Kena Marah

4:49:00 PM 2 Comments A+ a-

22 Julai 2012 (Ahad) - Lebih kurang 9 malam


First time Arissa menangis teresak-esak sebab kena marah :-(

Puncanya macam ni. Dari siang lagi dia suka sangat datang dekat dengan kita lepas tu tetiba cakar muka. Aduh!. Sakit tau. Ni bukan sakit main-main. Sakit betul. Kuku dia baru je potong semalam tapi hujung dia tu kalau lepas potong mesti tajam. Kita nak asah bukan dia bagi. Nak potong kuku pun kena tunggu dia tidur betul-betul lena. Mommies potong kuku anak time bila?

Ah sudah dah masuk cerita potong kuku pulak dah. Ok sambung.

Papa pergi tarawih. Mommy tutup semua lampu. Bukak tv je. Pastu baring sambil menyusukan Arissa. Dia dah nak lena tapi takmo gak tidur lagi. Tetiba dia bangun duduk depan mommy. Zappp! Dicakarnya muka kita. Mommy terus cakap " Sakit la Arissa!! " . Nada suara memang agak tinggi. Dia dia sambil try nak buat lagi. Mommy pegang tangan dia pastu pukul. Pukul slow yang amat sangat yea. Bukan pukul betul. Sambil cakap " Ni tange ni! Apo nih! Nok keno maroh la ni! ". Pukul 2 - 3 tangan dia. Dia diam.

Pastu dia sembam muka atas bantal sebelah mommy. Terus " Waaaaaaa.... ". Menangis. Menangis dengan nada sedih. Terus Mommy Terdiam. Sebab dia ni jarang sangat menangis. Dia angkat muka tengok kita kat sebelah. Dengan air mata bercucuran. Sembam muka kat bantal balik. Aduhhhhhh..... Mommy dah rasa bersalah.

Mommy usap belakang dia. Cakap " Arissa jange wat gini. Sakit la mommy. Kalu mommy takpo lagi. Tapi kalu Arissa wat ko saing kat school, nati ibu tey (pukul) sungguh gak. Mommy toksir ore tey Arissa. Mommy saye Arissa. Jange wat lagi deh. Ok. Bo (cukup). Bo tiyok (nangis). ". Mommy peluk dia erat-erat. Slow-slow makin reda nangis dia.


* Sampai saat ni mommy ingat lagi muka dia bila dia pandang mommy sambil nangis. Tapi sekarang dia betul-betul tengah lasak. Betul-betul menguji kesabaran. Huhu


2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 25, 2012 at 12:09 PM delete

ain pon potong kuku 'Auf time dia tdo.. kalau time dia berjaga.. aduhaiii letih kita..

skrg ni mmg time diaorg membuas kot.. konpius betol kdg2.. dah nak tdo pon leh bangun membuas.. aduhaiii

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 25, 2012 at 3:05 PM delete

2 laaa... kadang jadi geram jgak. tp sabar jugak sb tau dia bkn paham pe pun

Reply
avatar