Normal ke?

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-

Mommies..... ;-(

Normal ke bila anak di usia macam ni mula buat perangai? Asyik merengek je. Manja takyah cakap la. Sampai kadang-kadang kita ni hilang sabar. Yea la. Nak bagi susu menangis. Nak makan menangis. Kalau dulu tidur malam syok je. Sekarang ni dia terus pitching tinggi meraung nak susu. Start dalam kereta lagi lepas ambik Arissa dari taska dia dah mula nangis. Cakap belum petah lagi, kita kurang paham apa dia nak. Terus nangis macam kena cubit. Huhu

Tapi bila tengok dia tidur rasa kesian pulak sebab kena marah....

Ni malam tadi. Dia takmo tidur. Pastu pagi mula la liat nak bangun. Siap marah kita kejut dia yang tak tahan tu




Ni gambar petang. Masukkan dalam buai takmo tidur. Last-last lena bawah ketiak bapaknya. Ni la tukang spoil anak. Manjakan sangat!


Update Arissa @ 15 Months

1:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Arissa dah masuk 16 bulan bulan ni...

Progress epanjang umur dia 15 bulan:

1. Suka sangat-sangat berjoget. Dia akan tekan mainan dia yang bunyi muzik pastu joget. Kadang-kadang nampak macam orang aerobik pun ada. Hehe. Lagi satu suka joget sambil pusing sampai pening. Yang ni Mommy tak berapa berkenan. Hmmm

2. Manja yang teramat la sangat. Tak boleh tegur langsung. Terus menangis yang bunyi manja meleret-leret tu. Adoiiiii... tensen Mommy! Kalau kita suruh minum susu pun dia boleh menangis. semua benda la nak nangis.

3. Ajak mandi suruh bukak baju (pecat baju) terus laju hala ke bilik air sambil selak baju.

4. Sangat kuat minum air. Masuk je dalam kereta waktu petang, terus merengek tunjuk beg dia. BAgi je botol air terus minum laju-laju. Taska dia kurang bagi air kot. Kesian anak Mommy!

5. Sebut baby - abiiii

6. Balik rumah, asal Mommy nyanyi lagu Skidamarink je terus dia masuk bilik tunjuk laci suruh ambik tab.

7. Kalau pasang cd cerita Upin Ipin, bila habis je dia akan ambik remote suruh kita pasang lagi. Kadang time cerita Upin Ipun kat tv pun dia suruh kita ulang balik. Yang tak tahan tu tengok gaya dia ambik remote hala kat tv. Macam la pandai. Haha!

8. Susah bangun pagi. Dulu panggil nama je terus kedek-kedek bangun. sekarang ni dia marah lagi kita ni. Huhu

Tu je la yang Mommy ingat takat ni... nanti kot teringat boleh tambah lagi.


Percutian Pendek ke Port Dickson - Day 2

11:26:00 AM 0 Comments A+ a-

7 Oktober 2012 

Hari kedua lepas breakfast terus cepat-cepat naik bilik salin baju. Ada orang dah tak sabar nak mandi laut.

Muka budak takut air! Haha


8.30 dah sampai depan pantai. Ingatkan yang paling awal. Rupanya ada yang lagi awal dari kitorang.
Budak ni macam biasa la. Awal-awal harus buat onar dulu. Menangis takmo masuk air. Ombak pagi tu agak kuat. Tak macam semalam.



Proses memujuk masing berlangsung. dekat 1/2 jam dia macam tu.



Last-last main pasir je. Tu pun bila dah buat kubu macam tu baru dia nak duduk. Kalau tak asyik nak bertenggek je atas dokong. Masa ni baru pukul 9 lebih. Tapi panas dah terasa pedih kulit.



Boooo.... Budak takut air!!!!



Sebelum balik Papa try lagi sekali bawak dia ke air. Nampak macam dah ok sikit.


Bila orang dah nak balik baru dia nak main air. Siap menjerit bila tarik naik. Haiyaaa la ini budak!!


Next time ada rezeki InsyaAllah kita mai lagi dik!

Percutian Pendek ke Port Dickson - Day 1

11:06:00 AM 6 Comments A+ a-

6 Oktober 2012

Alhamdulillah....

Akhirnya tercapai jugak niat Mommy nak bercuti dengan family kecik kami. Plan asal nak pergi masa birthday Papa (14 september) hari tu. Konon nak celebrate birthday kami berdua. Tapi ada je halangan. Tunda punya tunda kali ni tak kira. Hujan ke ribut ke kena pergi jugak! Suami saya bukan jenis yang suka berjalan. Huhu. Sedih!

Bertolak dari rumah pukul 11 pagi. Drive thru McD siap-siap. Arissa makan potato fries. Peberet dia. Makan nugget sekeping terus tertonggeng lena. Fuhhh... Lega!

Dah masuk highway nak sampai PD hujan turun selebat-lebatnya. Hujan rahmat. Nak bagi sejuk. Hehe. Kitorang tak book hotel pun. Cadang nak stay dekat Avillion Admiral Cove. sebelum keluar rumah Mommy tengok kat website ada lagi bilik kosong. Dah nak sampai, tengok lagi sekali dah full. Huhu. Cari hotel lain semua fully book! Yang ada pun RM5++. Ala dah lebih bajet tu. Pusing-pusing last-last nampak Hotel Sri Malaysia. Boleh laa..... Asal dapat tidur kat hotel. Harga bilik RM170. Dah ok sangat la tu under bajet.

Check in. Rehat-rehat dulu. Bilik kat hotel ni ok. Cuma bilik air dia alhai kiutnyeeee... Kecik! Muat-muat je Mommy ngan Arissa. Tak tercapai hajat nak berendam dalam bathtub ngan Arissa. Huhu. Takpe kita menabung untuk next time pulak ;-)

Budak kecik ni seronok duk explore bilik. Port peberet dia......
Dalam almari! Tu nampak tuuu... kepala dia duk intai Mommy ;-p

Hotel Sri Malaysia ni betul-betul depan pantai yang orang duk mandi-manda.

Petang tu dalam pukul 5.00 agak-agak matahari dah nak jatuh baru kitorang keluar. Baru je nak keluar dari pagar tengok kereta dah berderet atas jalan. Rupanya ada pasar jual pelampung ngan pasar malam betul-betul sebelah hotel. Alahaiii... Kalau tau tadi jalan kaki je. Papa part kereta tepi pagar hotel. Tak kuasa kitaorang nak terjebat sama dalam jem.

Jalan kaki cari baju mandi anak ngan bapak dulu. Dah settle, cari bahan buat isi perut pulak. Pukul 6 kitorang patah balik ke pantai depan hotel. Syok sangat!! Air surut. Ombak pun takde. Bestttttt!

Tapi ini budak buat tak best. Takut air! Sebijik macam bapak dia zaman kecik.

Tengok la ni..... Nak kena tarik!

Dah macam boypren ngan galpren pulak bercanda tepi pantai. Hamboiiiii--hamboiii!

Ni dia duk tenung dulu air tu. Mommy dah basah gara0gara nak snap gambar dia.

Papa la tukang pujuk. Arissa dah mula berani naj jejak air.

Akhirnya........! Masuk dalam air jugak dia. Basah pun basah la dik. Mommy redha je....

Anak itik... hehe



Ok dah jom balik! Dah nak Maghrib pun. Ni dia nak terkam budak baju hijau tu. Gelak mak dia


Happy 16 Month Lil' Arissa

9:30:00 PM 0 Comments A+ a-


17 Okt 2012
Alhamdulillah
Arissa @ 16 months

Update progress next entry ;-)

Skodeng Awek Dating

1:47:00 PM 0 Comments A+ a-

Dia Dah Pandai

4:13:00 PM 2 Comments A+ a-

No.1 - Berguling kat supermarket

Sebelum ni elok aje dia duduk dalam stroller kalau kitorang keluar. Weekend Sabtu baru ni (13 Okt 2012) kitorang ke Sogo. Alasan Mommy bagi kat Papa sebab nak beli baju raya haji Arissa dengan baju buat basahan kat taska. Hehe. Mesti ada alasan tau. Kalau tak jangan harap boleh pergi.
Masa sampai tu Arissa baru bangun tidur. Angkat terus letak dalam stroller. Masa nak naik escalator dia dah mula hulur tangan suruh angkat. Sampai kat baby's department dia dah mula gelisah. Mommy nak pilih kasut pun susah. Asal bagi try pakai je, mengamuk bila kita bukak balik. Tak syok betul nak memilih. Last-last berpecah. Mommy cari baju papa tolong test kasut. Siap beli baju, Mommy tengok Arissa dah mula nak mengganas. Hehe. Punya la laju Mommy jalan nak gi bayar. Bila dia dah pakai kasut mula la takmo duk dalam stroller. Naik kat food court sebab terliur sangat-sangat nak makan asam laksa. Masa nak naik tu Arissa takmo didukung. Nak jalan sendiri tambah-tambah dia ni memang pantang nampak tangga bergerak. Dah naik setingkat dia nak patah balik sebab ingat dah takde tangga. Sogo kan tangga dia pusing-pusing. Tiap kali tu la Mommy kena berhempas-pulas tarik dia. Dia baring meniarap bila kita nak tarik. Hadoiiiii...! Sampai kat atas, Papa tolong tengokkan dia. Siap beli makanan, laju-laju kitorang makan. Air? Huh tak payah minum air. Tengok orang beratur panjang sangat terus hilang dahaga. Masa nak turun tu ada cashier yang tak ramai orang. Mommy beli air mineral je. Maka bermula la episod yang buat mommy gerun nak bawak Arissa ke shopping complek lagi. Huhu. Air Arissa tinggal dalam kereta. So Mommy bagi dia minum pakai straw. Dia nak minum non-stop. Turun escalator pun nak sedut jugak. Bila kita cakap "Tunggu jap". Terus nangis.Nangis yang tune dia mengada tu. Bunyik manja semacam. Dah la kuat. Orang tengok je ingat Mommy zalim tak bagi anak minum la tu.. Huhu.

Punya la laju tolak stroller dia. Dah macam berlumba. Sampai kat kereta punggah barang, simpan stroller laju-laju. Arissa masih tak berhenti nangis. Dalam kereta sambil dia sedut air, stop kejap sambung nangis. Pastu hisap balik. Tensionnya! Tapi sebab nak hilangkan geram, Mommy sembang-sembang ngan papa. Gelak-gelak. Padahal anak tengah meraung.

Mommy angkat Arissa nak riba dia. Tetiba tengok ada air. Habis kat seluar Mommy. Atas seat kereta macam ada air tumpah. Ingat air mineral sebab takde bau pun. Bila cium betul-betul baru bau. Kencing! Waaaaa..... Rupanya pampers dia dah penuh. Penuh betul-betul sampai boleh rasa ada air. Banyak sangat togok air la ni. Heeeee...! Satu kerja pulak nak lap. Tukar pampers pun dia nangis lagi. Sampai la dalam 500m nak sampai rumah. Tiba-tiba dia stop. Pastu cakap "berd" aka bird. Pastu terus elok. Haiyaaa.... budak nihhhhhh!!!!

No.2 - Minta Mainan 

Malam tu papa ajak pergi uptown. Oklah. teman je la. Dah lama pun tak pergi situ. Papa tilik barang dia, Mommy tolak Arissa dalam stroller round-round kat situ. Tengok budak-budak main motor. Dia tiba-tiba merengek. Nampak belon rupanya. Tak pernah pun dia mintak sebelum ni. Bila Mommy tolak stroller arah lain. Terus nak mengulur dalam tu. Ok fine. Beli. Dia behave kejap. Sebelum balik pusing-pusing dulu. Sampai kat mainan yang jual kucing kecik. Lalu je sebelah kedai tu dia dah start buat macam tadi. Aihhh... Nasib baik awak mintak benda murah-murah je nak oiii. Bali kucing sekor diam la dia.

Resign

9:49:00 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy tension, geram, sakit hati, benci, tak suka, macam-macam lagi lah!

Terus rasa tak seronok nak kerja bila ada something yang buat kita tak suka datang pejabat.

Alkisahnya macam ni. Tengahari semalam tetiba bos suruh Mommy pergi bengkel dekat Janda Baik. Yang sakit hati sangat tu sebabnya bengkel tu start hari ni. 10 - 12 Okt 2012. Short notice! Bengong!!!

Mula-mula dia cakap suruh pergi 12hb je. Pergi hari penutup. Mommy contact urusetia. Dia cakap kalau pergi hari last je baik tak payah. sebab nanti lost. Tak tau apa yang diorang dah bincang. Tapi si boss ni degil. Nak dia je betul. Bila Mommy cakap macam tu, dia suruh Mommy pilih samaada nak pergi 3 hari atau 1 hari last je. Time tu memang Mommy dah bengang sangat. Muka dia pun Mommy dah tak pandang. Mommy jawab sambil muka tengok skrin pc.

Yang geramnya, penganjur nak dia yang pergi sebab nanti nak mintak pandangan, pendapat apa-apa la. Nanti Mommy nak jawab apa kat sana. Tak pasal-pasal malukan diri sendiri. Si boss ni pulak tak habis-habis duk cakap kat sana tempat dia cantik. Ada air terjun. Boleh bawak anak mandi. Heiiiiiii...! Geramnya aku!

Cakap dengan orang tak paham bahasa ni susah. Kalau cakap awal-awal boleh la Mommy import ma abah dari kampung untuk jaga Arissa. Ni sapa nak jaga. Dia suruh Mommy bawak anak. Habis siapa nak jaga. Nak Mommy dukung Arissa masuk dewan sekali??? Tension laaaaa.......

Pegawai yang sorang lagi tak kena la pulak. Kalau dulu projek ni Mommy selalu pegi dengan pegawai lagi sorang. Sekarang dia dah bertukar. Bila dia dah takde Mommy asyik kena buat sorang-sorang. Padahal dalam SKT tulis benda ni. Tapi buatnya tak. Adil ke gitu????

Hati tengah sakit lagi. Tambah-tambah baru dapat emel si boss tu dia cc kat Mommy cakap Mommy akan pergi. Weiiiiii siot la mung!!!!!

Rasa nak resign je bila dalam situasi gini. Mommy tak kisah outstation kalau ada orang jagakan anak. Tolong la paham. Kita ni dah la ma abah jauh. Yang ada kemudahan ni tak nak pulak dia suruh!