Update Arissa @ 17 Months

4:01:00 PM 0 Comments A+ a-

bissss = habis. dulu tak bunyi sangat "s". sekarang bukan main lagi panjang s dia tu

suka bergurau. Gurau kasar pulak tu. Huhu

suka buli mommy

suka sepah-sepah. tak boleh langsung tengok barang berkemas.

sangat suka membebel. Paling best time dia marah. Nada dia betul-betul macam orang tengah marahkan anak. Haha!

Dah ok sikit bila kita nak gosokkan gigi dia

3/12/2012 : dah pandai follow bila kita count 1,2,3 - 10. Mommy ajar dalam kerata masa nak hantar dia gi taska. Balik tu dah boleh sebut tapi bunyi memang tak clear la. Yang clear sikit 4 dan 10.

Gigi geraham bawah dah start tumbuh dua-dua. Yang atas masih malu-malu nak muncul

Suka pegang muka kita pastu kiss kuat-kuat macam geram. Haha. Best!

7/12/12 : aatuhh = jatuh. kadang bunyi macam clear je dia sebut jatuh

bih dahhh = habis dah / dah habis

sangat kelakar tengok kalau dia jatuhkan barang. bila Mommy cakap " ha haaa xtauu... sape buat!". terus dia lari ketakutan. muka ngan gaya dia yang xtahan tu. Lari nyorok belakang kita. Tak kisah la apa pun dia buat jatuh. Payung pun dia takut. Ari ahad ari2 dia jatuhkan hp papa dia. punya takut dia lari. Pastu pelan2 kutip nalik letak atas meja. paling kesian tu bila dia try nak pasang balik. alahaiii touching pulak. huhu

dah mula minat Boboiboy pulak. Mulut dia asyik duk sebut "Boboiboy!" Siap nyanyi yang xtahan tu