Menu Berbuka - Hari Ke-2

3:00:00 PM 2 Comments A+ a-

Alhamdulillah!

Sambut puasa hujung minggu sangat best. Sebabnya dapat masak sendiri. Mommy dah cakap awal-awal kat papa. Mommy hanya akan masak hujung minggu je. Hari kerja kita makan menu tunjuk. Hehe

Hari pertama mommy masak tomyam ayam, ayam bakar black pepper, telur dadar (WAJIB), budu (WAJIB), tembikai dan air sirap selasih. Gambar tak sempat nak snap.


Hari ke-2 sempat pergi Giant dulu beli barang dapur. Semangat nak memasak tengah berkobar-kobar nih. Balik Arissa dah penat. Terus tidur sampai 6.30. Sempat la Mommy masak.

Kari ayam mamak style. Tak pakai santan. Nak puji diri sendiri sikit. Memang terbaik!! Haha. Papa pun berselera sangat makan. 

 

 Ni menu sampingan. Cendawan goreng tauge, telur dadar, budu, tembikai dan air sirap.


Dessert mommy buatkan bubur jagung. Beli 2 batang je pun. Ni lebihan dari bubur nasi Arissa. Mommy buat bubur nasi jagung dan carrot untuk dia.


Budak tecik tu kat mane? Senyap ke dia time berbuka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

Ni dia.....


Bagi makan tembikai. Memang mandi air tembikai la jawabnya. Takpe la dik. Janji awak duk diam-diam.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 24, 2012 at 3:59 PM delete

nak tanya buuleh reyha.. kalau nak beli budu kat sini.. nak beli jenama apa yg sedap ye? tgk org dok makan budu je ni.. tetiba teringin.. budu + tempoyak

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 24, 2012 at 4:21 PM delete

aduhhh ain... ain sebut pun sy dah telah liur ni. kat sini yg sy selalu jumpa cap ketereh. sedap gak tu. perah asam limau. letak cili padi. da klu ada tempoyak tu lg la terangkat. cicah jari ngan nasi pun da ok.

Reply
avatar