Resepi : Chicken Fajitas

5:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Saya suka masak ala-ala western!

Hehe. Konon suka la kan. Eh tapi memang best la masak western ni. Senang! Mommy kalau bab-bab nak gulai mengulai ni memang fail. Tambah-tambah kalau yang pakai santan. Nak tunggu rempah masak pun malas. Western senang. MAin campak je. Tingg!!! Dah jadi.

Ni antara menu makan malam kami. Dah lama pun beli wraps ni. Duk tangguh-tangguh last-last baru buat.

Bahan-bahan:
Daun salad
Timun
Tomato
Kulit fajitas. Tak tau orang panggil apa. Tortilia pun yea rasanya
Chicken nugget
Sosej ayam
Telur ayam
Keju cheesedale
Mayonis
Sos cili
Sos black pepper


Ni Mommy pakai yang ni. Beli kat Giant. Dia letak dekat tempat roti. Ada banyak jenis. Onion ada, cheese ada, herd ada, Mommy beli yang original. RM6.99 kalau tak silap. Ada 8 keping.

Sori malas nak rotate. Hehe

Cara-cara:
1. Rebus sosej. Buang air rebusan. Masukkan 1-2 sudu besar sos black pepper. Masak sampai agak-agak semua sosej dah kena sos. Mommy guna sos ni. Buat perap ayam pun best.


2. Goreng nugget. Pastu potong la panjang-panjang.

3. Buat telur dadar yang nipis.

4. Panaskan kulit fajitas tu atas pan tanpa minyak. Panaskan yea. Bukan goreng.

5. Buat lapisan macam ni. Kulit fajitas - keju cheesedale - telur dadar - daun salad + timun + tomato - sosej + nugget - mayonis + sos cili.


6. Pastu gulung. Ni kesalahan yang Mommy buat. Letak inti banyak sangat sampai nak gulung pun tak kemas.

Tangan budak sibuk yang tak sabar nak makan.

Ni la hasilnya. Mommy buat 3 bijik. 1 lagi simpan dalam peti ais untuk buat bekal gi ofis. Rupanya bila makan besoknya lagi sedap dari makan panas-panas.