Bubur Sayur Aprikot Tofu

5:39:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Macam dah lama Mommy tak cerita pasal bekal Arissa kan. Al-maklum la dah 2-3 minggu Arissa bawak bekal sama. Bubur nasi sup ayam dengan puree sayur. Buah labu wajib masukkan sekali. Itu la menu dia tiap-tiap hari. Labu tak pernah Mommy lupa taruk sekali.

Bulan ni Arissa dah nak cukup 1 tahun. Mommy dah start bagi bubur nasi yang agak kasar sikit. Sayur pun Mommy hiris dah jarang letak puree. Sekarang ni dalam proses mengosongkan puree dalam freezer.

Hari Isnin baru ni Mommy terlebih rajin sikit. Buat bubur nasi ayam dengan sayur campur dan aprikot. Mommy pun tak pernah makan aprikot ni tapi untuk anak gigih pegi cari jugak. Tapi beli yang kering je la. Yang fresh mahal sangat sampai RM5 sebijik. Kecik je pun buahnya.

Menu bekal Arissa untuk hari Isnin dan Selasa ialah bubur sayur aprikot tofu.

Bahan-bahannya:

2-3 sudu besar olive oil
1 ulas bawang putih dicincang 

1 ketul dada ayam
 
2 biji dried apricot

brokoli
carrot
zuchini kuning
labu

Cara-caranya:
Tumis bawang putih
Masukkan ayam. Masak sampai masak.
Tambahkan sedikit air
Masukkan semua sayur
Baru masukkan air untuk 2 dalam 3 cawan
Bila dah masak, sendukkan ke dalam mangkuk bubur 

Yang ni untuk testing bagi Arissa. Takut dia tak suka nanti membazir je bekalkan ke taska.

Mommy dah tak blend bubur dia, Bila nak suap lenyek je dengan sudu.

Yang ni pulak untuk bekal dia ke taska. Sambil panaskan bubur tu Mommy lenyek dengan alat yang macam orang kat gerai burger guna tu. Tak tau nama dia apa ;p


Owhh Arissa dah pakai thermos baru. Mak saudara dia yang kat Penang belikan untuk dia.

Bekas ni besar. Kalau isi penuh muat untuk Mommy dia join makan sekali ;p


6 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
June 13, 2012 at 6:51 PM delete

Bila mommy nk bw kt opis. Sedspnya bubur arissa

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
June 13, 2012 at 9:54 PM delete

ahahahaa.. klu bwk g opis da jd versi lain

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:41 AM delete

ooo lenyek2 je ye.. ayam2 ngan sayur2 tu pon reyha lenyek kan je ye.. skrg ni pon blend lagi bubur auf tapi terlalu cair.. dia makan sgt laju.. lepas ni nak lenyek2 je laa...

auf suka makan tapi gigi sebatang pon xde..aduhaii.. tu yg risau nak bg dia makanan x hancur nie

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
June 14, 2012 at 8:26 PM delete

ain >> a'ahh dah xblend. puree pun da jarang guna. nak ajar dia kunyah. xde gigi pun xpe sb gusi dia da keras kan. pakai benda yg org wat beger guna 2 senang sangat keje

Reply
avatar
armouris
AUTHOR
June 15, 2012 at 1:55 AM delete

terjumpa info ni, pasal aprikot… sharing is caring :) - Aprikot Kaya Vitamin B17 Elak Kanser

Reply
avatar
- AZIE -
AUTHOR
September 11, 2013 at 10:39 AM delete

sis, thermos nie tahan lama x? boleh tahan suam smp petang? berapa oz ye?

Reply
avatar