Kena Gigit

3:53:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hukhuk.... T____T

Lama tak bercerita tetiba terus keluar dengan cerita tak best. Jumaat lepas (6 Julai 2012) *saja tulis tarikh sebab ini kan diari Mommy* ambik Arissa macam biasa kat taska. Dah siap masuk dalam kereta, budak pengasuh datang cakap

"Akak soriiiii....."

Apa hal pulak budak ni. Tapi muka Mommy masa tu rasanya dah berubah. Tanya la kenapa. Dia cakap lengan Arissa ada lebam. Cepat-cepat Mommy belek tapi tak nampak apa-apa pun. Pastu budak tu tunjuk dekat lengan kanan Arissa dekat dengan bahu. Lebam! Bentuk bulat siap ada bekas gigi!

"Ada budak gigit dia. Tapi kitorang dah tuam dengan ais tadi"

Huhu T_____T

Benda yang Mommy duk risau selama ni dah jadi. Kalau anak duduk taska/nursery ni memang wajib ada peristiwa gigit mengigit ke? Geram!

Tanya dia budak mana yang gigit. Dia cakap budak kecik baya Arissa jugak. Hmmm... Nak cakap apa lagi kan. Benda da jadi. Takkan nak gi tenyeh budak tu pulak. Bukan dia tau apa pun. Mommy cuma cakap lepas ni tolong la perhatikan budak tu. Jangan sampai benda ni berulang. Dia cakap dan asingkan budak tu. Kesian la pulak.

Arissa ok je dia. Tapi masa kena tu mesti la meraung. Risau takut lepas ni dia pulak buat kat budak lain. Biasanya macam tu la kan. Kalau dia pernah jadi mangsa, lepas ni dia pulak la akan balas kat orang lain. Kesian la dia kalau nanti kena asingkan. Huhu. Mula la Mommy pikir lebih-lebih. Pastu emo sorang-sorang.

Aaaaa tolonggggg..... Takmo keje!!! Nak duk rumah jaga Arissa sendiri...!!!!!

4 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 9, 2012 at 3:57 PM delete

sabar mummy sabar.. lepas ni mummy explain laa kat arissa supaya arissa x gigit kawan dia yg lain plak..

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
July 9, 2012 at 10:20 PM delete

x jugak. dulu adam kena gigit gak. 3 - 4 kali la... tapi, dia x gigit orang.

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
July 10, 2012 at 8:21 AM delete

sama mcm my gurl kena gigit jgk wlpn duduk ngan pengasuh...tp skrg dah x kena sbb aku mrh budak tu hahhaa

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 10, 2012 at 9:13 AM delete

ain >> takat dia dia xde lg gigit org. tp time kita paksa dia bf mmg kena la. sakittttt. mcm nak putus!

mama adam >> 3-4 kali??? wawawaaa kesiannyeee

asYDhia >> haha. 2 la seb baik jugak budak 2 xde time 2. takut sy pun wat g2

Reply
avatar