Dia Dah Pandai

4:13:00 PM 2 Comments A+ a-

No.1 - Berguling kat supermarket

Sebelum ni elok aje dia duduk dalam stroller kalau kitorang keluar. Weekend Sabtu baru ni (13 Okt 2012) kitorang ke Sogo. Alasan Mommy bagi kat Papa sebab nak beli baju raya haji Arissa dengan baju buat basahan kat taska. Hehe. Mesti ada alasan tau. Kalau tak jangan harap boleh pergi.
Masa sampai tu Arissa baru bangun tidur. Angkat terus letak dalam stroller. Masa nak naik escalator dia dah mula hulur tangan suruh angkat. Sampai kat baby's department dia dah mula gelisah. Mommy nak pilih kasut pun susah. Asal bagi try pakai je, mengamuk bila kita bukak balik. Tak syok betul nak memilih. Last-last berpecah. Mommy cari baju papa tolong test kasut. Siap beli baju, Mommy tengok Arissa dah mula nak mengganas. Hehe. Punya la laju Mommy jalan nak gi bayar. Bila dia dah pakai kasut mula la takmo duk dalam stroller. Naik kat food court sebab terliur sangat-sangat nak makan asam laksa. Masa nak naik tu Arissa takmo didukung. Nak jalan sendiri tambah-tambah dia ni memang pantang nampak tangga bergerak. Dah naik setingkat dia nak patah balik sebab ingat dah takde tangga. Sogo kan tangga dia pusing-pusing. Tiap kali tu la Mommy kena berhempas-pulas tarik dia. Dia baring meniarap bila kita nak tarik. Hadoiiiii...! Sampai kat atas, Papa tolong tengokkan dia. Siap beli makanan, laju-laju kitorang makan. Air? Huh tak payah minum air. Tengok orang beratur panjang sangat terus hilang dahaga. Masa nak turun tu ada cashier yang tak ramai orang. Mommy beli air mineral je. Maka bermula la episod yang buat mommy gerun nak bawak Arissa ke shopping complek lagi. Huhu. Air Arissa tinggal dalam kereta. So Mommy bagi dia minum pakai straw. Dia nak minum non-stop. Turun escalator pun nak sedut jugak. Bila kita cakap "Tunggu jap". Terus nangis.Nangis yang tune dia mengada tu. Bunyik manja semacam. Dah la kuat. Orang tengok je ingat Mommy zalim tak bagi anak minum la tu.. Huhu.

Punya la laju tolak stroller dia. Dah macam berlumba. Sampai kat kereta punggah barang, simpan stroller laju-laju. Arissa masih tak berhenti nangis. Dalam kereta sambil dia sedut air, stop kejap sambung nangis. Pastu hisap balik. Tensionnya! Tapi sebab nak hilangkan geram, Mommy sembang-sembang ngan papa. Gelak-gelak. Padahal anak tengah meraung.

Mommy angkat Arissa nak riba dia. Tetiba tengok ada air. Habis kat seluar Mommy. Atas seat kereta macam ada air tumpah. Ingat air mineral sebab takde bau pun. Bila cium betul-betul baru bau. Kencing! Waaaaa..... Rupanya pampers dia dah penuh. Penuh betul-betul sampai boleh rasa ada air. Banyak sangat togok air la ni. Heeeee...! Satu kerja pulak nak lap. Tukar pampers pun dia nangis lagi. Sampai la dalam 500m nak sampai rumah. Tiba-tiba dia stop. Pastu cakap "berd" aka bird. Pastu terus elok. Haiyaaa.... budak nihhhhhh!!!!

No.2 - Minta Mainan 

Malam tu papa ajak pergi uptown. Oklah. teman je la. Dah lama pun tak pergi situ. Papa tilik barang dia, Mommy tolak Arissa dalam stroller round-round kat situ. Tengok budak-budak main motor. Dia tiba-tiba merengek. Nampak belon rupanya. Tak pernah pun dia mintak sebelum ni. Bila Mommy tolak stroller arah lain. Terus nak mengulur dalam tu. Ok fine. Beli. Dia behave kejap. Sebelum balik pusing-pusing dulu. Sampai kat mainan yang jual kucing kecik. Lalu je sebelah kedai tu dia dah start buat macam tadi. Aihhh... Nasib baik awak mintak benda murah-murah je nak oiii. Bali kucing sekor diam la dia.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
October 15, 2012 at 5:28 PM delete

mmg mencabar kan Reyha.. lagi2 kalau dia tertarik dgn bende2 yang di jual...

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
October 16, 2012 at 1:43 PM delete

Org tgk pon buat xtau je la.dlu tgk ank org. Skrg kita plak

Reply
avatar