Mood Memasak

9:00:00 AM 4 Comments A+ a-

Sabtu lepas pulak temankan husband cari baju lagi sekali. Kali ni ke OU pulak. Kitorang sampai sebelum pukul 11. Alhamdulillah parking masih banyak. Macam yang ke Midvalley tu sejam duk round cari parking. Huhu Sambil-sambil pusing lalu depan Parkson tengok ada sale pinggan mangguk. Mommy dah lama sangat teringin nak beli pinggan putih yang tebal-tebal tu. Tapi tak terbeli. Kali ni jumpa dia buat sale sampai 70-80%. Apa lagi. Kelabu mata la weii... Harga dari 60 jadi 11 hengget je. Ada yang 4 hengget. Memang murah la. Mommy ambik 5 bijik je. Tu pun dah berat. Seb tak terbalik stroller Arissa. Hehe.


Bila dah ada pinggan baru ni. Semangat nak masak pun bertambah la. Semangat nak menghidang tu yang syoknya. Masak tak seberapa. Tapi bila buh dalam pinggan tu nampak macam sedap je. Husband cakap, Mommy masak kalut-kalut pun still sedap. Hehe. Bodek la tu. Ni antara menu yang sempat snap.

Ayam goreng pedas
 

Tumis sayur bayam


Ikan siakap sweet sour


Tomyam


Budu! Yang ni mangkuk sedia ada. Wajib ada time berbuka. Kalau tak Mommy tak selera. Hehe

4 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
August 16, 2012 at 9:53 AM delete

wah budu.. aritu ain berjaya beli budu yg reyha suggestkan.. memang sedap.. tapi ain tambah tempoyak.. hik hik.. sedappp makan ikan goreng mcm rasa makan kambing golek sedapnya.. *eh motip ikan rs kambing ekekeke

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
August 17, 2012 at 3:31 PM delete

ya...kerna mangkuk dan pinggan2 ini laa diri ku terlantar. haha oh mangkuk!!!

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 30, 2012 at 3:38 PM delete

ain >> letak mangga muda pun best ain!

queen >> ahahaaha... xtauuuuu

Reply
avatar
Nor Mazila
AUTHOR
January 16, 2013 at 11:17 AM delete

mommy beli kt kdai ape pinggn tu sumeee?
kat ou kt kedai ape ye?

Reply
avatar