Mulut Berdarah

11:12:00 AM 2 Comments A+ a-

5 Julai 2012 : 10 PM (Khamis)

Malam sebelum kes Arissa digigit, dia dah rasa sakit. Huhu. Mommy yang careless!

Macam biasa bila nak ajak dia tidur, Mommy panggil dia masuk bilik. Pasangkan ubat nyamuk elektrik, pusing kipas bagi betul-betul kena tempat dia tidur. Lampu belum tutup. Arissa masuk. Nampak botol minyak Yuyi tepi almari terus ambik letak kat mulut. Mommy bukakan sikit langsir supaya nanti tak la gelap sangat. Pastu tutup lampu.

Mommy panggil Arissa surung dia baring. Dia pulak gelak-gelak ingat kita nak kejar dia. Terus lari atas tilam sambil botol minyak Yuyi masih kat mulut. Tetiba kaki dia tersadung dengan bantal. Mommy nampak tapi tak sempat nak sambut. Terus tersembam. Terhantuk kat dinding. Terus dia nangis. Mommy terus angkat. Masa tu dalam gelap tak nampak keadaan dia lagi. Pastu dia terus nangis kuat sampai tak bunyi suara. Mommy kendong dia. Ambik tisu walaupun masa tu nampak pun mulut dia berdarah ke tak. Tapi Mommy dah boleh agak mesti kena gigi dia. Mommy jerit panggil papa. Papa masuk pasangkan lampu. Masa tu baru nampak bibir atas dia luka. Gusi pun berdarah! Kesan penutup botol ada kat atas bibir dekat dengan hidung. Aduhhhh...! Kesiannya dia.

Mommy lap darah. Arissa nangis kuat. Papa ambik dia. Dukung untuk pujuk dia. Tak lama pastu senyap.

Dah ok la kot sebab dah boleh senyum. Tapi mommy risau sangat takut gigi dia patah ke apa. Dah la kawan tu baru je nak tumbuh gigi. Dah jadi macam ni.

Bila dia macam dah ok. Sambung untuk tidurkan dia. Risau gak takut dia sakit nak menyusu. Nasib baik ok.


Ambik gambar dalam gelap. Bibir atas dah jadi seksi semacam. Bengkak! Alahai geramnye ngan diri sendiri ni!!

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
July 10, 2012 at 3:22 PM delete

leh bayangkan sakitnya.. sbb dia gigit botol yuyi tu kan.. sian arissa.. semoga cepat sembuh

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 11, 2012 at 9:49 AM delete

ain >> 2 la. sb nak tau sakit camne, sy try ketuk kat mulut sdiri. huhu

Reply
avatar