Resepi Black Pepper Meat Ball

12:31:00 PM 2 Comments A+ a-


Teringin nak makan meat ball kat IKEA tapi tak tau la bila nak pergi.

So weekend kitorang ke Giant terus beli barang-barang untuk buat meat ball ni. Sangatlah senang yea puan-puan. Sangat sesuai untuk mommies yang berkerjaya rajin memasak tapi tak cukup masa macam kita ni. Hehe.

Okeh bahan-bahannya:

1/2 paket Meat ball Ramly (untuk 2 orang makan)
Sos beef black pepper brand Mc Cormick
Jejari kentang aka potato fries (Mommy suka pakai brand Simplot)
Brocoli
Jem Rasbery. Apa-apa jem pun boleh asal ada rasa masam-masam sikit.

Cara-cara:
1. Goreng meat ball menggunakan butter. Dalam 2 sudu besar butter.
2. Rebus brocoli. Letak garam sikit. Boleh tambah bawang merah yang dihiris halus. Kejap je pastu terus toskan.
3. Gorengkan fries.
4. Sediakan sos black pepper. Kalau ikut arahan kat pek dia suruh masukkan air panas. Mommy letak air biasa. Masukkan serbuk tu pastu panaskan sampai mendidih. Kalau letak air panas nanti berketul.
5. Susun dalam pinggan. Pastu curah sos. Siap!

InsyaAllah sedap. walaupun tak sesedap yang IKEA punya. Sebab IKEA nama dia Swedish Meat Ball. Kalau tak silap, yang ikea tu dia dah siap jual bahan-bahan 1 set kat Ikano. Tunggu balik panaskan je. Nanti kita gi cari.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Deela Nordin
AUTHOR
November 12, 2012 at 4:58 PM delete

wah best ni. leh try. hehe =)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 12, 2012 at 6:17 PM delete

deela:try jgn xtry. idea paling senang time malas. hehe

Reply
avatar