Menu Berbuka Hujung Minggu

4:03:00 PM 4 Comments A+ a-

Asal hujung minggu je semangat nak memasak tu memang kuat. Macam-macam dalam otak. Hari Jumaat dah siap-siap browse cari resepi untuk menu berbuka hujung minggu. Tapi makan berdua ni tak berapa syok. Bila ramai baru meriah kan.

Hari Sabtu mommy masak nasi tomato, ayam masak merah dan acar simple. Tengok resepi kat blog ana suzana. Jeles tengok dia masak,. Semua nampak sedap. Semua rasa nak try. Tapi rasa je laaa... Buatnya tak tau bila. Hehe!


Ayam masak merah ni seyes sangat sedap! Thumbs up!!


Acar pemalas. Mulanya nak letak nanas. Tapi macam tak berbaloi je nak kupas. Jadi la acar simple gini.


Ni menu hari Ahad.

Siakap stim. Masak guna pemanggang ajaib. Sangat senang. Campak je semua. Tutup penutup dia. Tunggu kejap. Then dah siap!



Kerabu mangga masak. Beli mangga hari Jumaat. Duk dalam peti sampai masak. Tapi tetap sedap bagi anak tekak mommy. Haha!


Last sekali harus ada pic gambar cinonet ni. Hari Ahad tak tau kenapa mood dia happy semacam. Nak ambik gambar dia lari sambil gelak-gelak.


Arissa @ 13 Months

12:28:00 PM 2 Comments A+ a-

Dah 13 bulan lebih umur anak dara sorang ni. Makin hari makin banyak benda baru. Duduk nursery banyak la benda yang dia belajar. Umur macam dia sekarang memang dalam proses nak kutip belajar benda baru. Kita la yang kena beringat. Sebab semua benda dia nak tiru. Mula-mula dia perhati dulu. Pastu senyap-senyap dia try buat. Contohnya brush blusher mommy. Tiap-tiap pagi dia tengok kita duk sapu kat pipi. Time kita nak ngadap cermin dia pun sama la sibuk nak nyelit. Dulu ambik brush masuk mulut. Sekarang tak.... Dah pandar sapu kat pipi sampai ke atas kepala sekali. Haha!

Banyak progress Arissa mommy tak sempat nak tulis kat sini. So kira pukal la kita cerita. Setakat umur dia 13 bulan ni la perkembangan terbaru dia. Kalau tak silap antara 9 - 13 bulan. Mommy ada tulis dalam buku tapi buku tu sekarang takde. Malas nak gi ambik ;p

Perkataan yang selalu dia sebut:

" Nak! " = Nak *tiap masa mesti bunyi nak nak... geram sangat dengar dia sebut gitu. Comel! Puji anak sendiri. Haha

" Nah " = Kalau nak bagi apa-apa

" Meh " = Bila nak mintak apa-apa dari tangan kita. Tapi jarang sebut lagi banyak sebut Nak

Dah pandai salam cium tangan. Kalau dah sampai nursery bila mommy cakap salam terus pegang tangan kita pastu cium. Alahaiiiii...

Dah tau sebut baiiiiiiii (bye)

Kalau mommy buat bunyi macam nak kiss terus laju datang dekat kita hulur dahi dia suruh cium!

Bila mommy sebut kiss, nganga mulut cium muka mommy. Kekadang ngeri gak bila rasa gigi dia. Takut dia ngap! Huhu. Pagi-pagi kalau papa mintak kiss terus dia palingkan muka. Haha. Padan muka!

Joget hentak kaki sebelah. Dah macam shuffle pun ada. Hari tu kat nursery ada buat besday party. Diorang pasang lagu kuat-kuat. Dia bangun terus pergi tengah-tengah pastu joget macam buat konsert! Adoiiiii.... Mana belajar nih!

Iklan peberet sekarang ni iklan Lifebuoy. Dengar je lagu iklan tu terus joget. Suka betul dia.

Kalau dia main mainan yang masukkan bentuk kat dalam bekas, terus tepuk tangan. Tak kira la masuk ke tak. Ni papa la yang ajar.

1 habit dia yang mommy suka sangat-sangat ialah time nak tidur!
Arissa biasa tidur awal. Pukul 8 dia dah mula menguap. Tanda dia mengantuk dia akan jadi lasak sangat-sangat. Pastu mommy ajak masuk bilik dia akan cepat-cepat follow. Masuk je bilik dia mesti tutup pintu. Tu pun habit jugak. Asal masuk bilik je tutup pintu. Sebab tu kitorang letak kunci kat luar bilik. Takut nanti dia terkunci kat dalam. Lepas tutup pintu terus dia landing kat port dia. Duk la terbaring situ tunggu mommy pasang ubat nyamuk dulu. Bila kita tutup lampu, dia dah gelak-gelak sebab tau akan kena gomol. Haha. Mommy baring je sebelah dia, tangan dia cepat je nak selak baju nak susu. Hisap susu kejap, golek kiri golek kanan. Terus senyap. Setel! Tapi..... kalau belum sampai masa dia nak tidur. Dia baring kejap pastu terus bangun. Mommy la yang kena berhempas pulas tangkap dan baringkan dia. Kalau belum cukup masa tak payah susah-susahkan diri la. Konpem dia takkan tidur.

Kena Marah

4:49:00 PM 2 Comments A+ a-

22 Julai 2012 (Ahad) - Lebih kurang 9 malam


First time Arissa menangis teresak-esak sebab kena marah :-(

Puncanya macam ni. Dari siang lagi dia suka sangat datang dekat dengan kita lepas tu tetiba cakar muka. Aduh!. Sakit tau. Ni bukan sakit main-main. Sakit betul. Kuku dia baru je potong semalam tapi hujung dia tu kalau lepas potong mesti tajam. Kita nak asah bukan dia bagi. Nak potong kuku pun kena tunggu dia tidur betul-betul lena. Mommies potong kuku anak time bila?

Ah sudah dah masuk cerita potong kuku pulak dah. Ok sambung.

Papa pergi tarawih. Mommy tutup semua lampu. Bukak tv je. Pastu baring sambil menyusukan Arissa. Dia dah nak lena tapi takmo gak tidur lagi. Tetiba dia bangun duduk depan mommy. Zappp! Dicakarnya muka kita. Mommy terus cakap " Sakit la Arissa!! " . Nada suara memang agak tinggi. Dia dia sambil try nak buat lagi. Mommy pegang tangan dia pastu pukul. Pukul slow yang amat sangat yea. Bukan pukul betul. Sambil cakap " Ni tange ni! Apo nih! Nok keno maroh la ni! ". Pukul 2 - 3 tangan dia. Dia diam.

Pastu dia sembam muka atas bantal sebelah mommy. Terus " Waaaaaaa.... ". Menangis. Menangis dengan nada sedih. Terus Mommy Terdiam. Sebab dia ni jarang sangat menangis. Dia angkat muka tengok kita kat sebelah. Dengan air mata bercucuran. Sembam muka kat bantal balik. Aduhhhhhh..... Mommy dah rasa bersalah.

Mommy usap belakang dia. Cakap " Arissa jange wat gini. Sakit la mommy. Kalu mommy takpo lagi. Tapi kalu Arissa wat ko saing kat school, nati ibu tey (pukul) sungguh gak. Mommy toksir ore tey Arissa. Mommy saye Arissa. Jange wat lagi deh. Ok. Bo (cukup). Bo tiyok (nangis). ". Mommy peluk dia erat-erat. Slow-slow makin reda nangis dia.


* Sampai saat ni mommy ingat lagi muka dia bila dia pandang mommy sambil nangis. Tapi sekarang dia betul-betul tengah lasak. Betul-betul menguji kesabaran. Huhu


Menu Berbuka - Hari Ke-2

3:00:00 PM 2 Comments A+ a-

Alhamdulillah!

Sambut puasa hujung minggu sangat best. Sebabnya dapat masak sendiri. Mommy dah cakap awal-awal kat papa. Mommy hanya akan masak hujung minggu je. Hari kerja kita makan menu tunjuk. Hehe

Hari pertama mommy masak tomyam ayam, ayam bakar black pepper, telur dadar (WAJIB), budu (WAJIB), tembikai dan air sirap selasih. Gambar tak sempat nak snap.


Hari ke-2 sempat pergi Giant dulu beli barang dapur. Semangat nak memasak tengah berkobar-kobar nih. Balik Arissa dah penat. Terus tidur sampai 6.30. Sempat la Mommy masak.

Kari ayam mamak style. Tak pakai santan. Nak puji diri sendiri sikit. Memang terbaik!! Haha. Papa pun berselera sangat makan. 

 

 Ni menu sampingan. Cendawan goreng tauge, telur dadar, budu, tembikai dan air sirap.


Dessert mommy buatkan bubur jagung. Beli 2 batang je pun. Ni lebihan dari bubur nasi Arissa. Mommy buat bubur nasi jagung dan carrot untuk dia.


Budak tecik tu kat mane? Senyap ke dia time berbuka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

Ni dia.....


Bagi makan tembikai. Memang mandi air tembikai la jawabnya. Takpe la dik. Janji awak duk diam-diam.

Ramadhan 1433

1:30:00 PM 2 Comments A+ a-

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERPUASA BUAT MOMMIES SEMUA 


Dah masuk hari ke-4 baru nak buat ucapan kan. Hehe. Dah banyak hari tak sempat nak bukak blog.

Doa Mommy semoga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental untuk menjalani dan menunaikan ibadah-inadah wajib nak juga menambah ibadah sunnah dibulan yang mulia ini. InsyaALLAH.


Inject 1 Tahun

12:30:00 PM 4 Comments A+ a-

7 Julai 2012

Dah lewat dekat sebulan nak bawak budak ni gi klinik. Tu la mommy asyik tangguh-tangguh. Pastu buat appointment last minit. Mana tak penuhnya. Akhirnya dapat jugak buat appointment. Nasib baik ada. Tu pun orang paling awal. Terpas la bangun awal. Rugi waktu tidur hujung minggu mommy ngan papa. Hehe. Tapi best jugak sebabnya doctor sampai je terus panggil kitorang. Orang first.

Masa kitorang sampai baru ada 1 patient. So dapat la Arissa menunjukkan skill melasak dia sebab takde orang duk main kat situ. Mommy serah kat papa tolong kawal mek tu.

 

Dah pandai turun sekali mula la nak buat pelik. Mek eh awak tu pompuan. Sopan sikit yea.... (*_-)
 

Masuk dalam bilik doktor seronok dia duk punggah mainan. Pastu terkedek-kedek nak buat keluar. Amboiii... Doktor cakap " Eh dia ingat datang sini nak main je ke. Dia tak tau nak kena serah bontot jap lagi tu"

Hehe. Kelakar tengok dia masuk. Ambik mainan terus nak keluar. Lepas dah timbang, ukur, nak cucuk pulak. Doktor suruh mommy pangku dia. Time doktor cucuk langsung muka dia takde perasaan. Ni yang mommy suka sangat datang sini. Arissa start cucuk kat sini dari 3 bulan. Tak pernah sekali pun nangis. MAsa umur 1 dan 2 bulan buat kat klinik kerajaan. Nurse tu tak pandai sangat kot. Dia punya menangis syahdu sangat. Sampai mommy pun join sama. Haha

Kali ni cucuk MMR + Chicken Pop. Doktor tu yang suggest. Ambik je la. Total RM215. Terkejut gak masa nak membayar tu. Tak boleh bayang kalau baby twins. Hehe
 

Gigi Pertama Arissa

11:19:00 AM 3 Comments A+ a-

Dah lamaMommy duk ternanti-nanti tertunggu gigi mek ni bila la nak keluar.

Seminggu sebelum besday dia (17 Jun 2012) badan panas. Pengasuh pun cakap dia macam dah tumbuh gigi. Dah boleh rasa gusi dia macam bergaram. Tak boleh jadi ni. Macamana mommy boleh tak perasan. Padahal tiap-tiap malam direct-feed dia. Tapi tak rasa pun.

Sampai je rumah terus mommy hulur jari nak rasa gusi dia. Eh betul la. Gusi atas ada rasa tajam-tajam. Malam tu badam Arissa panas. Mommy bagi ubat minum. Malas nak masukkan ubat bontot sebab dah tau dia demam nak tumbuh gigi.

Nasib baik demam kejap je. Sebelum pergi Genting tu dia dah ok.

Gigi pertama keluar gigi atas belah kanan. Pastu tak lama keluar yang belah kiri. 2 minggu pastu bawah belah kanan. Diikuti gigi bawah belah kiri. Sekarang dia dah ada 4 batang gigi. Tapi masih tak suka makan bubur nasi yang ada benda ketul-ketul Mesti dia buat bunyi macam orang nak muntah sebab nak keluarkan balik makanan tu. Hehe

Ni gambar ambik masa 4 Julai 2012.


Masa ni gigi baru ada 3. At last dapat jugak ambik gambar dia nampak gigi. Suka sangat dapat naik buai sampai senyum tutup mata rapat ;p

Nah Sebijik

1:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Orang nak memasak dia pun mula la sibuk nak ke dapur jugak. Pantang nampak Mommy buka peti ais laju je tolak pintu tak bagi kita tutup.

Kalau selagi papa tak sampai macam ni la Mommy. Kerja asyik nak kena kejar dia.

Sibuk sangat Mommy bagi tomato sebijik.


Ingatkan dia tak makan. Rupanya dia makan betul-betul. Tu tengok bekas dia gigit. Bersungguh pulak budak kecik ni makan. Siap marah bila kita ambik.

Makan la Arissa oiii.... Nanti cantik kulit awak ;-)


Chef At Home

11:59:00 AM 4 Comments A+ a-

Semenjak ada pembantu baru kat dapur ni, semangat nak memasak terus berkobar-kobar ;p

Dah lama nak cakap pasal ni. Rasanya benda ni dah jadi agak femes sekarang.

Jeng jeng jenggg.....


Pemanggang ajaib!!! Tiap kali sebut mesti rasa macam Doraemon. Haha. Kan Doraemon selalu keluarkan alat-alat dia dari poket. Pbila sebut belakang-belakang mesti ada perkataan ajaib.

Mommy beli online. Beli kat sini. Tapi rasanya kalau siapa yang jadi ahli Menang lagi dapat murah.

Boleh kata sejak ada pemanggang ni, jarang la menggoreng kat dapur tu. Dapur pun dah kurang berminyak.

Hari mula-mula bawak balik benda ni, terus ekcited nak buat beef steak. Ambik Arissa terus ke Carrefour. Tapi sayang.Takde pun daging. Mommy beli sosej je. Tak kira la dapat panggang sosej pun jadi la. Tapi tak syok la kan.

Hujung minggu ke Giant terus borong peha ayam dengan daging. Malas tu perap peha ayam kejap. Pastu panggang. Dalam 25 - 30 minit siap. Isi ayam pun empunk sangat. Ni first try.


Besoknya pulak buat beef steak. Pakai daging yang dalam bekas polisterine hitam tu je. Maklum la first time nak buat steak. Perap dengan sos blackpepper Ita.


Pastu panggang.


Mommy terlebih masa. Daging jadi agak liat. sambil tunggu daging masak buat sos gravy. Senang je pakai yang dalam pek ni. Rasa sebijik macam yang kat kedai. Pandai sangat nak adjust dah jadi cair pulak granvy nya. Tapi rasa tetap terbaik!. Haha


Ok dah siap. Beef steak pemalas! Jadi la kan untuk first timer nih ;p


Wordless Wednessday : Papa Punya Kerja

7:00:00 AM 2 Comments A+ a-

Hip-hop la sangat kan.....

Playground

12:30:00 PM 4 Comments A+ a-

14 Jun 2012 (Khamis)

First time Arissa ke playground. Alahai Mommy tu pun nak blog ke...? Biar la. Dah kata ni diari kan. Haha

Balik kerja cuaca nampak ok. Dah lama plan nak bawak dia ke playground ni. Tapi ni baru ada peluang. Ok kita tengok gambar la yea. Gambar-gambar ni Mommy suka sangat! Sebab Arissa SENYUM

 Abaikan buai tu. Vendalisme!

 Dia gelak!


 Mommy nak lompat tengok dia gelak!


Eh nak ngendap la pulak

Dah jom balik!

Mulut Berdarah

11:12:00 AM 2 Comments A+ a-

5 Julai 2012 : 10 PM (Khamis)

Malam sebelum kes Arissa digigit, dia dah rasa sakit. Huhu. Mommy yang careless!

Macam biasa bila nak ajak dia tidur, Mommy panggil dia masuk bilik. Pasangkan ubat nyamuk elektrik, pusing kipas bagi betul-betul kena tempat dia tidur. Lampu belum tutup. Arissa masuk. Nampak botol minyak Yuyi tepi almari terus ambik letak kat mulut. Mommy bukakan sikit langsir supaya nanti tak la gelap sangat. Pastu tutup lampu.

Mommy panggil Arissa surung dia baring. Dia pulak gelak-gelak ingat kita nak kejar dia. Terus lari atas tilam sambil botol minyak Yuyi masih kat mulut. Tetiba kaki dia tersadung dengan bantal. Mommy nampak tapi tak sempat nak sambut. Terus tersembam. Terhantuk kat dinding. Terus dia nangis. Mommy terus angkat. Masa tu dalam gelap tak nampak keadaan dia lagi. Pastu dia terus nangis kuat sampai tak bunyi suara. Mommy kendong dia. Ambik tisu walaupun masa tu nampak pun mulut dia berdarah ke tak. Tapi Mommy dah boleh agak mesti kena gigi dia. Mommy jerit panggil papa. Papa masuk pasangkan lampu. Masa tu baru nampak bibir atas dia luka. Gusi pun berdarah! Kesan penutup botol ada kat atas bibir dekat dengan hidung. Aduhhhh...! Kesiannya dia.

Mommy lap darah. Arissa nangis kuat. Papa ambik dia. Dukung untuk pujuk dia. Tak lama pastu senyap.

Dah ok la kot sebab dah boleh senyum. Tapi mommy risau sangat takut gigi dia patah ke apa. Dah la kawan tu baru je nak tumbuh gigi. Dah jadi macam ni.

Bila dia macam dah ok. Sambung untuk tidurkan dia. Risau gak takut dia sakit nak menyusu. Nasib baik ok.


Ambik gambar dalam gelap. Bibir atas dah jadi seksi semacam. Bengkak! Alahai geramnye ngan diri sendiri ni!!

Kena Gigit

3:53:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hukhuk.... T____T

Lama tak bercerita tetiba terus keluar dengan cerita tak best. Jumaat lepas (6 Julai 2012) *saja tulis tarikh sebab ini kan diari Mommy* ambik Arissa macam biasa kat taska. Dah siap masuk dalam kereta, budak pengasuh datang cakap

"Akak soriiiii....."

Apa hal pulak budak ni. Tapi muka Mommy masa tu rasanya dah berubah. Tanya la kenapa. Dia cakap lengan Arissa ada lebam. Cepat-cepat Mommy belek tapi tak nampak apa-apa pun. Pastu budak tu tunjuk dekat lengan kanan Arissa dekat dengan bahu. Lebam! Bentuk bulat siap ada bekas gigi!

"Ada budak gigit dia. Tapi kitorang dah tuam dengan ais tadi"

Huhu T_____T

Benda yang Mommy duk risau selama ni dah jadi. Kalau anak duduk taska/nursery ni memang wajib ada peristiwa gigit mengigit ke? Geram!

Tanya dia budak mana yang gigit. Dia cakap budak kecik baya Arissa jugak. Hmmm... Nak cakap apa lagi kan. Benda da jadi. Takkan nak gi tenyeh budak tu pulak. Bukan dia tau apa pun. Mommy cuma cakap lepas ni tolong la perhatikan budak tu. Jangan sampai benda ni berulang. Dia cakap dan asingkan budak tu. Kesian la pulak.

Arissa ok je dia. Tapi masa kena tu mesti la meraung. Risau takut lepas ni dia pulak buat kat budak lain. Biasanya macam tu la kan. Kalau dia pernah jadi mangsa, lepas ni dia pulak la akan balas kat orang lain. Kesian la dia kalau nanti kena asingkan. Huhu. Mula la Mommy pikir lebih-lebih. Pastu emo sorang-sorang.

Aaaaa tolonggggg..... Takmo keje!!! Nak duk rumah jaga Arissa sendiri...!!!!!