3 Jam Di Wad Kecemasan

9:28:00 AM 8 Comments A+ a-

Pengalaman yang menakutkan dan agak memalukan. Hehe

11 April 2012, Rabu - 00:00

Lepas tidurkan Arissa, hampir pukul 12 malam baru dia nak lena gara-gara tidur awal sangat lepas ambik dia dari taska. Mommy bangun nak mandi. Masa tengah mandi tu rasa dada macam sendat je. Rasa senak. Tapi tak kuat sangat. Dah siap-siap untuk tidur, dada rasa makin senak. Mommy try nak tidur sebab sebelum ni dah perjah jadi, bila mommy dapat lelap sekejap, hilang la sakitnya. Tapi Arissa pulak merengek nak susu. Lagi satu bila sakit dada ni datang, mommy tak boleh nak luruskan badan. Mesti nak tidur lutut rapat ke dada. Tapi bila Arissa nak nyusu tak dapat la buat macam tu. Arissa pulak menyusu punya la lama.

Bila diamacam dah lena, mommy jarakkan dari dia. Cuba untuk lelap. Tapi tak boleh. Arissa pun tersedar lagi. Mommy kejut papa suruh tengokkan Arissa. Arissa duk menjerit marah bila papa dia pegang. Masa tu sakit dada ni makin kuat. Bila bagitau kat papa, dia asyik duk membebel cakap mommy suka sangat makan ubat tah apa-apa. Masa tu rumah gelap sebab hanya pasang lampu kat bilik belakang.

Mommy cuba tenangkan fikiran, bernafas perlahan-lahan. Ok. Rasa lega sekejap. Tapi mommy tetap baring. Nak bagi sakit tu betul-betul hilang. Tiba-tiba rasa macam dada ni tersekat. Rasa macam ada benda besar hempap kat dada. Tak boleh nak bernafas! Mommy bangun duduk bersandar kat kerusi. Cakap kat papa:

"Bie... saakiiittttnyeee!"

Pastu terus baring mengiring dengan tangan kiri duk bawah rusuk kiri. Masa tu memang tak boleh nak bernafas. Rasa nafas keluar masuk takat hidung ke kerongkong je. Pastu bunyi sesak nafas tu tak boleh nak cerita la macamana. Husband terus bangun pasang lampu. Baru dia nampak mommy macam dah nazak. Badan langsung tak boleh nak gerak. Boleh gerakkan tangan kanan je. Arissa datang duduk kat kepala. Diam je dia. Duk main-main rambut mommy. Kalau tadi dia duk tarik-tarik rambut kita, tapi ni macam dia tau mommy dia tengah sakit.

Ya Allah sakitnya dada masa tu Allah je yang tau. Tak boleh nak gambarkan. Masa tu mommy ingat satu je. MATI. Mommy cuba tuk bernafas. Masa tu memang bunyi nafas sukar sangat. Papa duk gosok-gosok lengan sambil suruh mommy mengucap. Memang rasa takut sangat. Mula la pikir kalau mommy mati macamana dengan Arissa. Dia kecik la. Mesti dia sedih. Mesti dia rindu nak nyusu nanti. Air mata pun mula la mengalir.

Husband tanya nak ke hospital ke. Mommy tak boleh nak bercakap. Sedangkan nak bernafas pun tak boleh, ni pulak nak bercakap. Mommy dah tak tahan sangat. Terus cakap  

"Ambulans!"

Papa tanya nombor Ambulans apa. Aduhhh dalam duk sakit tu geram pun ada. Lagi la tambah sukar nak bernafas bila serabut macam tu. Mommy diam je. Husband dapat call hospital. Tapi nak tunggu Ambulan sampai mommy rasa Ya Rabbi lamanya. Dia bantu husband melalui phone. Dia mintak jangan bagi mommy terlena. Takut lebih teruk. Masa tu badan dah berpeluh lencun. Lepas tu Ambulan pulak call tanya jalan rumah. Aduhh lamanya!!!

Arissa masa tu diam je dia. Mommy cakap kat papa "Susu!" Nak mintak dia buatkan Arissa susu dulu. Tapi tu la orang laki ni. Time kita sihat dia takmo ambik tau cara nak uruskan anak ni kan. Haaa sekarang baru tau! Mommy nak ajar dia buat susu dengan keadaan kita macam tu. Punya la susah. Mintak dia letak 3 scoop susu. Mommy buat isyarat jari je.

Ambulans sampai, husband nak turun panggil diorang. Tinggal mommy sorang-sorang. Ya Allah masa tu takutnya kalau mati sorang-sorang. Sempat lagi tu tengok sekeliling kot-kot ada makhluk lain. Hehe. Tapi serius sakit dah susahnya nak bernafas.

Husband naik dengan sorang MA. Terus MA tu tanya:

" Awok wak gapo ke dio?! " 

Orang kelantan. Husband cakap tak buat apa-apa. Bagitau mommy tetiba sesak nafas. Yang MA ni pulak punya la garang. Cakap dah la kasar. Rasa nak tendang je. Dia duk tanya mommy

" Kak... bakpo ni? "
" Kak sakit gapo? "
" Stress ko? "
" Sakit mano? Perut ko? "

Mommy jawab:

" Sakit dadaaaa laaaaaa! "

Memang nada suara macam kita nak kena teran baru kuar suara tambah dengan geram dia banyak tanya dah tau kita sesak nafas lagi nak suruh aku jawab! Jiran pun ada sorang naik.

MA tu call driver Ambulan suruh naik bawak pengusung. Dia suruh mommy pusing baring telentang. Tapi kita ni tak boleh nak bergerak langsung. Husband yang tolong betulkan kedudukan mommy. Naikkan atas pengusung. Bila baring telentang lagi la sesak nafas. Tapi bila diorang usung nak bawak turun. Tiba-tiba rapa pop! Macam benda besar terlepas dari dada. Boleh bernafas sikit. Tapi badan dah rasa sejuk sampai bibir pun terketar-ketar. Diorang usung masuk Ambulans. Bila Ambulans start gerak, pengusung tu pun bergerak sama. Terhantuk ke pintu. Duk gelunsung depan belakang. Nasib baik driver tu dengar. Dia turun check. Rupanya MA tu tak lock pengusung kat stretcher. Hadoiiii. Nasib baik. Kalau tak dah tercampak kat jalan.

Diorang bawak mommy ke Wad Kecemasan Hospital Sg. Buloh. Tapi masa sampai tu mommy dah rasa ok. Dah boleh nafas elok. Spoil betul la kan. Mesti diorang ingat mommy mengada je tadi. Tapi hanya Allah je tau macamana rasa sakitnya tadi. Papa dengan Arissa pun datang sekali. Kesian Arissa mata dah bengkak sebab mengantuk.

Dah sampai hospital apa lagi. Mula la cucuk-cucuk. Tak suka. Owh sampai hospital pukul 1.40am.

Nurse tu tak pandai masukkan jarum. Sakit sangat! Dia masukkan jarum belah kiri. Panjang weh jarum tu. sebab bila dia cabut mommy tengok nak sama panjang ngan jari hantu. Huhu


Belah kanan pulak si MA tu duk cucuk nak ambik darah. Dia cucuk kat pergelangan tangan. Sakit la weii! 2 kali pulak tu baru boleh ambik darah.


Dah siap ambik darah diorang check jantung pulak. Penuh wayar dipasang kat dada, tangan sampai ke kaki. Pastu gi X-ray pulak. Kena tunggu result darah pulak. Mommy suruh papa balik dulu sebab kesian tak tau pukul berapa boleh setel. Tengok jam dah dekat pukul 3 pagi. Tunggu-tunggu sampai terlena. Pukul 4.30am doktor kejut. Cakap result semua ok. Dia kata mommy ni suspek gastrik. Jadi sesak nafas sebab panik. Tak tau la iyea ke tidak. Dah boleh balik. Mommy pinjam henset staff kat situ call husband. Nak gi toilet selipar pun takde. Huhu

Kul 5 husband sampai. Sampai je rumah, dia terus lakonkan balik. Dia cakap mommy macam orang kena rasuk dengan mata terbeliak. Dia cakap duk ready nak tampar je masa tu incase kalau betul mommy kena rasuk. Hempeh!! Padahal dia yang panik sampai nak call Ambulans pun tak tau. Haha

Alhamdulillah pagi tu dah takde apa-apa. Lepas Asar dah boleh keluar jalan-jalan ke Sunway Giza. Haha! Malu kot jiran tengok. Tadi beria turun kena usung. Ni dah sihat walafiat. Kahkahkah

8 kawan cakap

Write kawan cakap
Diila
AUTHOR
April 13, 2012 at 11:29 AM delete

huhu baca pun agak cemas...

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
April 13, 2012 at 11:40 AM delete

ish suspen betol.. tapi betol ke reyha ada gastrik.. bahaya gastrik ni kalau dah klimaks. husband ain pernah kena serangan gastrik ni, muntah penuh 2 sinki x henti2.. pastu dada rs kena tarik2 x leh bernapas.. siap kena warded lagik.. tapi at the end doktor tak tahu pon yg dia gastrik. bila kuar spital, g berubat dgn ustaz2. dia kata husband ni ada gastrik. kitaorg pelik gak sbb selama puluh2 tahun idop mmg xpenah gastrik., tapi bila dia cerita kan kalau kena serangan klimaks gastrik tu baru kita org tahu yg dia muntah2 bagai tu sbb gastrik..

sila take care ye mommy Arissa

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 13, 2012 at 4:36 PM delete

ain >> 2 la xsure la betul ke tak gastrik. sebab dulu masa kecik2 pun selalu sakit dada. tp 2 la xpenah wat check up. pastu sejak dari pegnen dah start terkejut tgh2 malam sebab rasa xleh nafas. macam kene tindih ngan hantu tp klu kene tindih mesti xleh bgnkan. sy boleh bangun cumanya susah nak bernafas. ingt nak kene wat detail checkup ni

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 13, 2012 at 4:37 PM delete

ieta >> memang lawak la bila dah segar bugar tu. dah sampai hospital siap cakap lg xpe sy dah boleh bangun naik katil sendiri. hehe. tp time sakit 2 Allah je yang tau seksa dia

Reply
avatar
iietamalek
AUTHOR
April 18, 2012 at 3:29 PM delete

hehe...jaga diri ye..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 7, 2012 at 4:51 PM delete

iietamalek >> 2 la klu kita sakit makanya akan jd byk poblem. maklum la famili jauh

Reply
avatar