Salam Aidilfitri

8:30:00 AM 3 Comments A+ a-


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA


AMPUN DAN MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA ;-)

Mood Memasak

9:00:00 AM 4 Comments A+ a-

Sabtu lepas pulak temankan husband cari baju lagi sekali. Kali ni ke OU pulak. Kitorang sampai sebelum pukul 11. Alhamdulillah parking masih banyak. Macam yang ke Midvalley tu sejam duk round cari parking. Huhu Sambil-sambil pusing lalu depan Parkson tengok ada sale pinggan mangguk. Mommy dah lama sangat teringin nak beli pinggan putih yang tebal-tebal tu. Tapi tak terbeli. Kali ni jumpa dia buat sale sampai 70-80%. Apa lagi. Kelabu mata la weii... Harga dari 60 jadi 11 hengget je. Ada yang 4 hengget. Memang murah la. Mommy ambik 5 bijik je. Tu pun dah berat. Seb tak terbalik stroller Arissa. Hehe.


Bila dah ada pinggan baru ni. Semangat nak masak pun bertambah la. Semangat nak menghidang tu yang syoknya. Masak tak seberapa. Tapi bila buh dalam pinggan tu nampak macam sedap je. Husband cakap, Mommy masak kalut-kalut pun still sedap. Hehe. Bodek la tu. Ni antara menu yang sempat snap.

Ayam goreng pedas
 

Tumis sayur bayam


Ikan siakap sweet sour


Tomyam


Budu! Yang ni mangkuk sedia ada. Wajib ada time berbuka. Kalau tak Mommy tak selera. Hehe

Puas Me-ligan

3:38:00 PM 0 Comments A+ a-

Sabtu 2 minggu lepas temankan husband ke Midvalley cari baju dia. Sebelum tu ke Wangsa Walk. Pastu Jusco Wangsa Maju. Takde yang berkenan dihati. Alahaii kalau bab cari pakaian dia la yang Mommy lemah sangat. Payah betul nak jumpa yang dia berkenan. Ada je yang tak kena. Kain berbulu la, kolar lembik la, corak tak sesuai la... hishh ada je la. Tapi kami berdua ni tukang turut je. Ikutkan je la. Sambil teman dapat jugak berjalan ;-p

First time dapat pakai baju sendondon. Except raya. Red team!


Pusing-pusing Midvalley akhirnya jumpa la butik yang dia cari. Arissa masa tu dah mula membuat amukan. Papa pilih lama sangat. Mommy lepaskan Arissa dari stroller. Suka sangat la dia. Tengok je la aksi dak tecik ni ;-)

Jumpa cermin besar. Suka sangat dia!

Habis dia tawaf kedai tu. Nasib baik orang tak ramai.


Puas berjalan dia merangkak la pulak!


Kita larang pun dia boo layan dah!


Model tecik nak enterprem! Hehe.


Pukul 6 baru sampai rumah. Dah la lauk beku lupa nak keluarkan siap-siap. Jadinya malam tu makan speggeti la kita. Tapi husband makan sampai tambah 2 pinggan. Sedap la kot. Hihi

Update Arissa @ 13 Months

9:13:00 AM 3 Comments A+ a-

Perkataan baru:

Alaaa - belajar kar nursery la kot. Start dalam kereta lagi ayik duk ala.. alaaa... alaaa... Mommy cakap apa-apa kat dia. Dia balas balik alaaa... haiyaaa!

Dalam kereta otw nak balik rumah, dia suka ambik henpon Mommy dalam handbag. Pastu bila kita cakap simpan. Terus masukkan balik dalam bag. Good girl!

Suka main pensel eyeliner. Ralit dia duk bukak penutup. Pastu gigih nak tutup balik.

Dah pandai mengamuk kalau kita ambik barang dari dia.

Suka sangat sangat sangat usung tong keropok. Keropok is her peberet food. Usung keropok sambil mulut sebut "nak!.. nak!....nak!". Tapi kesian dengar suara dia. Yea la tong tu dah la agak berat bagi dia. Usung bagi Mommy bukak. Papa ada kat sebelah pun dia still cari mommy kat dapur.

Pantang dengar papa buat bunyi musik upin ipin dengan mulut. Terus tiru. Pastu lari nak jenguk laptop papa.

Suka makeup! Mommy sapu blusher terus sengih. Memang anak perumpuan!!

Kalau kita tunjuk kasut dia, dia automatik akan duduk. Sebab nak kita pakaikan. Siap angkat kaki.




Susu S26 Progress Gold Murah

9:42:00 AM 1 Comments A+ a-

Anak siapa minum susu S26 sila angkat tangan. Saya! Hehe.

Ni nak bagitau. Saper-saper peminat S26 stage 3 ( 1 - 3 tahun ) boleh la try jenguk kat Sogo harini. Ada sale. Hari ni saje tau. 1 Ogos 2012. Susu tin 900g harga asal RM54 dapat less jadi RM46. Ni tinje yea

Mommy biasa beli yang dalam kotak 1.8kg. Bila debit kredit dengan promotion ni beza RM5. Hmm.... Kira duit minyak duit parking nak ke sana terus termenung. Tak tau nak pergi ke tak. Bagi yang kerja area situ syok la kan. Boleh la singgah jap ;p