Token Akhirat

4:18:00 PM 2 Comments A+ a-

Update!!!!



Rumah Amal Al Firdaus H/P : 019 2717313/ 013 313 4965 E-
Website : pengurusanalfirdaus.blogspot.com
Akaun Maybank: Pusat Pengurusan Al Firdaus 5627 5911 2087


Assalamualaikum

Mommies.....

Kat sini Mommy nak share 1 emel yang baru mommy terima. Boleh la menderma tak banyak pun sedikit. Sedih sangat kalau pikir benda-benda gini. Nauzubillah... mintak dijauhkan dari anak-anak kita semua nasib begini.




Assalam Mualaikum Warrahmatullah..

Terdapat sebuah Rumah Anak Yatim – Rumah Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam yang menempatkan lebih kurang 21 anak2 yatim dan miskin. Rumah tersebut telah beroperasi selama 2 tahun dan memerlukan belanja sebanyak RM10K sebulan. Kanak-kanak di rumah tersebut berumur dari 4 tahun sehingga 6 tahun sahaja, lelaki dan perempuan.

·         Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin memulakan program pengumpulan barang sumbangan / keperluan untuk rumah amal tersebut. Senarai barangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

·         Makanan kering – Mee Hoon, Beras, Minyak, Biskut, Gula, Garam, Milo
·         Susu Formula Dutch Lady (umur 4 – 6)- Penting
·         Baju-baju untuk kanak2 umur 4-6 tahun , lelaki dan perempuan
·         Mainan (kanak2 ini kekurangan mainan.. Pengurus dia ada menyatakan dia amat berbesar hati jika ada sesiapa ingin memberi buaian dan gelongsor – tak muat pulak kereta I kan? Tapi kalau ada saya usahakan juga)
·         Buku- Buku bacaan (bahasa Malaysia dan English) , buku tulisan
·         Alat2 tulis dan mewarna
1.       Dan apa2 juga yang kanak2 kecik perlukan.

Saya akan mula mengumpul barang dari minggu ini sehingga 19 December 2012. Saya berada di COE jadi mereka yang ingin menyumbang boleh berikan kepada saya masa waktu makan tengahari atau lepas waktu kerja.

Yang berada di PONSB, sahabat yang saya muliakan Nor Faizah (6240) dari jabatan Group Finance akan membantu untuk kumpulkan barang – barang tersebut jika ada.

Yang mana di luar Proton, saya boleh membuat pengambilan pada hari Sabtu atau Ahad.

Saya tidak mengumpul wang.. jika ada sumbangan berbentuk wang, saya boleh memberikan no account mereka.

Saya amat berbesar hati jika rakan2 semua dapat membantu bagi menjayakan projek ini. Kalau tidak dapat membuat apa2 sumbangan, cukuplah sekadar membantu untuk sebarkan email ini.

Terima Kasih dan semoga sediki sebanyak kita dapat membantu mereka yang serba kekurangan.

Salam



Happy 17 Month Lil' Arissa

4:11:00 PM 4 Comments A+ a-

Time please STOP!!

Anak Mommy dah makin membesar. Subhanallah cepat sangat masa! Huhu

Mommy nak Arissa yang 13 bulan dulu. Yang susah nak dengar dia nangis. Yang boleh tidur sendiri tak perlu Mommy bertenggek kat sebelah dia. Huhu. I really miss that moment! Seriously.......

Tapi....

Sayang Mommy kat Arissa sekarang ni masih sama macam 17 bulan yang lepas. Tak berubah sayang! My intan payung :-)



Dapur Anganku Musnah

4:38:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Al-kisahnya sejak 3 -4 minggu ni Mommy asyik duk survey kitchen set for kids. Boleh kata tiap-tiap hari la duk surf google cari pasal benda tu.

Hari Ahad weekend semalam kitorang ke GM Klang. Dah lama jugak tak ke sana. Sebelum puasa lagi rasanya.

Sampai-sampai je tengok Gm lengang je. Kedai pun dah kosong. Rupanya diorang dah move ke bangunan baru. Ala-ala macam Kenanga Wholesales City kat KL. Wah! MOmmy dah excited sangat nih. Teruja rasa nak tengok tempat baru.


Tujuan utama kami ke sana sebab nak cari patung untuk bisnes tudung Mommy. Parking kat sana memang takde masalah. Banyak.

Masuk je dalam bangunan tu. Fuhhhh... dah start rambang mata. Berbeza betul dengan kedai yang lama. Kat sini susunan dia lagi kemas. Lagi lawa. Banyak yang dia buat ala-ala butik mahal-mahal. Tapi harga ok. Tak mahal sangat. Kalau beli lebih dari 6 dapat separuh dari harga display! Handbag tak payah cakap la. Macam-macam ada. Lawa-lawa!

Tapi kena fokus. Hehe. Kata nak cari patung kan. Tingkat 2 banyak kedai yang menarik. Kedai mainan budak la paling best. Jalan pusing-pusing jumpa kedai ni.


Dia jual kitchen set yang Mommy duk cari. Lepas tawar dapat RM90. Ok la kot. Sebab tengok kat My Dear warehouse hari tu RM120. Kat Chow Kit pun 100 lebih. Banyak yang menarik kat kedai tu. Mommy berkenan sangat dengan kabinet yang ada drawer banyak-banyak. Dah la kaler putih. Ada bunga kecik-kecik. Yang kartun pun ada. Aduhhhh.... Nasib baik bonus belum dapat. Hehe

Sampai rumah Arissa dah tidur. Mommy excited pasang dapur mainan dia. Tapi nyesal tak check betul-betul. Sebabnya speaker dia tercaput. Lampu nyala sekali je pastu terus out. Bunyi emmang takde la. Huhu. Nak gi tukar tu tak tau la bila. So pasang je la.

Arissa bangun tidur nampak dapur ni mula-mula dia tenung aje. Usik sikit-sikit. Hmmmm....


Pastu


Ni la jadinya!


Tak tau la kenapa sekarang ni dia suka sangat sepahkan barang. Dia punggah satu-satu letak kat bawah. Mommy susun dia marah. Ambik sepahkan.

Tak leh nak marah dia jugak. Dah kat kotak pun dah tulis untuk 3 tahun ke atas. So Mommy kena la kerja overtime sikit. Huhu

Update Arissa @ 16 Months

12:00:00 PM 2 Comments A+ a-

1. Dah pandai marah bila tak suka kita buat something kat dia. Dia macam cakap "Ahhhh hah! "

2. Bila marah cakap "mmmboi" = Amboi

3. Bila kiss bunyi "mmmahh!"

4. Panggil papa "bie"

5. Panggil Mommy "miey"

6. Bila kita cakap wash your hand, terus angkat tangan tuju ke sink

7. Gigi 6 batang - baru tmbuh gigi atas belah kiri sebelah gigi kapak

8. Suka gigit mommy. Tak kira kat mana. Atas belakang pun dia gigit. Huhu

9. Makin suka bf siap tarik baju suh selak

10. Pandai sapu Mommy punya B dengan kain lepas bf

11. Bila Mommy baring kat sebelah dia untuk bf, dia akan gelak dengan suara kasar. Lawak betul time dia buat gitu.

12. Sampai rumah depan pintu, ketuk pintu pastu cakap "Atum!". Owhhh dah pandai bagi salam. Practise make perfect. Tak sia-sia hari-hari Mommy bagi salam bila sampai rumah.

Jalan-jalan ke Aquaria

10:30:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sabtu lepas kami ke Aquaria KLCC. Masuk yang tu dah 3 kali Mommy ke sana. Arissa kali ke-2. First time pergi dia umur 6 bulan. Tak paham apa lagi masa tu. Tapi bagi papa Arissa ni adalah first time untuk dia. Haha! Kesiannnnnnn.......

Tiket masuk RM38 kalau tak silap. Kalau tunjuk MyKad dapat less. Mommy tunjuk MyKad dan kad staf tempat kerja. Dapat RM28 seorang. Ada less untuk orang kerja government.

Ingatkan kalau pergi sebelum cuti sekolah ni orang tak ramai. Hmmm takde maknanya. Elok je kitorang masuk, ada rombongan budak sekolah agama, sekolah biasa dengan satu rombongan dari kampung mana tak tau la. Ramai!

Mommy ngan husband excited nak tunjuk fish kat Arissa. Tapi budak tu spoil betul la. Asyik duk merengek manja atas dukung papa dia. Takmo turun. Dia baru bangun tidur tu yang perangai elok sangat tu.






Kitorang masuk 2 kali terowong dia. Rugi la dah bayar mahal-mahal masuk sekali je. Kalau boleh nak pusing lagi. Tapi dah penat dukung budak ni.



Ikan memang banyak. Ada seekor pari tu besar sangat-sangat. Berat dia 160kg! Sekali dia lalu atas kepala kita macam kapal terbang.


Jeng jeng jeng! Jaws!!!!

Bila Mommy yang handle Arissa terus dia ok. Siap tunjuk-tunjuk lagi fish. Hmm tu la. Orang tu degil sangat. Suka sangat sekat anak. Haha!


Bila dah nak balik baru dia start ceria!


Resepi : Chicken Fajitas

5:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Saya suka masak ala-ala western!

Hehe. Konon suka la kan. Eh tapi memang best la masak western ni. Senang! Mommy kalau bab-bab nak gulai mengulai ni memang fail. Tambah-tambah kalau yang pakai santan. Nak tunggu rempah masak pun malas. Western senang. MAin campak je. Tingg!!! Dah jadi.

Ni antara menu makan malam kami. Dah lama pun beli wraps ni. Duk tangguh-tangguh last-last baru buat.

Bahan-bahan:
Daun salad
Timun
Tomato
Kulit fajitas. Tak tau orang panggil apa. Tortilia pun yea rasanya
Chicken nugget
Sosej ayam
Telur ayam
Keju cheesedale
Mayonis
Sos cili
Sos black pepper


Ni Mommy pakai yang ni. Beli kat Giant. Dia letak dekat tempat roti. Ada banyak jenis. Onion ada, cheese ada, herd ada, Mommy beli yang original. RM6.99 kalau tak silap. Ada 8 keping.

Sori malas nak rotate. Hehe

Cara-cara:
1. Rebus sosej. Buang air rebusan. Masukkan 1-2 sudu besar sos black pepper. Masak sampai agak-agak semua sosej dah kena sos. Mommy guna sos ni. Buat perap ayam pun best.


2. Goreng nugget. Pastu potong la panjang-panjang.

3. Buat telur dadar yang nipis.

4. Panaskan kulit fajitas tu atas pan tanpa minyak. Panaskan yea. Bukan goreng.

5. Buat lapisan macam ni. Kulit fajitas - keju cheesedale - telur dadar - daun salad + timun + tomato - sosej + nugget - mayonis + sos cili.


6. Pastu gulung. Ni kesalahan yang Mommy buat. Letak inti banyak sangat sampai nak gulung pun tak kemas.

Tangan budak sibuk yang tak sabar nak makan.

Ni la hasilnya. Mommy buat 3 bijik. 1 lagi simpan dalam peti ais untuk buat bekal gi ofis. Rupanya bila makan besoknya lagi sedap dari makan panas-panas.



Resepi Black Pepper Meat Ball

12:31:00 PM 2 Comments A+ a-


Teringin nak makan meat ball kat IKEA tapi tak tau la bila nak pergi.

So weekend kitorang ke Giant terus beli barang-barang untuk buat meat ball ni. Sangatlah senang yea puan-puan. Sangat sesuai untuk mommies yang berkerjaya rajin memasak tapi tak cukup masa macam kita ni. Hehe.

Okeh bahan-bahannya:

1/2 paket Meat ball Ramly (untuk 2 orang makan)
Sos beef black pepper brand Mc Cormick
Jejari kentang aka potato fries (Mommy suka pakai brand Simplot)
Brocoli
Jem Rasbery. Apa-apa jem pun boleh asal ada rasa masam-masam sikit.

Cara-cara:
1. Goreng meat ball menggunakan butter. Dalam 2 sudu besar butter.
2. Rebus brocoli. Letak garam sikit. Boleh tambah bawang merah yang dihiris halus. Kejap je pastu terus toskan.
3. Gorengkan fries.
4. Sediakan sos black pepper. Kalau ikut arahan kat pek dia suruh masukkan air panas. Mommy letak air biasa. Masukkan serbuk tu pastu panaskan sampai mendidih. Kalau letak air panas nanti berketul.
5. Susun dalam pinggan. Pastu curah sos. Siap!

InsyaAllah sedap. walaupun tak sesedap yang IKEA punya. Sebab IKEA nama dia Swedish Meat Ball. Kalau tak silap, yang ikea tu dia dah siap jual bahan-bahan 1 set kat Ikano. Tunggu balik panaskan je. Nanti kita gi cari.