Goodie Pail For Arissa's 1st Birthday

9:53:00 AM 14 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Ni Mommy nak cerita gambar yang Mommy post semalam tu. Mommy tak buat birthday party pun Mama Auf yea. Tunggu Arissa reti tiup lilin dulu. Hehe. Alasan!

Untuk 1st birthday Arissa, Mommy just buatkan goodie bag & goodie pail agih kat kawan-kawan taska dengan officemate Mommy. Bajet untuk 50 orang. Kat taska bagi 25 tapiuntuk office bagi dalam 20 je. Mommy tak mampu nak agihkan untuk semua orang. Disebabkan kitorang tak buat majlis apa-apa untuk Arissa, so ni dikira sebagai kesyukuran jugak la kan.

Ni antara barang-barang yang Mommy beli untuk letak dalam plaktik bag dengan pail. Untuk taska Mommy bagi goodie bag. Untuk officemate bagi goodie pail. Makanan tu Mommy borang dekat kedai borong. Baldi beli kat Chow Kit RM1.50 satu.

Makanan tu dah terlebih sebenarnya. Ni la masalahnya kalau tak buat list untuk shopping. Eh list dah buat tapi bila nak pergi kedai tertinggal pulak listnya. Hehe. Makanan tu ada yang Mommy beli kat Kelantan masa balik awal bulan hari tu. Rasanya beli kat sana lagi murah dari borong kat KL ni. Air kotak beli 2 jenis. Milo dengan soya. Takut nanti ada yang tak boleh minum milo.
 

Plastik bag birthday ni Mommy beli kat Chow Kit jugak. I kan duta Chow Kit. Haha. Kebetulan jumpa yang tulis macam ni. Memang matching sangat la kan. Beli 2 peket. Nyonya tu cakap 1 peket ada 20. Tapi tak pun. Satu ada 12. Lagi satu 17. Nasib baik lebih 25.



Ni tag untuk lekat kat baldi tu. Mula-mula konon nak buat design yang lain. Gigih seminggu duk godek photoshop tak siap-siap. Last-last dapat idea simple gini. Not bad la kan bagi yang jari tak berseni macam Mommy ni.



Malam Sabtu mintak Papa tolong guntingkan. Buat operasi packing ni semua lepas tidurkan Arissa. Kalau tak memang payah la dengan dia sibuk nak tolong sama. Tension suruh orang laki buat kerja ni. Tangan pegang gunting. Mata kat tv. Nak tunggu siap gunting 1 pun punya la lama. Tukar tugas. Mommy gunting, Papa tampal kat baldi.


Ni barang-barang untuk diisi dalam plastik dengan baldi tu. Nak isi dalam plastik senang je. Dalam baldi yang leceh sikit. Sebab nak kena susuh dulu. Mommy lupa nak snap gambar plastik yang dah siap isi.

Air kotak
Biskut teddy
Lolipop
Sumijeli
Choki-choki (bukan brand choki-choki pun)
Kek lapis Apollo
Wafer
Belon
Badge Angry Bird
Apam polkadot (takde dalam gambar)


Ni la hasil goodie pail tu. Penat jugak. Padahal buat sikit je.



Gambar dari depan pulak. Mommy yang over-excited sebenarnya ;p



Gambar dekat pulak ;p


Alhamdulillah siap jugak malam tu. Tercapai la hajat Mommy nak buat goodie pail untuk birthday Arissa. TAk banyak sikit pun jadilah.


Next year tak tau nak letak dalam apa pulak. Ke nak kena beli baldi lagi besar sebab dia dah 2 tahun. Erkkk....

Hajat Mommy Dah Tercapai

4:58:00 PM 2 Comments A+ a-

Cerita panjang besok yea
Ni kita kasi teaser dulu
Mommy SUKE !!! ^____^

Meraikan Arissa 365 Hari @ Genting Highlands

3:37:00 PM 3 Comments A+ a-

17 Jun 2012 @ 11am - 4.30pm (Ahad)

Alhamdulillah!

Ahad baru ni 17hb Jun genap umur Arissa 1 tahun ;-)

Macam yang Mommy selalu cakap " masa sangat cepat berlalu". Rasa macam dia masih 6 bulan. Sebabnya tiap kali nak beli baju Arissa mesti Mommy terkam baju umur 6 bulan. Terlupa anak dah kena pakai yang saiz 24bulan. Huhu. Dia ni tak la gemuk tapi berisi. Berat pulak tu. Tapi ciri-ciri nak tinggi tu memang terserlah. Boleh jadi ketua kelas nanti awak yea nak ;p

Ok balik cerita asal. Mommy tak buat birthday party untuk Arissa. Mommy cuma bagi goodies kat kawan-kawan kat taska dengan kawan kat office. Tunggu awak pantai tiup lilin nanti kita celebrate. Lagi pun kat sini famili tak ramai. Ada abang sorang je kat Cheras nu. Macam tak syok pulak. Tunggu beli kek potong kat kampung raya nanti la. Hehe.

Sebab nak raikan jugak hari jadi dia. Mommy nak jugak nanti dia boleh tengok gambar sebagai kenangan, so kami decide ke Genting Highlands. Sambil mengimbas kenangan zaman bercinta. Haha

Pagi Ahad tu bangun awal. Lepas solat, Mommy buat sandwich. Konan nak buat bekal. Siap terus mandikan Arissa. Pukul 8 dah siap pakai baju semua. Papa belum bangun. Bila dia bangun je terus hujan turun lebat sangat. Sebelum tu dah bunyi guruh tapi Mommy doa dalam hati minta tak hujan. Kalau tak riosak la program. Bila dia tengok hujan, terus sambung tidur balik. Waaaa...! Geram! Tapi tu la bila hujan ni jalan licin. Takut jugak nak naik kat atas nanti. Mommy cakap kita tunggu dulu. Kalai pukul 10 pun hujan lagi memang kena ubah plan la. Tapi nasib baik hujan kejap je. Dalam pukul 9 dan berhenti. Alhamdulillah ;-) Senyum lebar!

Pukul 10.30 kitorang bertolak dari rumah. Tak bawak banyak barang. 1 beg galas kat belakang je. Isi susu Arissa. Masa naik bukit, kabus dah tebal. Sampai tak nampak jalan nak cari parking. Arissa tengah syok tidur. Saja bagi dia tidur dulu supaya tak meragam nanti. Kitorang sampai dalam 11 lebih. Parking kereta kat tepi jalan. So menapak la naik.

Terus carik kaunter tiket. Terkejut kejap tengok harga tiket. Mula-mula silap tengok. Ingatkan RM66 untuk outdoor saja. Macam dah tak jadi nak masuk sebab dah tau bukan kitorang dapat main apa sangat pun. Rupanya yang tu untuk all park. Kitorang ambik tiket ourdoor saja harga RM50 sorang. Arissa kecik so free lagi. Kalau masuk masa hari jadi free yea.


Kabus memang sangat-sangat tebal. Sejuk tak payah cakap la. Arissa yang sebelum ni tak suka pakai topi pun tetiba hari tu lekat pulak topi kat kepala dia. Sejuk sangat kot.


Papa gagah perkasa. Dia tak pakai jaket pun. Jaket koyak tak sempat jahit. Haha


Suka betuk budak kecik ni bila kita lepas bagi dia berjalan. Tapi nak tangkap gambar punya la susah.


Dah macam gangster Mommy tengok bila dia berdiri dengan mult muncung macam tu. Seronok tengok dia terkedek-kedek jalan. Comel!

Akhirnya dapat jugak bergambar kat tempat coklat ni. Dah lama mengidam. Asyik tengok gambar orang je


Kesiankan kitorang. Bergambar bertiga nampak muka je. Husband tak suka mintak orang tolong ambikkan. So terpaksa la halakan sendiri kamera tu. Pandai-pandai la bajet ;p

Budak kecik ni tau gayat rupanya. Bila naik merry-go-round dia peluk Mommy. Haaa tau pun takot!


Main benda yang baling-baling ni buang duit betul la. Orang lain syok je peluk teddy bear sorang satu. Kami nak cuba nasib. Satu pun tak dapat. Buang duit betul. Baik beli popcorn lagi sedap.


Dinosourland diorang dah buat baru. Dah ada dinosour yang boleh bergerak kat luar. Taman pun dah nampak terjaga.


Gambar bawah ni Mommy sukeeee sangat!!!!!

Yang ni candid. Masa ni Arissa marah sebab Papa takmo bagi Mommy dukung dia. Mengamuk la dia tolak Papa. Haha


Walaupun penat sangat badan, tapi hepi tu tak boleh nak cakap. Nanti next year nak datang sini lagi la. Boleh buat event tahunan ni. Hehe.

Owh kitorang cuma main 3 mainan je. Naik yang gajah pusing-pusing, kereta antik dengan merry-go-round. Banyak mainan untuk famili dia under maintenance. Nak naik boat dalam Dinosourland kena beratur panjang sangat.

Tapi kalau nak pergi better pergi hari Ahad. Orang tak ramai sangat. Kalau boleh pergi awal. Pukul 10 dah sampai. Baru syok nak main. Tak payah beratur lama.


Masa nak turun pun kabus masih tebal. Arissa dah selamat lena masa turun tu. Memang timing yang tepat. Nak naik tidur turun pun tidur. Kalau tak maunya muntah Mommy nak pegang dia dalam kereta dengan jalan yang pusing-pusing tu.

Happy 1st Birthday To My Lil' Girl

9:58:00 PM 5 Comments A+ a-

HAPPY 1ST BIRTHDAY
NUR SAFIYYAH ARISSA

17 JUN 2012
9.38 PM


Mommy nak tulis banyak lagi tapi penat tak hilang lagi ni. Ni pun paksa jugak diri buat satu entry untuk dia. Besok kalau sempat Mommy update okeh...! Muahhhh...! Cayang Arissa ;-)

2nd Anniversary

7:30:00 AM 5 Comments A+ a-

Alhamdulillah
Sudah masuk tahun ke-2
2 tahun yang sungguh mencabar ;-)
Semoga Allah panjangkan jodoh kami kekal hingga ke syurga
Amin!


Sebenarnya tak excited sangat pikir pasal anniversary ni sebab tiap-tiap tahun pun lebih kurang je. Kitorang bukan jenis yang celebrate gi candle light dinner ke, beli hadiah mahal-mahal ke. Takdenya. Biasa je takat keluar makan gitu-gitu je.

Tapiiiiii......

Bermula dari tahun lepas, tarikh besok la yang paling ditunggu. Rasa berdebar pun ada. Hehe. Tak sabar anak dara kita dah nak cukup 1 tahun!

Telur Dadar Meriah

8:31:00 PM 3 Comments A+ a-

Menu breakfast si Mommy yg malas ;p

Telur dadar!


Tapi sebab nak bagi hilangkan rasa bersalah bagi anak makan ni aje, Mommy letak tomato, bawang india, carrot dan timun. Garam pun dah letak sebenarnya. Hehe. Sikiiiiiiitttttt je


Letak dalam mangkuk suruh makan sendiri takmo pulak dia. Nak kita suap jugak. Cukup la untuk alas perut sementara masak makan tengahari. Sempoi janji masak!

Mommy! I Can Walk

9:54:00 PM 4 Comments A+ a-

9 Jun 2012 (Sabtu) - Taman Tasik Shah Alam

Ada kenduri sepupu belah husband buat kat Galeri Shah Alam. Mulanya dia cakap kat dewan. Mommy cuma pakaikan Arissa stokin sebab tak terpikir nak lepaskan dia berjalan dalam dewan nanti. Rupa-rupanya dah sampai sana baru dia bagitau buat kat Galeri Shah Alam.

Sambil tunggu majlis resepsi start, kitorang dengan FIL sekali jalan-jalan kat belakang galeri tu. Galeri tu betul-betul tepi tasik.

Try bagi Arissa berdiri dulu. Sebelum mana dia pernah jejak kaki kat atas bumi lagi. Hehe

Gaya macam tak yakin je mula-mula ni


Siap nak merangkak. Gayat ke dik? Abaikan hairband yang dah macam orang nak g main tenis je tu. Haha


TUkar port lain pulak. Yang rata sikit. Kesian kan pakai stokin je. Kasut simpan wat pusaka ;p


Mommy ambik gambar bajet macam pro la ni. Haha


Ni lepaskan dia kat tempat lapang sikit


Punya la susah nak tangkap gambar mek ni. Asal nampak kamera je lari. Palingkan muka tempat lain. Tensen!


Pantang jumpa apa-apa je mesti kutip nak masuk mulut. Ni dia kutip daun. Bila kita ambik buang. Dia gi cari lagi


Dah merajuk nak lari pulakkkk


Bubur Sayur Aprikot Tofu

5:39:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Macam dah lama Mommy tak cerita pasal bekal Arissa kan. Al-maklum la dah 2-3 minggu Arissa bawak bekal sama. Bubur nasi sup ayam dengan puree sayur. Buah labu wajib masukkan sekali. Itu la menu dia tiap-tiap hari. Labu tak pernah Mommy lupa taruk sekali.

Bulan ni Arissa dah nak cukup 1 tahun. Mommy dah start bagi bubur nasi yang agak kasar sikit. Sayur pun Mommy hiris dah jarang letak puree. Sekarang ni dalam proses mengosongkan puree dalam freezer.

Hari Isnin baru ni Mommy terlebih rajin sikit. Buat bubur nasi ayam dengan sayur campur dan aprikot. Mommy pun tak pernah makan aprikot ni tapi untuk anak gigih pegi cari jugak. Tapi beli yang kering je la. Yang fresh mahal sangat sampai RM5 sebijik. Kecik je pun buahnya.

Menu bekal Arissa untuk hari Isnin dan Selasa ialah bubur sayur aprikot tofu.

Bahan-bahannya:

2-3 sudu besar olive oil
1 ulas bawang putih dicincang 

1 ketul dada ayam
 
2 biji dried apricot

brokoli
carrot
zuchini kuning
labu

Cara-caranya:
Tumis bawang putih
Masukkan ayam. Masak sampai masak.
Tambahkan sedikit air
Masukkan semua sayur
Baru masukkan air untuk 2 dalam 3 cawan
Bila dah masak, sendukkan ke dalam mangkuk bubur 

Yang ni untuk testing bagi Arissa. Takut dia tak suka nanti membazir je bekalkan ke taska.

Mommy dah tak blend bubur dia, Bila nak suap lenyek je dengan sudu.

Yang ni pulak untuk bekal dia ke taska. Sambil panaskan bubur tu Mommy lenyek dengan alat yang macam orang kat gerai burger guna tu. Tak tau nama dia apa ;p


Owhh Arissa dah pakai thermos baru. Mak saudara dia yang kat Penang belikan untuk dia.

Bekas ni besar. Kalau isi penuh muat untuk Mommy dia join makan sekali ;p


Tudung Tumor

10:11:00 PM 3 Comments A+ a-

Hishhhh... tak faham betul la dengan trend bertudung sekarang ni. Muslimah zaman sekarang ni bertudung sebab nak tutup aurat ke sebab imej?

Perasan tak sekarang ni trend tudung tumor? Ala tudung yang ada bonjol besar atas kepala tu la. Contoh macam yang Ikin wife Mawi pakai masa majlis akikah anak dia. MasyaAllah terkejut Mommy tengok.

Tak berat ke? Apa yang dia isi dalam tu agaknya. Takkan rambut kot sebab macam dia gumpal kain sumbat dalam tu. Bukan ke haram pakai bonjol macam tu. Tah la Mommy pun tak sure jugak. Tapi seyes Mommy cakap menyampah sangat tengok orang pakai macam ni. Nauzubillah. Mintak la hati Mommy ni tak terdetik untuk pakai macam tu ;p

Promote

12:02:00 PM 0 Comments A+ a-


Lawa tak....?

Hihi ni la antara tudung yang ada kat blog mamamiastyle tu. Saja nak promote kat sini pulak. Maklum la kita ni bukannye blog pames-pames. Terpaksa la tempek kat sini ;p

Buat Bisness Pulak

11:32:00 AM 0 Comments A+ a-

Mommies......!

Nanti jenguk-jenguk la blog & fb page baru Mommy. Kot-kot ada sape-sape tengah cari tudung boleh la jenguk kat sini mamamiastyle.blogspot.com

Tak pun kalau tengok kat sini https://www.facebook.com/pages/Mamamia-Style/298044296948688

Dah 3-4 bulan Mommy stark balik bisness tudung ni. Duk jual kat kawan-kawan office je pastu rasa gatal tangak pulak nak try online. Dulu zaman bujang pun Mommy dah pernah buat bisness online ni. Masa tu buat blog dengan nama shop-a-lotz. Tapi bila dah kawin sampai la sekarang dah tak update.

Yang baru ni Mommy share ngan partner kawan satu office. Penat dia lain macam bila nak buat semua benda dalam satu masa. Dulu takpe tak payah pikir nak jaga anak, nak kemas rumah. Sekarang ni nak update tudung pun kena pandai-pandai curi masa.

Nanti mommies try la tengok-tengok yea kot ada yang berkenan :-)