Bertatih

4:06:00 PM 2 Comments A+ a-

29 Mei 2012 (Selasa) - 7pm

Hip hip horrayyyyy!!!

Mummy happy sangat :-)

Arissa dah boleh bertatih! Semalam dalam pukul 7pm, Mummy tengah syok tengok drama Seindah Sakura. Arissa berdiri berpaut kat almari tv. Mummy syok landing kat tengah-tengah ruang tamu. Tiba-tiba budak kecik tu terkedek-kedek lalu tepi mummy nak menghala ke meja makan. Terkedu tengok dia tetiba berjalan. Macam tak caya! Terus mummy bersorak. Happy sangat-sangat.

Malam sebelum tu punya la malas bila kita suruh dia praktis. Bila kita dirikan, dia buat lembik lutut. Geram. Tapi malam tadi tetiba je. Syukur Ya Allah. Harap-harap tercapai la target mummy nak dia berjalan bulan puasa nanti. Haha

Bila dah tengok dia boleh berjalan tu, mummy angkat dia letak kat almari tv balik pastu ambik kamera, panggil dia. Terus dia datang tersengih-sengih. Pastu bila sampai kat kita terus gelak sambil peluk. Subhanallah. Indahnya perasaan masa tu tak boleh nak cakap.


2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
May 31, 2012 at 11:34 AM delete

boleh bayangkan perasaan seronok tuh.. hehehe sbb 'Auf skrg pantang jumpa perabot.. kejenya memapak je.. skrg baru nak belajar lepas2 tgn stabil kan badan.. harap2 'Auf n Arissa leh jalan raya nanti.. yeeyyy...

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
June 6, 2012 at 11:33 AM delete

ain >> arissa dah laju berjalan. hehe. mmg seronok xleh nak cakap tgk dia terkedek2 jalan

Reply
avatar