Berbaloi-baloi

3:37:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

3 hari Mommy sangat sibuk menyibukkan diri dengan event besar kat tempat kerja. Alah bukan orang penting pun. Setakat tukang meramaikan majlis je pun. Event ni anjuran department kitorang. Mommy tolong standby kat booth. Tapi tak lekat kat booth pun. Asyik berjalan kutip goodies. Sepanjang event ni diadakan banyak sangat acara cabutan bertuah. Kutip nombor tu tak payah cakap la. Asal dengar je v=cabutan bertuah terus cuba nasib.

Tapi tu la memang spesis yang jarang sangat bertuah. Mommy pernah dapat cabutan bertuah sekali je masa belajar diploma dulu. Sekali tu je la sepanjang hidup ni. Dapat pen.

Tengok kawan-kawan tadi dapat hadiah best-best gak. Ada sorang tu sampai 2 hari berturut nombor dia naik. Haiii bertuahnya badan kan.

Tadi masa majlis penutup ada cabutan bertuah lagi. Mommy tak berharap sangat. Tapi tiba-tiba dia sebut nombor 4....5...2 !!!! Haaa betul ke ni? Macam tak percaya tengok nombor kat tangan. Tunjuk kat kawan sebelah takut Mommy tersilap tengok. Sekali betul la! Terus cepat-cepat turun dari auditorium nak naik ke pentas. Masa tu tak tau pun dapat hadiah apa. Bila pusing balik naik ke tempat duduk, sampai terlajak jalan pulak tu. Lupa mana tempat duduk. Aduh malu betul!

Rupanya kawan Mommy cakap dapat digital camera Canon. Waaaa!! Hepi sangat-sangat. sampai sejuk tangan Mommy. Maklum la orang jarang dapat naik pentas. Hehe. Alhamdulillah rezeki. So senang la lepas ni kalau nak keluar. Boleh bawak kamera. Kalau tak pikir 4-5 kali nak usung SLR tu :-)

Masih macam tak percaya lagi ni......

4 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
May 23, 2012 at 4:47 PM delete

jealousnya!!!!!!
pasni mommy amik la gambar banyak2 :)

Reply
avatar
nYomeL
AUTHOR
May 23, 2012 at 8:42 PM delete

Wah wah.. beshnye adiah!
untung betul.. pasni amek gambar byk2 tau! ;)

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
May 24, 2012 at 7:58 AM delete

jeles. tak nak komen kat sini. hahaha bestlaa mommy nanti nmpk momen best je bole trus snap :-)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 24, 2012 at 8:43 AM delete

ahahaha... rejekiiiii... alhamdulillah. langsung xjangka bleh dpt. upenya ada gak tuah sket ;p

Reply
avatar