Friday, June 22, 2012

Goodie Pail For Arissa's 1st Birthday

Assalamualaikum :-)

Ni Mommy nak cerita gambar yang Mommy post semalam tu. Mommy tak buat birthday party pun Mama Auf yea. Tunggu Arissa reti tiup lilin dulu. Hehe. Alasan!

Untuk 1st birthday Arissa, Mommy just buatkan goodie bag & goodie pail agih kat kawan-kawan taska dengan officemate Mommy. Bajet untuk 50 orang. Kat taska bagi 25 tapiuntuk office bagi dalam 20 je. Mommy tak mampu nak agihkan untuk semua orang. Disebabkan kitorang tak buat majlis apa-apa untuk Arissa, so ni dikira sebagai kesyukuran jugak la kan.

Ni antara barang-barang yang Mommy beli untuk letak dalam plaktik bag dengan pail. Untuk taska Mommy bagi goodie bag. Untuk officemate bagi goodie pail. Makanan tu Mommy borang dekat kedai borong. Baldi beli kat Chow Kit RM1.50 satu.

Makanan tu dah terlebih sebenarnya. Ni la masalahnya kalau tak buat list untuk shopping. Eh list dah buat tapi bila nak pergi kedai tertinggal pulak listnya. Hehe. Makanan tu ada yang Mommy beli kat Kelantan masa balik awal bulan hari tu. Rasanya beli kat sana lagi murah dari borong kat KL ni. Air kotak beli 2 jenis. Milo dengan soya. Takut nanti ada yang tak boleh minum milo.
 

Plastik bag birthday ni Mommy beli kat Chow Kit jugak. I kan duta Chow Kit. Haha. Kebetulan jumpa yang tulis macam ni. Memang matching sangat la kan. Beli 2 peket. Nyonya tu cakap 1 peket ada 20. Tapi tak pun. Satu ada 12. Lagi satu 17. Nasib baik lebih 25.



Ni tag untuk lekat kat baldi tu. Mula-mula konon nak buat design yang lain. Gigih seminggu duk godek photoshop tak siap-siap. Last-last dapat idea simple gini. Not bad la kan bagi yang jari tak berseni macam Mommy ni.



Malam Sabtu mintak Papa tolong guntingkan. Buat operasi packing ni semua lepas tidurkan Arissa. Kalau tak memang payah la dengan dia sibuk nak tolong sama. Tension suruh orang laki buat kerja ni. Tangan pegang gunting. Mata kat tv. Nak tunggu siap gunting 1 pun punya la lama. Tukar tugas. Mommy gunting, Papa tampal kat baldi.


Ni barang-barang untuk diisi dalam plastik dengan baldi tu. Nak isi dalam plastik senang je. Dalam baldi yang leceh sikit. Sebab nak kena susuh dulu. Mommy lupa nak snap gambar plastik yang dah siap isi.

Air kotak
Biskut teddy
Lolipop
Sumijeli
Choki-choki (bukan brand choki-choki pun)
Kek lapis Apollo
Wafer
Belon
Badge Angry Bird
Apam polkadot (takde dalam gambar)


Ni la hasil goodie pail tu. Penat jugak. Padahal buat sikit je.



Gambar dari depan pulak. Mommy yang over-excited sebenarnya ;p



Gambar dekat pulak ;p


Alhamdulillah siap jugak malam tu. Tercapai la hajat Mommy nak buat goodie pail untuk birthday Arissa. TAk banyak sikit pun jadilah.


Next year tak tau nak letak dalam apa pulak. Ke nak kena beli baldi lagi besar sebab dia dah 2 tahun. Erkkk....

11 comments:

Queen said...

hamboiii banner pun tukar jugak! meriah nya besday arissa. klu dua taun kasi pelampung pegi piknik ramai2. baldi da ade.. :-p

Mama Adam said...

Tq mommy sbb bg adam pail tu. suweeeeet sgt

Reyha said...

queen >> gud idea. kan dipertimbangkan. hahahah

mama adam >> sori xtgk msg awk mlm 2 pasal belon. klu nak lg sy bwk ari isnin

Lady Mira said...

reyha >> utk umar n umairah xda ker :p :) hehe sibuk kan amma diorang ni... dah la byk extra kerja kt mommy arissa nk pail plak :P

Mama Adam said...

hahaha... xpe. saya godek2 stor, ada sepeket belon :)

AIN NAZRI said...

suwiittt betol isi dalam baldi.. seb baek baldi x kaler pink.. idea baik punya ni.. baldi.. hehehe.. wedding adik leh bg baldi mcm ni tak?

xpe.. next year arissa pandai tiup lilin leh celebrate ye.. 'Auf pon non ada tiup2 lilin ni.. mak pak dia malas...

Reyha said...

lady mira >> oittt sy xcam pun sape ni. seb baik sebut nama umar umairah. haha. dorang xleh mkn lg benda g2. tggu next bday kita kasi lain

Reyha said...

ain >> haha tergamak ke agak2 nak bg baldi kat tetamu? kang nanti org kg ckp pe plak. 2 la ain. nak wat bday party byk benda nk kene buat. 2 yg malas sket 2

Juliana Jalil said...

Assalamualaikum...nak curik idea boleh? tengah dok mencari2 idea tuk my daughter 1st birthday this end month :)

Reyha said...

Juliana >> sila2. sy pun cedok idea org gak ni

fariza said...

Pail tu idea yg bagus & practical tp utk wedding x sesuai.. bg tupperware/bekas makanan pun ok.. tgh cari idea utk b'day anak.. ingat nak bg keychain + kek + air kotak.. x suka jajan..
Klu nak bg keychain yg comel sila ke jarisaya.blogspot.com utk hasil kraf saya