Update Arissa @ 15 Months

1:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Arissa dah masuk 16 bulan bulan ni...

Progress epanjang umur dia 15 bulan:

1. Suka sangat-sangat berjoget. Dia akan tekan mainan dia yang bunyi muzik pastu joget. Kadang-kadang nampak macam orang aerobik pun ada. Hehe. Lagi satu suka joget sambil pusing sampai pening. Yang ni Mommy tak berapa berkenan. Hmmm

2. Manja yang teramat la sangat. Tak boleh tegur langsung. Terus menangis yang bunyi manja meleret-leret tu. Adoiiiii... tensen Mommy! Kalau kita suruh minum susu pun dia boleh menangis. semua benda la nak nangis.

3. Ajak mandi suruh bukak baju (pecat baju) terus laju hala ke bilik air sambil selak baju.

4. Sangat kuat minum air. Masuk je dalam kereta waktu petang, terus merengek tunjuk beg dia. BAgi je botol air terus minum laju-laju. Taska dia kurang bagi air kot. Kesian anak Mommy!

5. Sebut baby - abiiii

6. Balik rumah, asal Mommy nyanyi lagu Skidamarink je terus dia masuk bilik tunjuk laci suruh ambik tab.

7. Kalau pasang cd cerita Upin Ipin, bila habis je dia akan ambik remote suruh kita pasang lagi. Kadang time cerita Upin Ipun kat tv pun dia suruh kita ulang balik. Yang tak tahan tu tengok gaya dia ambik remote hala kat tv. Macam la pandai. Haha!

8. Susah bangun pagi. Dulu panggil nama je terus kedek-kedek bangun. sekarang ni dia marah lagi kita ni. Huhu

Tu je la yang Mommy ingat takat ni... nanti kot teringat boleh tambah lagi.