Dapur Anganku Musnah

4:38:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Al-kisahnya sejak 3 -4 minggu ni Mommy asyik duk survey kitchen set for kids. Boleh kata tiap-tiap hari la duk surf google cari pasal benda tu.

Hari Ahad weekend semalam kitorang ke GM Klang. Dah lama jugak tak ke sana. Sebelum puasa lagi rasanya.

Sampai-sampai je tengok Gm lengang je. Kedai pun dah kosong. Rupanya diorang dah move ke bangunan baru. Ala-ala macam Kenanga Wholesales City kat KL. Wah! MOmmy dah excited sangat nih. Teruja rasa nak tengok tempat baru.


Tujuan utama kami ke sana sebab nak cari patung untuk bisnes tudung Mommy. Parking kat sana memang takde masalah. Banyak.

Masuk je dalam bangunan tu. Fuhhhh... dah start rambang mata. Berbeza betul dengan kedai yang lama. Kat sini susunan dia lagi kemas. Lagi lawa. Banyak yang dia buat ala-ala butik mahal-mahal. Tapi harga ok. Tak mahal sangat. Kalau beli lebih dari 6 dapat separuh dari harga display! Handbag tak payah cakap la. Macam-macam ada. Lawa-lawa!

Tapi kena fokus. Hehe. Kata nak cari patung kan. Tingkat 2 banyak kedai yang menarik. Kedai mainan budak la paling best. Jalan pusing-pusing jumpa kedai ni.


Dia jual kitchen set yang Mommy duk cari. Lepas tawar dapat RM90. Ok la kot. Sebab tengok kat My Dear warehouse hari tu RM120. Kat Chow Kit pun 100 lebih. Banyak yang menarik kat kedai tu. Mommy berkenan sangat dengan kabinet yang ada drawer banyak-banyak. Dah la kaler putih. Ada bunga kecik-kecik. Yang kartun pun ada. Aduhhhh.... Nasib baik bonus belum dapat. Hehe

Sampai rumah Arissa dah tidur. Mommy excited pasang dapur mainan dia. Tapi nyesal tak check betul-betul. Sebabnya speaker dia tercaput. Lampu nyala sekali je pastu terus out. Bunyi emmang takde la. Huhu. Nak gi tukar tu tak tau la bila. So pasang je la.

Arissa bangun tidur nampak dapur ni mula-mula dia tenung aje. Usik sikit-sikit. Hmmmm....


Pastu


Ni la jadinya!


Tak tau la kenapa sekarang ni dia suka sangat sepahkan barang. Dia punggah satu-satu letak kat bawah. Mommy susun dia marah. Ambik sepahkan.

Tak leh nak marah dia jugak. Dah kat kotak pun dah tulis untuk 3 tahun ke atas. So Mommy kena la kerja overtime sikit. Huhu

6 kawan cakap

Write kawan cakap
asYDhia
AUTHOR
November 12, 2012 at 7:41 PM delete

Bestnya ada dapur...nak simpan duitla nak belikan utk awfiyah...not bad utk buat hadiah hari jd thn dpn hehhe...anak br cecah 1 thn ni mmg lasak...so kena tahan sabar je mcm mama awfiyah ni heheh

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 13, 2012 at 2:34 PM delete

pia: makin menjd2 ni lasak dia. geram gak.bila kita marah dia bebel balik kat kita. trus gelak xleh nak marah

Reply
avatar
iietamalek
AUTHOR
November 17, 2012 at 8:18 PM delete

alololo...tiutmiutnyer la dapurnyer..nak masak pun sayang kalau cenggitu..hehe

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
November 19, 2012 at 2:18 PM delete

terpaksa laa guna saiko ni reyha.. kena pujuk n explain iulang2 mcm tape recorder supaya dia x sepah2.. mana tahu menjadi.. ain ajar auf mengemas pon mcm tu.. sambil2 nyanyi 'picking up the stuff and put in the basket'..kita ajak dia sama2 kemas.. kita kutip satu, dia kutip satu.. and tepuk tangan cakap good girl arissa.. dan satu kiss di pipi + peluk dia.. then kutip lagik mainan nya.. lama2 otak dia leh set tuk tak sepah2.. (yang penting sila jgn nyepah depan anak2 kita ni.. depa ni bijak aje meniru.. huhuhu)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 21, 2012 at 1:47 PM delete

iietamalek : mommy dia yang lebih2 nak sbnrnya. anak bukan reti main lg. hihihiiii


ain : 2 la ain. kejap je bleh buat g2. skrg ni rasa macam bekeng sangat ngan dia. asyik kena marah je. kesiann... tapi penat sgt kot. eh mommy dia xsuka sepah2 yea. hehe.. anak sepah mommy simpan. dlm 1 jam 3 -4 kali kemas

Reply
avatar
iryani
AUTHOR
April 28, 2013 at 6:55 PM delete

salam sis..

kitchen play set saya cdgkan kalau nak cari kat kedai toy street shah alam seksyen 23.

kalau set kitchen tu saya beli baru RM55 sahaja...

glamour mirror dressing set rm79
ade mcm2 lagi produk permainan kat sana semuanya murah2..

kalau ade masa free pergila ke kedai 'Toy Street" seksyen 23 shah alam.

Reply
avatar