Berdua Lebih Baik?

11:00:00 AM 4 Comments A+ a-

5 April 2012, Khamis

Entry basi. Tapi layankan aje la buat kenangan kami berdua ;-p

First time balik kampung berdua dengan Arissa. Husband takmo join sebab sayang cuti. Konon nak jadi pekerja contoh la tu. Wekkk!

Perjalanan pergi dan balik adalah dibawah tajaan abah terchenta! Ahaha. Buruk perangai betul anak perempuan dia ni kan. Tak habis-habis pau duit abah. Ala demi cucu dia gak kan. Dah kata rinduuu... :-)

Kami bertolak balik dari KL_KB pada 5/4/2012 flight pukul 8.20 malam. Naik Firefly kat Subang. First time nak naik kapal terbang sendiri-sendiri. Memang berdebar la. Takut semek ni meragam dalam flight nanti.

Husband balik kerja sampai dekat pukul 7, terus kitorang gerak ke airport. Parking Alhamdulillah sangat senang. Park kat seberang jalan. RM3 sejam. Sampi kat airport, cari kaunter untuk check-in. Jalan-jalan kejap buang masa dulu. Rasa sedih pulak nak tinggalkan husband. Tapi dah dia degil takmo balik. Rasakan makan burger 2 hari 2 malam. Hehe

7.45 gerak masuk. Arissa masih behave. Sambil menunggu tu dada dah makin berdebar. Arissa nampak otang ramai mula-mula dia dia buat gaya malu-malu takut-takut dulu. Tapi tak sampai 10 minit dah start aktif. Nasib ada makcik 2 orang kat belakang kitorang duk agah dia. Suka la dia. Asyik duk pandang belakang tunggu makcik tu tegur dia lagi.

Masuk dalam kapal, rupanya makcik tu duduk sebelah kitorang. Firefly ni kapal dia memang agak sempit. Dan panas. Tambah berpeluh bila Arissa mula takmo duduk diam. Dia duk usik makcik kat sebelah. Asal makcik tu pejam mata je dia pi tepuk bahu kawan tu. Ada sekali dia pegang breast makcik tu. Haha. Adoii malu mommy nak oi!

20 minit lepas tu baru aman. Semek dah terlena. Lega!

Sampai KB pukul 9.30 malam. Ma Abah ngan adik dah siap tunggu. Sampai je rumah along dengan anak-anak pun dah ada. Alahaiii rasa macam baru balik oversea pulak. Hehe

Khamis malam balik KB, Sabtu malam dah balik KL balik. Balik KB mommy ambik tiker AirAsia. Saja nak compare yang mana best. Tiket pukul 9.55 tapi delay ke 10.30 malam. Arissa memang dah time tidur dia. Start fligkt nak take-off, lepas dia mengelupur kejap, terus diam. Lena. Fuhhh lega. Boleh la mommy menikmati pemandangan malam.

Sampai LCCT pukul 11.30 malam. Tungga husband datang ambik dah dekat 12.30. Jarak dari rumah ke LCCT dekat 70km. Tiket murah tapi kos nak menghantar nak ambik pulak. Dah la dari kapal terbang nak ke terminal punya la jauh. Dengan dukung budak pastu sandang beg lagi. Rasa nak je berlari biar cepat sampai. Huhu rasa agak serik travel berdua.

Ni dalam flight balik ke KL. Masa dia dia tengah aktif.

Yang ni pulak sebab dah tak terkawal, dengan mulutnya duk membebel, menjerit la, tegur orang sana sini. Terpaksa mommy peluk kemas-kemas

Tengah tunggu husband. Dia tangkap lentok baik punya posisi. Sampai rumah pun tak sedar :-)

4 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
May 14, 2012 at 10:04 PM delete

wowwww kecik2 da naik belon....syok nye arissa

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 15, 2012 at 9:35 AM delete

seb baik dpt ehsan abah tok. ahahah

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
May 15, 2012 at 3:10 PM delete

ooo susah kalau dia x nak dok diam kan.. ain pon risau nak bawak 'Auf naik belon.. kang dia ajak org borak je..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 15, 2012 at 4:08 PM delete

ain >> mmg bising mulut dia. tp nak wat camne kecik lg. kita cakap suh diam pun bkn dia tau. next time kena tggu dia dah paham skit br ok kot

Reply
avatar