Update Arissa @ 14 Months

4:29:00 PM 0 Comments A+ a-

Arissa dah masuk 15 bulan semalam. Subhanallah. Cepatnya anak Mommy besar.

Ni progress sepanjang dia berumur 14 bulan.

Perkataan baru:

Aaadaaa = Takde

Bihh = Habis. Cakap macam ni tiap kali dia habis nyusu botol. Tangan dua-dua harus pusing. Kalau Mommy cakap finish pun dia pusing-pusing tangan

Pih = Fish

Pheng = Elephant

Auwwggg = Bunyi kucing. Asak keluar dari rumah, bukak je pintu terus dia buat bunyi 2. Sebab dah biasa tengok kucing kat tangga. Tangga mesti nak hulur gerak-gerakkan jari macam kita panggil kucing

adiiii = gi / nak gi. Pantang nampak orang bersiap pakai tudung. Mula la dia tak senang duduk. Dukung je terus "adiiii adiiii"

behh = best. makan apa pun "behh"

peng peng = upin ipin. balik dari taska, masuk je rumah mesti dia berdiri depan tv. sebut peng peng. maknanya nak kita pasang cite upin ipin la tu.

aaatehhh = aduh

uukk ukk = uuuu uuk / berak la tu maknanya. haha

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Chicken dance - lagu peberet. dengar je mesti joget

Pantang nampak kita baring. Tak kira la telentang ke meniarap ke. Mesti nak naik duduk atas kita. Pernah dia duduk atas perut Mommy pastu lompat sambil hempas bontot kat perut. Aduhh! Mommy rasa macam nak terbukak balik jahitan. Senak!

Suka bye2. Even dengar orang lain sebut. Dia pun dah bye2 sama. Tak malu!

Flying kiss baru nak pandai. Tak master lagi.

Doa - dengar je kita baca Bismillah terus tadah tangan. nak makan pun tadah tangan dulu. tapi tak sempat habis Mommy baca doa dia dah raup ke muka. aiii geram tul tengok dia tadah tangan. Comel! *puji anak sendiri. hehe. Kalau dengar orang azan pun dia tadah tangan gak. Tang dia raup tangan ke muka tu best. Comel!! haha

* Rasanya ada yang Mommy dah lupa. Nanti klu ingat tambah lagi