Gigi Pertama Arissa

11:19:00 AM 3 Comments A+ a-

Dah lamaMommy duk ternanti-nanti tertunggu gigi mek ni bila la nak keluar.

Seminggu sebelum besday dia (17 Jun 2012) badan panas. Pengasuh pun cakap dia macam dah tumbuh gigi. Dah boleh rasa gusi dia macam bergaram. Tak boleh jadi ni. Macamana mommy boleh tak perasan. Padahal tiap-tiap malam direct-feed dia. Tapi tak rasa pun.

Sampai je rumah terus mommy hulur jari nak rasa gusi dia. Eh betul la. Gusi atas ada rasa tajam-tajam. Malam tu badam Arissa panas. Mommy bagi ubat minum. Malas nak masukkan ubat bontot sebab dah tau dia demam nak tumbuh gigi.

Nasib baik demam kejap je. Sebelum pergi Genting tu dia dah ok.

Gigi pertama keluar gigi atas belah kanan. Pastu tak lama keluar yang belah kiri. 2 minggu pastu bawah belah kanan. Diikuti gigi bawah belah kiri. Sekarang dia dah ada 4 batang gigi. Tapi masih tak suka makan bubur nasi yang ada benda ketul-ketul Mesti dia buat bunyi macam orang nak muntah sebab nak keluarkan balik makanan tu. Hehe

Ni gambar ambik masa 4 Julai 2012.


Masa ni gigi baru ada 3. At last dapat jugak ambik gambar dia nampak gigi. Suka sangat dapat naik buai sampai senyum tutup mata rapat ;p

3 kawan cakap

Write kawan cakap
asYDhia
AUTHOR
July 24, 2012 at 11:35 AM delete

finally naik dah gigi arissa...lps ni leh mkn makanan keras2 k...

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
July 24, 2012 at 12:21 PM delete

waaa bestnya.. 'Auf pon xde gigi lagik ni.. risau betol.. lagi baper ari nak setahun.. huhu

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 24, 2012 at 4:30 PM delete

asYDhia >> tp bubur nasi klu ada benda ketul2 dia luah balik gak. hehe

ain >> don wori ain. lambat tumbuh org ckp lambat la rosaknya

Reply
avatar