Inject 1 Tahun

12:30:00 PM 4 Comments A+ a-

7 Julai 2012

Dah lewat dekat sebulan nak bawak budak ni gi klinik. Tu la mommy asyik tangguh-tangguh. Pastu buat appointment last minit. Mana tak penuhnya. Akhirnya dapat jugak buat appointment. Nasib baik ada. Tu pun orang paling awal. Terpas la bangun awal. Rugi waktu tidur hujung minggu mommy ngan papa. Hehe. Tapi best jugak sebabnya doctor sampai je terus panggil kitorang. Orang first.

Masa kitorang sampai baru ada 1 patient. So dapat la Arissa menunjukkan skill melasak dia sebab takde orang duk main kat situ. Mommy serah kat papa tolong kawal mek tu.

 

Dah pandai turun sekali mula la nak buat pelik. Mek eh awak tu pompuan. Sopan sikit yea.... (*_-)
 

Masuk dalam bilik doktor seronok dia duk punggah mainan. Pastu terkedek-kedek nak buat keluar. Amboiii... Doktor cakap " Eh dia ingat datang sini nak main je ke. Dia tak tau nak kena serah bontot jap lagi tu"

Hehe. Kelakar tengok dia masuk. Ambik mainan terus nak keluar. Lepas dah timbang, ukur, nak cucuk pulak. Doktor suruh mommy pangku dia. Time doktor cucuk langsung muka dia takde perasaan. Ni yang mommy suka sangat datang sini. Arissa start cucuk kat sini dari 3 bulan. Tak pernah sekali pun nangis. MAsa umur 1 dan 2 bulan buat kat klinik kerajaan. Nurse tu tak pandai sangat kot. Dia punya menangis syahdu sangat. Sampai mommy pun join sama. Haha

Kali ni cucuk MMR + Chicken Pop. Doktor tu yang suggest. Ambik je la. Total RM215. Terkejut gak masa nak membayar tu. Tak boleh bayang kalau baby twins. Hehe
 

4 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 24, 2012 at 2:32 PM delete

oooo 2 injection 200++ ye.. 'Auf nak setahun pon kena cucuk.. seb baek cover klinik panel.. cuma pneumcocol je x cover.. yg tu 1 cucuk RM200 gaks.. demi anak2 kan..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 24, 2012 at 4:28 PM delete

sy xsempat amik pneumcocol utk baby bwh 2thn. cadang nak amik nnt dos utk 2 tahun.

Reply
avatar
Lady Mira
AUTHOR
July 24, 2012 at 10:40 PM delete

bln lepas konon nk inject umar n umairah kt pvt utk 3 bln... call n tanya harga... rm100. so dua orang rm200 la.. terus xjadi gi pvt... gi klinik kerajaan je la... tunggu lama pun tunggu je la... terpaksa.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 25, 2012 at 3:06 PM delete

lady mira >> 2 la. tp pvt pun klu xwat apptment lame gak nunggunye.

Reply
avatar