Arissa @ 13 Months

12:28:00 PM 2 Comments A+ a-

Dah 13 bulan lebih umur anak dara sorang ni. Makin hari makin banyak benda baru. Duduk nursery banyak la benda yang dia belajar. Umur macam dia sekarang memang dalam proses nak kutip belajar benda baru. Kita la yang kena beringat. Sebab semua benda dia nak tiru. Mula-mula dia perhati dulu. Pastu senyap-senyap dia try buat. Contohnya brush blusher mommy. Tiap-tiap pagi dia tengok kita duk sapu kat pipi. Time kita nak ngadap cermin dia pun sama la sibuk nak nyelit. Dulu ambik brush masuk mulut. Sekarang tak.... Dah pandar sapu kat pipi sampai ke atas kepala sekali. Haha!

Banyak progress Arissa mommy tak sempat nak tulis kat sini. So kira pukal la kita cerita. Setakat umur dia 13 bulan ni la perkembangan terbaru dia. Kalau tak silap antara 9 - 13 bulan. Mommy ada tulis dalam buku tapi buku tu sekarang takde. Malas nak gi ambik ;p

Perkataan yang selalu dia sebut:

" Nak! " = Nak *tiap masa mesti bunyi nak nak... geram sangat dengar dia sebut gitu. Comel! Puji anak sendiri. Haha

" Nah " = Kalau nak bagi apa-apa

" Meh " = Bila nak mintak apa-apa dari tangan kita. Tapi jarang sebut lagi banyak sebut Nak

Dah pandai salam cium tangan. Kalau dah sampai nursery bila mommy cakap salam terus pegang tangan kita pastu cium. Alahaiiiii...

Dah tau sebut baiiiiiiii (bye)

Kalau mommy buat bunyi macam nak kiss terus laju datang dekat kita hulur dahi dia suruh cium!

Bila mommy sebut kiss, nganga mulut cium muka mommy. Kekadang ngeri gak bila rasa gigi dia. Takut dia ngap! Huhu. Pagi-pagi kalau papa mintak kiss terus dia palingkan muka. Haha. Padan muka!

Joget hentak kaki sebelah. Dah macam shuffle pun ada. Hari tu kat nursery ada buat besday party. Diorang pasang lagu kuat-kuat. Dia bangun terus pergi tengah-tengah pastu joget macam buat konsert! Adoiiiii.... Mana belajar nih!

Iklan peberet sekarang ni iklan Lifebuoy. Dengar je lagu iklan tu terus joget. Suka betul dia.

Kalau dia main mainan yang masukkan bentuk kat dalam bekas, terus tepuk tangan. Tak kira la masuk ke tak. Ni papa la yang ajar.

1 habit dia yang mommy suka sangat-sangat ialah time nak tidur!
Arissa biasa tidur awal. Pukul 8 dia dah mula menguap. Tanda dia mengantuk dia akan jadi lasak sangat-sangat. Pastu mommy ajak masuk bilik dia akan cepat-cepat follow. Masuk je bilik dia mesti tutup pintu. Tu pun habit jugak. Asal masuk bilik je tutup pintu. Sebab tu kitorang letak kunci kat luar bilik. Takut nanti dia terkunci kat dalam. Lepas tutup pintu terus dia landing kat port dia. Duk la terbaring situ tunggu mommy pasang ubat nyamuk dulu. Bila kita tutup lampu, dia dah gelak-gelak sebab tau akan kena gomol. Haha. Mommy baring je sebelah dia, tangan dia cepat je nak selak baju nak susu. Hisap susu kejap, golek kiri golek kanan. Terus senyap. Setel! Tapi..... kalau belum sampai masa dia nak tidur. Dia baring kejap pastu terus bangun. Mommy la yang kena berhempas pulas tangkap dan baringkan dia. Kalau belum cukup masa tak payah susah-susahkan diri la. Konpem dia takkan tidur.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 31, 2012 at 11:41 AM delete

haah kan.. budak2 ni kalau mmg bukan time dia nak tdo.. dia mmg x moh nak lelapkan mata dia kan.. penat laa kita umpan n pujuk.. sama jerk perangai diaorg ni kan..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 1, 2012 at 9:43 AM delete

betullll.... sekarang ni dia selalu bangun sahur. aduhaiii... makan pun macam nak tercekik je sebab sambil nak control dia

Reply
avatar