1 Mei 2012

10:57:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Agak lama blog tak berupdate. Al-maklum la. Update selalu buat kat office. Tapi seminggu dua baru-baru ni blogspot kena block la pulak. Huhu. Habis tergendala nak membebel kat sini.

Ni cerita cuti Hari Pekerja baru-baru ni. Kami ke Ulu Yam.

Asalnya tak plan pun. eh bukan tak plan. Mommy dah plan cuma saja takmo bagitau husband awal-awal. Takut proposal kene reject. Sebab pakcik tu kalau kita bagitau awal-awal benda-benda riadah ni dia bukan minat sangat. Mesti dia takmo gi.

Jadinya, pagi Selasa tu Mommy bangun awal. Pukul 7! Haha kira awal la kan untuk hari cuti. Bangun mandi terus masuk dapur. Nasib baik Arissa masih sedap tidur. Mommy cuma buat bihun goreng je. Untuk Arissa Mommy bekal bubur.

Ingatkan pukul 9 dah boleh gerak. Tapinya dekat pukul 10 jugak baru setel semua. Mommy paksa husband bangun mandi. Dia bangun je tengok dah siap beg dengan bakul makanan. Hehe. Baru bangitau dia nak ke Ulu Yam. So takmo cakap no la kan. Kang kempunan lak bini dia ni ;-p

Dari rumah ke Ulu Yam kejap je. Tak sampai 1/2 jam pun. Sampai tu dah pukul 11. Mak oi ramai la pulak manusia kat situ. Nak parking pun bayar 4 hengget. Pastu keluar dari kereta nak ke tempat piknik pun punya la panas terik. Aduhhh...

Bila sampai kat kawasan air terjun macam agak sedih sikit. Sebab ni first time Mommy datang sini. Ingatkan best. Tapi tak se-best yang Mommy bayangkan. Tapi ok la takat budak yang nak mandi kan.

Sampai je terus cari post nak bentang tikar. Orang ramai sangat. Kami kena redah air nak cari port.

Kita ni punya la excited nak tengok anak main air. Tapi malangnya semek ni jenis yang penakut air. Sebijik macam papa dia mak mertua cakap. Dia tak suka air sejuk sebenarnya. Dah terbiasa mandi air suam. Kat rumah pun kalau kita siram dengan air paip biasa, terus terkam kat kita nak lari. Pastu terus bersin, hidung pun berair. Alahaiii sensitip la pulak.


Kami cuba juga bagi dia rendam dalam air. Sampai menangis takmo. Tengok la tu muka moyok je. Papa je yang terlebih hepi.


Asyik nak lari masuk celak kaki. Air dia memang betul sejuk.


Masa ni dia macam dah nak main-main. Duk tepuk-tepuk air.


Ni dia dah start mengamuk. Takmo berjalan.


Bagi makan biskut senyap kejap. Pastu mula nak cicah biskut dalam sir. Haihh budak ni!


Muka kesejukan.


Mommy punya la beria siap berlari pegi beli pelampung dengan bola. Tapi bila letak dalam pelampung terus dia meraung. Bola pun dia tepis.


Tengok anak orang lain kecik lagi duk main air sampai menggigil relaks je. Huhu kalau macam ni tak syok la nak bawak gi piknik kat air terjun lagi. Mandi kat kolam pun dia nangis gak. Tapi dalam besen suka pulak dia.