Meraikan Arissa 365 Hari @ Genting Highlands

3:37:00 PM 3 Comments A+ a-

17 Jun 2012 @ 11am - 4.30pm (Ahad)

Alhamdulillah!

Ahad baru ni 17hb Jun genap umur Arissa 1 tahun ;-)

Macam yang Mommy selalu cakap " masa sangat cepat berlalu". Rasa macam dia masih 6 bulan. Sebabnya tiap kali nak beli baju Arissa mesti Mommy terkam baju umur 6 bulan. Terlupa anak dah kena pakai yang saiz 24bulan. Huhu. Dia ni tak la gemuk tapi berisi. Berat pulak tu. Tapi ciri-ciri nak tinggi tu memang terserlah. Boleh jadi ketua kelas nanti awak yea nak ;p

Ok balik cerita asal. Mommy tak buat birthday party untuk Arissa. Mommy cuma bagi goodies kat kawan-kawan kat taska dengan kawan kat office. Tunggu awak pantai tiup lilin nanti kita celebrate. Lagi pun kat sini famili tak ramai. Ada abang sorang je kat Cheras nu. Macam tak syok pulak. Tunggu beli kek potong kat kampung raya nanti la. Hehe.

Sebab nak raikan jugak hari jadi dia. Mommy nak jugak nanti dia boleh tengok gambar sebagai kenangan, so kami decide ke Genting Highlands. Sambil mengimbas kenangan zaman bercinta. Haha

Pagi Ahad tu bangun awal. Lepas solat, Mommy buat sandwich. Konan nak buat bekal. Siap terus mandikan Arissa. Pukul 8 dah siap pakai baju semua. Papa belum bangun. Bila dia bangun je terus hujan turun lebat sangat. Sebelum tu dah bunyi guruh tapi Mommy doa dalam hati minta tak hujan. Kalau tak riosak la program. Bila dia tengok hujan, terus sambung tidur balik. Waaaa...! Geram! Tapi tu la bila hujan ni jalan licin. Takut jugak nak naik kat atas nanti. Mommy cakap kita tunggu dulu. Kalai pukul 10 pun hujan lagi memang kena ubah plan la. Tapi nasib baik hujan kejap je. Dalam pukul 9 dan berhenti. Alhamdulillah ;-) Senyum lebar!

Pukul 10.30 kitorang bertolak dari rumah. Tak bawak banyak barang. 1 beg galas kat belakang je. Isi susu Arissa. Masa naik bukit, kabus dah tebal. Sampai tak nampak jalan nak cari parking. Arissa tengah syok tidur. Saja bagi dia tidur dulu supaya tak meragam nanti. Kitorang sampai dalam 11 lebih. Parking kereta kat tepi jalan. So menapak la naik.

Terus carik kaunter tiket. Terkejut kejap tengok harga tiket. Mula-mula silap tengok. Ingatkan RM66 untuk outdoor saja. Macam dah tak jadi nak masuk sebab dah tau bukan kitorang dapat main apa sangat pun. Rupanya yang tu untuk all park. Kitorang ambik tiket ourdoor saja harga RM50 sorang. Arissa kecik so free lagi. Kalau masuk masa hari jadi free yea.


Kabus memang sangat-sangat tebal. Sejuk tak payah cakap la. Arissa yang sebelum ni tak suka pakai topi pun tetiba hari tu lekat pulak topi kat kepala dia. Sejuk sangat kot.


Papa gagah perkasa. Dia tak pakai jaket pun. Jaket koyak tak sempat jahit. Haha


Suka betuk budak kecik ni bila kita lepas bagi dia berjalan. Tapi nak tangkap gambar punya la susah.


Dah macam gangster Mommy tengok bila dia berdiri dengan mult muncung macam tu. Seronok tengok dia terkedek-kedek jalan. Comel!

Akhirnya dapat jugak bergambar kat tempat coklat ni. Dah lama mengidam. Asyik tengok gambar orang je


Kesiankan kitorang. Bergambar bertiga nampak muka je. Husband tak suka mintak orang tolong ambikkan. So terpaksa la halakan sendiri kamera tu. Pandai-pandai la bajet ;p

Budak kecik ni tau gayat rupanya. Bila naik merry-go-round dia peluk Mommy. Haaa tau pun takot!


Main benda yang baling-baling ni buang duit betul la. Orang lain syok je peluk teddy bear sorang satu. Kami nak cuba nasib. Satu pun tak dapat. Buang duit betul. Baik beli popcorn lagi sedap.


Dinosourland diorang dah buat baru. Dah ada dinosour yang boleh bergerak kat luar. Taman pun dah nampak terjaga.


Gambar bawah ni Mommy sukeeee sangat!!!!!

Yang ni candid. Masa ni Arissa marah sebab Papa takmo bagi Mommy dukung dia. Mengamuk la dia tolak Papa. Haha


Walaupun penat sangat badan, tapi hepi tu tak boleh nak cakap. Nanti next year nak datang sini lagi la. Boleh buat event tahunan ni. Hehe.

Owh kitorang cuma main 3 mainan je. Naik yang gajah pusing-pusing, kereta antik dengan merry-go-round. Banyak mainan untuk famili dia under maintenance. Nak naik boat dalam Dinosourland kena beratur panjang sangat.

Tapi kalau nak pergi better pergi hari Ahad. Orang tak ramai sangat. Kalau boleh pergi awal. Pukul 10 dah sampai. Baru syok nak main. Tak payah beratur lama.


Masa nak turun pun kabus masih tebal. Arissa dah selamat lena masa turun tu. Memang timing yang tepat. Nak naik tidur turun pun tidur. Kalau tak maunya muntah Mommy nak pegang dia dalam kereta dengan jalan yang pusing-pusing tu.

3 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
June 21, 2012 at 5:29 PM delete

syioknyaaa... jarang dapat kabus tebal mcm ni.. kalau x hujan mmg x merasa ler...

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
June 21, 2012 at 5:48 PM delete

Still moon walk. Tunggu sebulan pasni. Baru jalan tegap ;)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
June 22, 2012 at 8:35 AM delete

ain >> 2 la. timing memang tepat. sejuk2 baru best jalan.

mama adam >> skrg pun dah penat nak kepung

Reply
avatar