Tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

3:49:00 PM 0 Comments A+ a-

Sebagai panduan dan peringatan buat kita mommies semua. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungiNya

Penyebab:
Jangkitan virus kumpulan entrovirus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
COXACIE VIRUS A 106
ENTEROVIRUS EV 71

Punca:

Tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.

Penyakit ini menjangkiti mangsa dengan kontak secara langsung dengan pesakit selain melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

Tanda-tanda dan gejala:
Ruam dengan lepuh di tapak tangan kaki dan kawasan lepuh
Ulser di tekak dan mulut
Demam
Sakit kepala
Hilang selera makan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:
1.
Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
2.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk.
3.
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.
4.
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak kecil.
5.
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari dengan air liur anak.
6.
Elakkan membawa anak kecil ke tempat yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesen bas dan lain-lain.

Sekiranya jangkitan telah berlaku, langkah-langkah ini boleh diambil bagi mengelakkan penyebaran penyakit terus berlaku:
1.
Amalkan cara membasuh tangan dan kebersihan diri yang betul.
2.
Cuci hama dengan menggunakan larutan Chlorine 10%.
3.
Menjalankan pemeriksaan setiap hari kepada kanak-kanak sekolah yang terlibat dengan jangkitan virus ini. Sekiranya ada tanda jangan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan terus bawa balik ke rumah sendiri.
4.
Elakkan kanak-kanak bergaul dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
Bawa ke hospital atau klinik berhampiran.
Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu dan lupus dengan betul.

P/S: Duduk kat tempat ramai macam ni la. Tak tau nak salahkan sendiri atau taska. Sama-sama beringat la yea dok. Kalau boleh mommies, anak demam jangan la hantar ke taska. Kesian kat anak tu. Dan kesian jugak kat anak orang lain. Tak pasal-pasal jangkit nanti.