Ke Carrefour Dengan Bos Kecik

2:52:00 PM 1 Comments A+ a-

Ya ampunnnnnn.....!

Heavennye shopping time orang kerja! Haha. Jangan jeles mommies ;-)

2 hari terkurung kat rumah, mommy rasa macam nak demam. Badan rasa lenguh-lenguh je. Hikhik. Kaki pun rasa gatal je tak tekan pedal minyak. Bagitau hasband sebelum dia gi kerja tadi nak ke Carrefour beli barang dapur sikit. Carrefour pun ada sale untuk 2 minggu ni. Air soya Drinho kotak besar RM3.70 untuk 2 kotak. My pebret tu. Harus rembat! Eh ter-promote plak kat sini ;-p

Kul 10.30 bersiap. Bagi Arissa makan kenyang-kenyang. Sebenarnya dah time dia tidur tu tapi saje takmo bagi dia tidur lagi. Kalau tak kang pukul 3 baru dia bangun, rosak la program mommy. Sebelum turun, siapkan susu dulu sebotol. Kang nanti balik mesti dia lapar.

Carrefour kat sini syok tau. Jarang penuh tempat parking. Kalau nak park kereta melintang atas 3 petak pun ok. Kalau muka tak malu sila la. Hehe.

Mommy parking betul-betul depan tempat troli. Ambik troli lapik dengan toto kecik. Letak Arissa.

Masa ni dia tengah terkejut lagi. Sebab biasanya mommy letak dia kat tempat duduk troli tu. Tapi macam tak selasa je dia duduk. Letak macam ni nampak ok. Dia diam je untuk 5 minit pertama.

Tengok la cik mek ni. Kalau orang panggil nak ambik gambar terus tunduk. Geram!

Naik je escalator dia dah berdiri. Dah berani la tu. Tapi still takmo bergambar. Kita panggil dia tengok. Sengih. Tapi nampak je kamera terus pusing tengok tempat lain. Haiyaaaa ini budak manyak susah mau amik gambar loooo.....


Seronok betul round-round kat situ. Rasanya customer tak sampai 10 orang pun kot.

Masa mommy duk tengok kat bahagian olive oil, tetibe macam ada benda lalu kat bahu kiri. Ingatkan lebah. Buat tak tau je la. Tapi Arissa bersungguh duk intai kat tepi dia. Mommy pun pusing la sama.


Dia duk tengok ni rupanya.


Ada burung jatuh. Kesiannya. Dah la bumbung Carrefour tu tinggi. Ingatkkan da mati. Rupanya hidup lagi. Mommy try la usik-usik ngan selipar. Dia gerak. Tapi sayap dia terlekat kat lantai. Ala kesiannya. Bila mommy tolak nak bagi dia bangun sayap dia takleh gerak sebab da lekat kat lantai. Tak sanggup nak tengok terus mommy tolak troli gi tempat lain. Huhu

Tapi Arissa tak puas lagi tu. Siap bangun berdiri pusing tengok lagi.



Cakap kat husband nak beli barang dapur je. Tapi terbeli jugak mainan. Ala murah je pun. Macamana iman tak goyah kalau tengok harga macam tak munasabah. Hehe. 1 harga RM5. Lagi 1 RM20. Brand Carrefour je tapi tak kisah la. Budak ni bukannya main lama mana sangat pun. Ni nak buat bekal ke Lumut nanti. Bagi senang ma tok ngan abah tok jaga Arissa.

Siap shopping terus balik. Arissa minum susu pastu lena :-)

1 kawan cakap:

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
April 18, 2012 at 6:58 PM delete

Syoknya mommy. Sedapnya soya bean!

Reply
avatar