Resign

9:49:00 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy tension, geram, sakit hati, benci, tak suka, macam-macam lagi lah!

Terus rasa tak seronok nak kerja bila ada something yang buat kita tak suka datang pejabat.

Alkisahnya macam ni. Tengahari semalam tetiba bos suruh Mommy pergi bengkel dekat Janda Baik. Yang sakit hati sangat tu sebabnya bengkel tu start hari ni. 10 - 12 Okt 2012. Short notice! Bengong!!!

Mula-mula dia cakap suruh pergi 12hb je. Pergi hari penutup. Mommy contact urusetia. Dia cakap kalau pergi hari last je baik tak payah. sebab nanti lost. Tak tau apa yang diorang dah bincang. Tapi si boss ni degil. Nak dia je betul. Bila Mommy cakap macam tu, dia suruh Mommy pilih samaada nak pergi 3 hari atau 1 hari last je. Time tu memang Mommy dah bengang sangat. Muka dia pun Mommy dah tak pandang. Mommy jawab sambil muka tengok skrin pc.

Yang geramnya, penganjur nak dia yang pergi sebab nanti nak mintak pandangan, pendapat apa-apa la. Nanti Mommy nak jawab apa kat sana. Tak pasal-pasal malukan diri sendiri. Si boss ni pulak tak habis-habis duk cakap kat sana tempat dia cantik. Ada air terjun. Boleh bawak anak mandi. Heiiiiiii...! Geramnya aku!

Cakap dengan orang tak paham bahasa ni susah. Kalau cakap awal-awal boleh la Mommy import ma abah dari kampung untuk jaga Arissa. Ni sapa nak jaga. Dia suruh Mommy bawak anak. Habis siapa nak jaga. Nak Mommy dukung Arissa masuk dewan sekali??? Tension laaaaa.......

Pegawai yang sorang lagi tak kena la pulak. Kalau dulu projek ni Mommy selalu pegi dengan pegawai lagi sorang. Sekarang dia dah bertukar. Bila dia dah takde Mommy asyik kena buat sorang-sorang. Padahal dalam SKT tulis benda ni. Tapi buatnya tak. Adil ke gitu????

Hati tengah sakit lagi. Tambah-tambah baru dapat emel si boss tu dia cc kat Mommy cakap Mommy akan pergi. Weiiiiii siot la mung!!!!!

Rasa nak resign je bila dalam situasi gini. Mommy tak kisah outstation kalau ada orang jagakan anak. Tolong la paham. Kita ni dah la ma abah jauh. Yang ada kemudahan ni tak nak pulak dia suruh!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
October 10, 2012 at 11:23 AM delete

yang lain ade payung.... sabar laa ok? jan marah mummy

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
October 10, 2012 at 1:59 PM delete

2 laaa... yg ada payung pasar tani 2 la paling best. ayat apa la agaknya dia tiup. hehe

Reply
avatar
October 11, 2012 at 1:14 AM delete

sabar ye mummy, memang susah dpt boss yg takde common sense nih

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
October 11, 2012 at 4:57 PM delete

Noor Diana Tumpang >> 2 la. sakit hati Tuhan je tau. dah la harini dia wat hal lg. huhuhuuuu

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
October 13, 2012 at 6:39 AM delete

hahah... sabar mommy, sabar.

dalam dunia ni, memang ada org yang dipayungkan dan ada yang kena redah hujan panas. huhu

Reply
avatar