Puas Me-ligan

3:38:00 PM 0 Comments A+ a-

Sabtu 2 minggu lepas temankan husband ke Midvalley cari baju dia. Sebelum tu ke Wangsa Walk. Pastu Jusco Wangsa Maju. Takde yang berkenan dihati. Alahaii kalau bab cari pakaian dia la yang Mommy lemah sangat. Payah betul nak jumpa yang dia berkenan. Ada je yang tak kena. Kain berbulu la, kolar lembik la, corak tak sesuai la... hishh ada je la. Tapi kami berdua ni tukang turut je. Ikutkan je la. Sambil teman dapat jugak berjalan ;-p

First time dapat pakai baju sendondon. Except raya. Red team!


Pusing-pusing Midvalley akhirnya jumpa la butik yang dia cari. Arissa masa tu dah mula membuat amukan. Papa pilih lama sangat. Mommy lepaskan Arissa dari stroller. Suka sangat la dia. Tengok je la aksi dak tecik ni ;-)

Jumpa cermin besar. Suka sangat dia!

Habis dia tawaf kedai tu. Nasib baik orang tak ramai.


Puas berjalan dia merangkak la pulak!


Kita larang pun dia boo layan dah!


Model tecik nak enterprem! Hehe.


Pukul 6 baru sampai rumah. Dah la lauk beku lupa nak keluarkan siap-siap. Jadinya malam tu makan speggeti la kita. Tapi husband makan sampai tambah 2 pinggan. Sedap la kot. Hihi