Berpantang Setahun

10:25:00 AM 3 Comments A+ a-

Bulan depan Arissa dah nak masuk setahun. Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik gelap cerah tidur bangun dah nak setahun anak dara Mommy :-)

Dan.... nak masuk setahun jugak la Mommy berpuasa dari beberapa jenis makanan yang sebelum bersalin dulu menjadi favourite Mommy. Orang cakap boleh je makan. Tapi tak tau kenapa jadi takut pulak nak try sebab Ma selalu cakap " Tokleh tunggu sangat doh ko?" "Takdok bendo lain doh ko nok make nyo?" "Saye gak etek ko bade tu" "Ikut la doh kalu nok sangat gak". Disebabkan kata-kata Ma jugak la sampai ke hari ini Mommy masih tabahkan hati untuk berpantang makanan-makanan berikut. Tunggu cukup setahun baru kita pulun habis-habisan. Haha

Pertama - Air Kelapa
Yang ni Mommy betul-betul takut nak minum. Orang tua-tua cakap boleh sebabkan tumpah darah. Air kelapa ni katanya tajam. Asal lalu tepi gerai jual air kelapa je telan liur. Dah la memang peberet nih. Masa mengandung dah pulun minum banyak-banyak konon nak cover untuk berpantang. Haha.

Ke2 - Air tebu
Fuhhh... sedapnya minum tengah-tengah panas tengahari. Ni salah satu air wajib time bukak puasa. Nikmatnya! Yang ni pun tajam. Tajam macamana tu Mommy pun tak paham. Tapi dah orang cakap jangan minum lagi. Ikut je la

Ke3 - Buah Nanas
Yang ni rasanya ramai dah tau kan. Even masa mengandung pun kita tak digalakkan makan. Dah bersalin pun sama la. Tambah-tambah nanas muda. 2-3 hari ni asyik teringat colek nanas je. Aduhhh sambil taip pun dah jenuh nak telan liur nih. Haha. Nanti dah cukup setahun Mommy share resepi colek nanas. Tunggu eh :-)

Ke4 - Jambu batu
Siapa pernah try air jambu batu tepi Selera Semarak. Fuhhh terangkat! Mintak dia bubuh asamb boi lebih. Sedap sangat-sangat. Tak boleh nak cakap. Mommy dah try kat tempat lain tapi tak sesedap gerai tu. Tempat lain macam letak perisa tiruan. Pastu buah jambu dia potong-potong letak dalam ais. Rangup lain macam. Manis pulak tu. Time mengandung boleh kata tiap-tiap hari duk teguk air jambu asam boi.

Ke5 - Kangkung
Kangkung ni boleh buat kita sakit urat. Maybe bukan semua orang. Mommy dulu suka makan kangkung goreng belacan. Tapi lepas satu peristiwa terjumpa lintah dalam kangkung goreng, terus sampai sekarang tak boleh makan. Tengok kangkung kat pasar pun rasa takut nak pegang. Mommy pernah search kat google, rupanya banyak kes lintah dalam kangkung. Kangkung ni kan tumbuh kat tempat berair. Batang dia pulang berongga kat tengah. So boleh la benda tu masuk. Masuk kot mana jangan tanya yea. Mommy pun tak tau. Sebab tu kalau nak masak kangkung, make sure belah batang dia. Pastu masak sampai betul-betul masak.

Ke6 - Nangka
Buah kegemaran nih. Bau dia pun dah menusuk kalbu. Yang ni pun kategori sakit urat. Tapi Mommy dah terlanggar pantang. Hehe. Masa tu kat rumah MIL. Dia ada tanam pokok nangka madu. Mommy makan seulas je. Balik rumah kena bebel ngan Ma ;-p

Tu je la yang Mommy ingat buat masa ni. Nanti kalau ada lagi Mommy update okeh!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Eiyna
AUTHOR
May 15, 2012 at 2:07 PM delete

Yup...umi ina kat kg pon pesan suh tahan setahun minum air kelapa ni. xtau sume org mcm ni ke or klate je. Air nyor, tebu n nangka belom stat mkn juga. Yang lain2 dah ;p

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 15, 2012 at 4:07 PM delete

dah la yg kena pantang tu jenis yg mengiurkan. kena kuatkan iman nih. sikit je lg ;-p

Reply
avatar