Token Akhirat

4:18:00 PM 2 Comments A+ a-

Update!!!!



Rumah Amal Al Firdaus H/P : 019 2717313/ 013 313 4965 E-
Website : pengurusanalfirdaus.blogspot.com
Akaun Maybank: Pusat Pengurusan Al Firdaus 5627 5911 2087


Assalamualaikum

Mommies.....

Kat sini Mommy nak share 1 emel yang baru mommy terima. Boleh la menderma tak banyak pun sedikit. Sedih sangat kalau pikir benda-benda gini. Nauzubillah... mintak dijauhkan dari anak-anak kita semua nasib begini.




Assalam Mualaikum Warrahmatullah..

Terdapat sebuah Rumah Anak Yatim – Rumah Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam yang menempatkan lebih kurang 21 anak2 yatim dan miskin. Rumah tersebut telah beroperasi selama 2 tahun dan memerlukan belanja sebanyak RM10K sebulan. Kanak-kanak di rumah tersebut berumur dari 4 tahun sehingga 6 tahun sahaja, lelaki dan perempuan.

·         Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin memulakan program pengumpulan barang sumbangan / keperluan untuk rumah amal tersebut. Senarai barangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

·         Makanan kering – Mee Hoon, Beras, Minyak, Biskut, Gula, Garam, Milo
·         Susu Formula Dutch Lady (umur 4 – 6)- Penting
·         Baju-baju untuk kanak2 umur 4-6 tahun , lelaki dan perempuan
·         Mainan (kanak2 ini kekurangan mainan.. Pengurus dia ada menyatakan dia amat berbesar hati jika ada sesiapa ingin memberi buaian dan gelongsor – tak muat pulak kereta I kan? Tapi kalau ada saya usahakan juga)
·         Buku- Buku bacaan (bahasa Malaysia dan English) , buku tulisan
·         Alat2 tulis dan mewarna
1.       Dan apa2 juga yang kanak2 kecik perlukan.

Saya akan mula mengumpul barang dari minggu ini sehingga 19 December 2012. Saya berada di COE jadi mereka yang ingin menyumbang boleh berikan kepada saya masa waktu makan tengahari atau lepas waktu kerja.

Yang berada di PONSB, sahabat yang saya muliakan Nor Faizah (6240) dari jabatan Group Finance akan membantu untuk kumpulkan barang – barang tersebut jika ada.

Yang mana di luar Proton, saya boleh membuat pengambilan pada hari Sabtu atau Ahad.

Saya tidak mengumpul wang.. jika ada sumbangan berbentuk wang, saya boleh memberikan no account mereka.

Saya amat berbesar hati jika rakan2 semua dapat membantu bagi menjayakan projek ini. Kalau tidak dapat membuat apa2 sumbangan, cukuplah sekadar membantu untuk sebarkan email ini.

Terima Kasih dan semoga sediki sebanyak kita dapat membantu mereka yang serba kekurangan.

Salam



2 kawan cakap

Write kawan cakap
November 29, 2012 at 7:35 PM delete

dear, can i share this email in my blog too?

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 3, 2012 at 3:29 PM delete

boleh...boleh. ni ada update lagi

Reply
avatar