Percutian Pendek ke Port Dickson - Day 1

11:06:00 AM 6 Comments A+ a-

6 Oktober 2012

Alhamdulillah....

Akhirnya tercapai jugak niat Mommy nak bercuti dengan family kecik kami. Plan asal nak pergi masa birthday Papa (14 september) hari tu. Konon nak celebrate birthday kami berdua. Tapi ada je halangan. Tunda punya tunda kali ni tak kira. Hujan ke ribut ke kena pergi jugak! Suami saya bukan jenis yang suka berjalan. Huhu. Sedih!

Bertolak dari rumah pukul 11 pagi. Drive thru McD siap-siap. Arissa makan potato fries. Peberet dia. Makan nugget sekeping terus tertonggeng lena. Fuhhh... Lega!

Dah masuk highway nak sampai PD hujan turun selebat-lebatnya. Hujan rahmat. Nak bagi sejuk. Hehe. Kitorang tak book hotel pun. Cadang nak stay dekat Avillion Admiral Cove. sebelum keluar rumah Mommy tengok kat website ada lagi bilik kosong. Dah nak sampai, tengok lagi sekali dah full. Huhu. Cari hotel lain semua fully book! Yang ada pun RM5++. Ala dah lebih bajet tu. Pusing-pusing last-last nampak Hotel Sri Malaysia. Boleh laa..... Asal dapat tidur kat hotel. Harga bilik RM170. Dah ok sangat la tu under bajet.

Check in. Rehat-rehat dulu. Bilik kat hotel ni ok. Cuma bilik air dia alhai kiutnyeeee... Kecik! Muat-muat je Mommy ngan Arissa. Tak tercapai hajat nak berendam dalam bathtub ngan Arissa. Huhu. Takpe kita menabung untuk next time pulak ;-)

Budak kecik ni seronok duk explore bilik. Port peberet dia......
Dalam almari! Tu nampak tuuu... kepala dia duk intai Mommy ;-p

Hotel Sri Malaysia ni betul-betul depan pantai yang orang duk mandi-manda.

Petang tu dalam pukul 5.00 agak-agak matahari dah nak jatuh baru kitorang keluar. Baru je nak keluar dari pagar tengok kereta dah berderet atas jalan. Rupanya ada pasar jual pelampung ngan pasar malam betul-betul sebelah hotel. Alahaiii... Kalau tau tadi jalan kaki je. Papa part kereta tepi pagar hotel. Tak kuasa kitaorang nak terjebat sama dalam jem.

Jalan kaki cari baju mandi anak ngan bapak dulu. Dah settle, cari bahan buat isi perut pulak. Pukul 6 kitorang patah balik ke pantai depan hotel. Syok sangat!! Air surut. Ombak pun takde. Bestttttt!

Tapi ini budak buat tak best. Takut air! Sebijik macam bapak dia zaman kecik.

Tengok la ni..... Nak kena tarik!

Dah macam boypren ngan galpren pulak bercanda tepi pantai. Hamboiiiii--hamboiii!

Ni dia duk tenung dulu air tu. Mommy dah basah gara0gara nak snap gambar dia.

Papa la tukang pujuk. Arissa dah mula berani naj jejak air.

Akhirnya........! Masuk dalam air jugak dia. Basah pun basah la dik. Mommy redha je....

Anak itik... hehe



Ok dah jom balik! Dah nak Maghrib pun. Ni dia nak terkam budak baju hijau tu. Gelak mak dia


6 kawan cakap

Write kawan cakap
asYDhia
AUTHOR
October 22, 2012 at 2:18 PM delete

bestnya tengok matahari turun huhuh

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
October 31, 2012 at 11:57 AM delete

Pia>> syok oooooo..... rase cmnkg lg. Mandi ptg best

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
November 2, 2012 at 4:55 PM delete

gambar yang last ni cantik...unik! dress arissa ikut tema ye..da nama pg pantai. auuwww kiut!

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 5, 2012 at 4:53 PM delete

opkos la nak g pantai kena pakai bj tali halus. baru cekciii.. awwww

Reply
avatar
Si Ketam Batu
AUTHOR
February 4, 2013 at 10:42 PM delete

sedap bekalan untuk hubby tu, yummy !!!!

Reply
avatar