peringatan buat kita mommies semua. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungiNya

Penyebab:
Jangkitan virus kumpulan entrovirus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
COXACIE VIRUS A 106
ENTEROVIRUS EV 71

Punca:

Tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.

Penyakit ini menjangkiti mangsa dengan kontak secara langsung dengan pesakit selain melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

Tanda-tanda dan gejala:
Ruam dengan lepuh di tapak tangan kaki dan kawasan lepuh
Ulser di tekak dan mulut
Demam
Sakit kepala
Hilang selera makan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:
1.
Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
2.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk.
3.
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.
4.
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak kecil.
5.
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari dengan air liur anak.
6.
Elakkan membawa anak kecil ke tempat yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesen bas dan lain-lain.

Sekiranya jangkitan telah berlaku, langkah-langkah ini boleh diambil bagi mengelakkan penyebaran penyakit terus berlaku:
1.
Amalkan cara membasuh tangan dan kebersihan diri yang betul.
2.
Cuci hama dengan menggunakan larutan Chlorine 10%.
3.
Menjalankan pemeriksaan setiap hari kepada kanak-kanak sekolah yang terlibat dengan jangkitan virus ini. Sekiranya ada tanda jangan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan terus bawa balik ke rumah sendiri.
4.
Elakkan kanak-kanak bergaul dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
Bawa ke hospital atau klinik berhampiran.
Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu dan lupus dengan betul.

P/S: Duduk kat tempat ramai macam ni la. Tak tau nak salahkan sendiri atau taska. Sama-sama beringat la yea dok. Kalau boleh mommies, anak demam jangan la hantar ke taska. Kesian kat anak tu. Dan kesian jugak kat anak orang lain. Tak pasal-pasal jangkit nanti.

Awas Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

3:42:00 PM 5 Comments A+ a-

Huhu. Dugaan datang lagi. April bulan yang penuuh dengan dugaan :-(

Betul sangkaan mommy. Arissa terkena jangkitan Tangan kaki dan mulut! Ambik dia dari taska Jumaat baru ni, pengasuh cakap badan dia hangat. Mommy ingat demam lagi. Balik rumah bagi minum ubat. Malam bagi lagi sekali. Alhamdulillah dah tak panas.

Tapi malamnya dia macam tak lena tidur. Asyik nak merengek. Menangis. Pastu marah-marah. Bekeng pulak dia.

Bangun pagi Sabtu mommy tengok dia tergaru-garu kat leher. Tengok ada merah-merah. Ingatkan ruam yang selalu duk ada. Mommy sapu ubat dengan lotion. Lepas mandikan dia, tengok bintik-bintik merah tu macam berair. Chicken pop ke? Tapi tak demam pun.

Mommy macam dah syak penyakit tu sebab last jumpa Doc Serena pun dia dah ingatkan pasal penyakit tu tengah fames sekarang ni. Arissa nampak sangat tak selesa. Air liur asyik meleleh. Kesian sangat.

Ni gambar semalam. Pagi ni tengok makin banyak bintik-bintik halus kat tangan kaki dia.



Tadi dah jumpa Doc Serena. Dia check dalam mulut Arissa katanya dah banyak ulser. Sebab tu air liur dia syik keluar je. Doc suruh mommy cuti seminggu jaga Arissa. Ayoyo baru bulan 4 cuti mommy dah banyak surut. Takpe la nak demi mu. Huhu. Selain tu Arissa kena minum air banyak-banyak. Kalau dia takmo minum air masak, bagi juice. Soya bean pun boleh bagi. Doc cakap buat sementara ni tak payah pikir pasal minum bergula ke apa. Yang penting bagi dia minum banyak air. Kalau dehydrate lagi teruk nanti.

3 Jam Di Wad Kecemasan

9:28:00 AM 8 Comments A+ a-

Pengalaman yang menakutkan dan agak memalukan. Hehe

11 April 2012, Rabu - 00:00

Lepas tidurkan Arissa, hampir pukul 12 malam baru dia nak lena gara-gara tidur awal sangat lepas ambik dia dari taska. Mommy bangun nak mandi. Masa tengah mandi tu rasa dada macam sendat je. Rasa senak. Tapi tak kuat sangat. Dah siap-siap untuk tidur, dada rasa makin senak. Mommy try nak tidur sebab sebelum ni dah perjah jadi, bila mommy dapat lelap sekejap, hilang la sakitnya. Tapi Arissa pulak merengek nak susu. Lagi satu bila sakit dada ni datang, mommy tak boleh nak luruskan badan. Mesti nak tidur lutut rapat ke dada. Tapi bila Arissa nak nyusu tak dapat la buat macam tu. Arissa pulak menyusu punya la lama.

Bila diamacam dah lena, mommy jarakkan dari dia. Cuba untuk lelap. Tapi tak boleh. Arissa pun tersedar lagi. Mommy kejut papa suruh tengokkan Arissa. Arissa duk menjerit marah bila papa dia pegang. Masa tu sakit dada ni makin kuat. Bila bagitau kat papa, dia asyik duk membebel cakap mommy suka sangat makan ubat tah apa-apa. Masa tu rumah gelap sebab hanya pasang lampu kat bilik belakang.

Mommy cuba tenangkan fikiran, bernafas perlahan-lahan. Ok. Rasa lega sekejap. Tapi mommy tetap baring. Nak bagi sakit tu betul-betul hilang. Tiba-tiba rasa macam dada ni tersekat. Rasa macam ada benda besar hempap kat dada. Tak boleh nak bernafas! Mommy bangun duduk bersandar kat kerusi. Cakap kat papa:

"Bie... saakiiittttnyeee!"

Pastu terus baring mengiring dengan tangan kiri duk bawah rusuk kiri. Masa tu memang tak boleh nak bernafas. Rasa nafas keluar masuk takat hidung ke kerongkong je. Pastu bunyi sesak nafas tu tak boleh nak cerita la macamana. Husband terus bangun pasang lampu. Baru dia nampak mommy macam dah nazak. Badan langsung tak boleh nak gerak. Boleh gerakkan tangan kanan je. Arissa datang duduk kat kepala. Diam je dia. Duk main-main rambut mommy. Kalau tadi dia duk tarik-tarik rambut kita, tapi ni macam dia tau mommy dia tengah sakit.

Ya Allah sakitnya dada masa tu Allah je yang tau. Tak boleh nak gambarkan. Masa tu mommy ingat satu je. MATI. Mommy cuba tuk bernafas. Masa tu memang bunyi nafas sukar sangat. Papa duk gosok-gosok lengan sambil suruh mommy mengucap. Memang rasa takut sangat. Mula la pikir kalau mommy mati macamana dengan Arissa. Dia kecik la. Mesti dia sedih. Mesti dia rindu nak nyusu nanti. Air mata pun mula la mengalir.

Husband tanya nak ke hospital ke. Mommy tak boleh nak bercakap. Sedangkan nak bernafas pun tak boleh, ni pulak nak bercakap. Mommy dah tak tahan sangat. Terus cakap  

"Ambulans!"

Papa tanya nombor Ambulans apa. Aduhhh dalam duk sakit tu geram pun ada. Lagi la tambah sukar nak bernafas bila serabut macam tu. Mommy diam je. Husband dapat call hospital. Tapi nak tunggu Ambulan sampai mommy rasa Ya Rabbi lamanya. Dia bantu husband melalui phone. Dia mintak jangan bagi mommy terlena. Takut lebih teruk. Masa tu badan dah berpeluh lencun. Lepas tu Ambulan pulak call tanya jalan rumah. Aduhh lamanya!!!

Arissa masa tu diam je dia. Mommy cakap kat papa "Susu!" Nak mintak dia buatkan Arissa susu dulu. Tapi tu la orang laki ni. Time kita sihat dia takmo ambik tau cara nak uruskan anak ni kan. Haaa sekarang baru tau! Mommy nak ajar dia buat susu dengan keadaan kita macam tu. Punya la susah. Mintak dia letak 3 scoop susu. Mommy buat isyarat jari je.

Ambulans sampai, husband nak turun panggil diorang. Tinggal mommy sorang-sorang. Ya Allah masa tu takutnya kalau mati sorang-sorang. Sempat lagi tu tengok sekeliling kot-kot ada makhluk lain. Hehe. Tapi serius sakit dah susahnya nak bernafas.

Husband naik dengan sorang MA. Terus MA tu tanya:

" Awok wak gapo ke dio?! " 

Orang kelantan. Husband cakap tak buat apa-apa. Bagitau mommy tetiba sesak nafas. Yang MA ni pulak punya la garang. Cakap dah la kasar. Rasa nak tendang je. Dia duk tanya mommy

" Kak... bakpo ni? "
" Kak sakit gapo? "
" Stress ko? "
" Sakit mano? Perut ko? "

Mommy jawab:

" Sakit dadaaaa laaaaaa! "

Memang nada suara macam kita nak kena teran baru kuar suara tambah dengan geram dia banyak tanya dah tau kita sesak nafas lagi nak suruh aku jawab! Jiran pun ada sorang naik.

MA tu call driver Ambulan suruh naik bawak pengusung. Dia suruh mommy pusing baring telentang. Tapi kita ni tak boleh nak bergerak langsung. Husband yang tolong betulkan kedudukan mommy. Naikkan atas pengusung. Bila baring telentang lagi la sesak nafas. Tapi bila diorang usung nak bawak turun. Tiba-tiba rapa pop! Macam benda besar terlepas dari dada. Boleh bernafas sikit. Tapi badan dah rasa sejuk sampai bibir pun terketar-ketar. Diorang usung masuk Ambulans. Bila Ambulans start gerak, pengusung tu pun bergerak sama. Terhantuk ke pintu. Duk gelunsung depan belakang. Nasib baik driver tu dengar. Dia turun check. Rupanya MA tu tak lock pengusung kat stretcher. Hadoiiii. Nasib baik. Kalau tak dah tercampak kat jalan.

Diorang bawak mommy ke Wad Kecemasan Hospital Sg. Buloh. Tapi masa sampai tu mommy dah rasa ok. Dah boleh nafas elok. Spoil betul la kan. Mesti diorang ingat mommy mengada je tadi. Tapi hanya Allah je tau macamana rasa sakitnya tadi. Papa dengan Arissa pun datang sekali. Kesian Arissa mata dah bengkak sebab mengantuk.

Dah sampai hospital apa lagi. Mula la cucuk-cucuk. Tak suka. Owh sampai hospital pukul 1.40am.

Nurse tu tak pandai masukkan jarum. Sakit sangat! Dia masukkan jarum belah kiri. Panjang weh jarum tu. sebab bila dia cabut mommy tengok nak sama panjang ngan jari hantu. Huhu


Belah kanan pulak si MA tu duk cucuk nak ambik darah. Dia cucuk kat pergelangan tangan. Sakit la weii! 2 kali pulak tu baru boleh ambik darah.


Dah siap ambik darah diorang check jantung pulak. Penuh wayar dipasang kat dada, tangan sampai ke kaki. Pastu gi X-ray pulak. Kena tunggu result darah pulak. Mommy suruh papa balik dulu sebab kesian tak tau pukul berapa boleh setel. Tengok jam dah dekat pukul 3 pagi. Tunggu-tunggu sampai terlena. Pukul 4.30am doktor kejut. Cakap result semua ok. Dia kata mommy ni suspek gastrik. Jadi sesak nafas sebab panik. Tak tau la iyea ke tidak. Dah boleh balik. Mommy pinjam henset staff kat situ call husband. Nak gi toilet selipar pun takde. Huhu

Kul 5 husband sampai. Sampai je rumah, dia terus lakonkan balik. Dia cakap mommy macam orang kena rasuk dengan mata terbeliak. Dia cakap duk ready nak tampar je masa tu incase kalau betul mommy kena rasuk. Hempeh!! Padahal dia yang panik sampai nak call Ambulans pun tak tau. Haha

Alhamdulillah pagi tu dah takde apa-apa. Lepas Asar dah boleh keluar jalan-jalan ke Sunway Giza. Haha! Malu kot jiran tengok. Tadi beria turun kena usung. Ni dah sihat walafiat. Kahkahkah

Camera Shy

1:57:00 PM 3 Comments A+ a-

Asal hala je kamera depan muka terus pusing pandang tempat lain. Tak pun dia tunduk. huhu. Payah betul nak ambik gambar budak tecik ni.




Ni gambar selepas suatu peristiwa yang mendebarkan dan memalukan. Hehe. Jap nak upload gambar dulu nanti baru kia citer. Kihkihkih