Big Bad Cat

8:30:00 AM 4 Comments A+ a-

Orang lain heboh duk cerita pasal Bid Bad Wolf kat The Mines. Mommy mampu tadah telinga je. Maklum la papa bukan suka tempat macam tu. Mommy pun sama sebenarnya. Hehe!

Masa pegi Summit hari Ahad tu, Popular ada buat sales sampai 70% buku-buku dia. Masukkan la kami bertiga round-round kat kawasan tu. Nak beli apa ni? Haha! Dua-dua bukan jenis ulat buku. Nak beli buku apa pun pening. Kesian Arissa....

Dah alang-alang masuk cari la buku yang jenis kertas keras tu. Tu pun sambil belek harga. Macam tak logik pun ada harga dia even lepas less.Kitorang cari yang murah-murah je sebab Arissa lagi suka tengok yang bergerak dari belek buku. Beli buku kittens ngan pooh.

Jalan-jalan lagi jumpa kedai Booklicious. Banyak jugak buku-buku untuk kids. Mommy beli 3 buku keras yang besar tu. RM 4.90 satu. Murah! Tapi sayang yang cat dah habis. Dia nak habiskan stok sebab tu murah.

Jadinya ini la koleksi terbaru buku Arissa.


Belek tak sampai 2 minit. Buku bersepah, mommy la tukang simpan.

Angan-angan nak bacakan buku untuk Arissa sebelum tidur masih belum tercapai.Macamana nak baca, asal baring je, mommy dia yang lelap dulu. Hehe!

Tak Baik Sambut Krismas

8:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy masih nak update entry basi. Hehe

25 Disember 2012 (Selasa)

Mommy rasa cuti 4 hari kali ni mahal sungguh. Maklum la dua-dua baru dapat gaji. Walaupun dapat bonus seciput tapi alhamdulillah dimanfaatkan sepenuhnya. Hehe. Shopping baju Arissa tak payah cakap la. Mommy pun tumpang sekaki. Semenjak-dua menjak ni baru ada perasaan nak shopping baju sendiri. Kalau tak, asal masuk Sogo je terus naik ke children's department. Langsung tak singgah kat ladies. Huhu!

Hari Ahad kami ke Summit USJ. Papa nak cari kasut. Semalam dah ke Sg Wang Plaza. Takde yang dia berkenan. Payah betul!

Sambil tunggu papa test kasut. Mommy round-round kat situ dengan Arissa. Nasib baik jumpa mainan ni. Tapi mesin tukar token rosak. So boleh posing je la.
 


Kering tekak mommy panggil suruh dia senyum nak snap gambar. Akhirnya dapat jugak sekeping dua.


Her 1st Hair Cut

11:30:00 AM 4 Comments A+ a-

23 Disember 2012 (Ahad) 

Jumpa Dr. Serena semalam first advise dai suruh putong rambut Arissa. Hehe. Makcik ni bukan suka ikat rambut. Free style kot yang dia suka. Kita tengok pun rimas.

Akhirnya pagi Sabtu sebelum mandi, kami mulakan operasi.

Tengok la rambut depan dia. Dah cucuk bijik mata. Lagi takmo ikat.

Before.....

After! Haha! Dah macam Abu Bakar Ellah pulak Mommy tengok. Kesian Arissa. Papa potong tanpa belas kasihan. Dah la takde seni. Zap zapp 2 kali. Dah siap! Zalim kan.


Rambut belakang Mommy tak bagi usik. Sayang la rambut dia ikal kat bawah. Nanti kalau dah potong takut jadi straight pulak. Like me!


Ke Carrefour Lagi

11:00:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ni aktiviti Jumaat lepas. Lepas ambik Arissa kat taska terus ke Carrefour. Tujuan utama nak memborong air kotak. Tengok kat promotion diorang bagi air kota Seasons RM 9.95 untuk 3 pek (5x250ml). Murah tuuuu... Harus la borong kan. Owhh ni salah satu habit baru Mommy. Pantang tengok ada barang dapur yang murah terus nak beli secara pukal. Tapi syarat tarikh luput mesti lebih 1 tahun la.

Makcik ni kalau datang sini tak sah kalau tak jenguk pet shop ni.


Berlengging dengan tshirt. Nampak seksi pulak anak daraku. Hehe!


Kena paksa duduk dalam troli terus buat muka tak puas hati. Nak tarikh perhatian dia, Mommy letak je la apa-apa dalam troli tu.


Tapi sebelum lalu cashier letak balik la benda-benda yang takde dalam list tu. Buat umpan je.


Misi nak borong air kotak tak tercapai sebab tarikh luput dia bulan 2 tahun depan. Pastu pek dia pun dah berhabuk. Mommy borong biskut Lexus je. Murah! RM 3.75 peket panjang yang siap ada extra few packs lagi.

Ok. Dah!

Stroller Baru

12:30:00 PM 2 Comments A+ a-

Hari tu kan Mommy ada post pasal nak beli stroller ke carrier kan

setelah pikir pro and cons nye antara stroller dengan carrier. akhirnya Mommy pilih untuk beli stroller. Jangan terkejut. Bajetnya cuma RM150. Hehe. Yea la takmo beli mahal-mahal. Buatnya dia takmo duduk. Tak pasal-pasal papa yang tolak Mommy dalam tu nanti. Hehe

Ini dia......


Beli dekat Aeon Wangsa Maju. RM149! Haha. Bijakkan Mommy berbelanja. Mengikut Bajet. Ringan. Mudah nak lipat. Mommy suka.

Malam tu adik ipar ajak ke Giant. Ok. Boleh try stroller baru. Cuak jugak sebenarnya takut dia takmo duduk. Nanti mesti papa membebel. Nasib baik dia elok je duduk. Cumanya ada sikit nangis nak turun bila dah lama sangat. Mommy pujuk dia sambil tolak stroller laju-laju terus dia ok. Alhamdulillah. Tak membazir.

Sekarang ni bonet kereta dah tak penuh macam dulu. Pastu papa pun macam dah suka. Dia yang tolak Arissa.

Ni gambar hari Ahad. Kitorang ke Plaza Sg. Wang. Mommy paksa suruh dia peluk bantal tu kuat-kuat. Haha!


200 pengunjung awal Parkson dapar voucher RM50. Shopping la apa lagiiiiii..... hehe

Muntah Sampai Lembik

10:45:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hujung minggu kami dimulakan dengan adengan yang kurang enak. Huhu

22 Disember 2012 (Sabtu)

Lepas Subuh dalam pukul 7 pagi Mommy bangun bila tengok Arissa tak ada atas tilam dia. Tengok-tengok dia duduk terbongkok-bongkok tepi almari. Muntah rupanya. Muntah pagi hari tau aje la macam mana rasa dia kan. Perit! Mommy tengok dia muntah keluar air yang kaler kuning tu. Aduhh.. Mommy boleh imagine macamana rasa dia. Sebab masa pregnant dulu selalu juga jadi macam tu time berus gigi.

Mommy tepuk-tepuk belakang Arissa. Usap-usap. Takut dia tercekik apa-apa. Maklum la dia ni semua benda nak masuk mulut. Papa pun bangun angkat dia macam kita nak keluarkan benda yang tercekik kat tekak.

Angkat Arissa letak kat ruang tamu. Muntah lagi. Masih keluar air je. Yea la perut masih kosong. Mommy buatkan susu sebotol. Dia minum. Mommy mata masa tu duk ngadap tv. Tiba-tiba rasa panas kat tangan. Dia muntah lagi. Habis keluar susu yang diminum. Habis bantal, tilam, karpet semua. Mommy terus angkat dia amsuk bilik air. Mandikan terus.

Tak sampai 10 minit muntah lagi. Mommy bukak baju biarkan dia pakai pampers je. Tak boleh jadi ni. Nak kena bawak gi klinik ni. Mommy mandi, papa tengokkkan Arissa. Dia muntah lagi. Kali ni keluar air balik. Dia memang dah lembik masa tu. Kesian sangat. Sambil tunggu papa bersiap pun dia muntah lagi. Banyak kali la. Tak terkira.

Tertidur tunggu papa.

Nampak sangat dia tak larat time ni. Sedih... Mommy dah berair mata dah. Tak sanggup tengok dia macam tu.


Ni dalam kereta otw ke Klinik Serena. Ceria kejap dia. Tapi sebelum turun rumah tu dah muntah dulu seround.


5 minit je ceria. Pastu dah layu dah.


Nak bangun pun dah tak larat. Dalam kerata muntah lagi.


Tapi.......

Sampai je klinik terus dia segar bugar. Main, panjat, berlari, berjoget. Macam-macam la. Hishhh budak nih! Papa cakap jom la balik. Nampak macam dah sehat tu. Jimat duit. Haha

Jumpa Dr. Serena, Mommy cakap la maybe dia tercekit rambut kot. Apa lagi terus membebel la doktor tu. Hehe. Dia memang macam tu. Dia cakap tu virus la. Nak membawa ke cirit-cirit. Dia bagi ubat tahan loya masuk kot bontot.

Balik dari klinik dalam pukul 12. Arissa tidur. Dalam kereta pun tidur. Kitorang ke Carrefour. Pastu singgah makan kat Giant. Dia tidur lagi. Baru boleh menikmati makanan dengan sepenuh hati. Naik atas rumah pun dia masih tidur.


Peringkat Pertumbunhan Gigi Baby

9:38:00 AM 0 Comments A+ a-

Asslamualaikum :-)

Tadi sambil-sambil siapkan paper sempat lagi browse-browse internet. Hehe. Nak hilangkan stress. Mommy tak suka betul buat paper. Bosan!

Tadi jumpa ni. Nak share ngan mommies.
 
Arissa sekarang dah stage 4. Dah ada 8 batang gigi. Dah tumbuh 4 gigi geraham 2 atas 2 bawah. Kalau suap nasi pakai tangan, jangan risau, mesti dengar bunyi suara perempuan meraung menjerit. Hehe. Mommy la tu kena gigit. Aduhh!

Happy 18 Month Lil' Arissa

11:04:00 AM 0 Comments A+ a-

17 Disember 2012

Genap umur Nur Safiyyah Arissa 1 tahun 6 bulan

Alhamdulillah

Syukur Ya Allah atas kurniaanMu yang tak ternilai ini

Gambar terbaru tak sempat nak snap pagi tadi. Lagipun budak tu berlagak. Kalau pakai digital cam dia lari. Kalau pakai slr baru nak senyum. Hishh!

Perangai macam biasa makin mencabar kesabaran Mommy. Harap Mommy akan tetap sabar layan karenah awak.

Yang paling best... Petang semalam dia cubit Mommy, Mommy buat-buat nangis. Terus dia diam. Tetiba dia tepuk bahu Mommy. Tepuk slow-slow. Lama. Pastu usap-usap rambut Mommy. Alahaiiiii... dah pandai memujuk ke anak i??? Sangat touching. Huhu

I love U sayang!!! emmmmmahhh! (bunyi kalau Arissa kiss. hihi)



Choose One

4:30:00 PM 2 Comments A+ a-

Mommies.....!

Pernah alami tak?


Hehe. Mommy rasa banyak yang sama ngan mommy nih...hikhik

Kenangan Lalu Mengusik Kalbu

11:47:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Aduhh peningnya kepala Mommy. Pagi tadi breakfast makan kuih apam gula hangus. Lembut! sedap! Minum air kopi 3 in 1 Indocafe. Padahal dah tau tak boleh minum kopi sejak bersalin ni. Tapi gedik jugak sebab lupa nak bawa stok milo. Haaa sekarang rasakan! Pening! Rasa macam beralun je. Macam kita berdiri kat pantai yang berombak. Macam tu la rasa dia. Sungguh tak selesa.

Huhu

Disebabkan pening maka kerja pun slow la sikit. Mula la nak makan gaji buta. Hehe

Belek-belek folder gambar jumpa ni


Stok puree dan EBM untuk Arissa. Gigih betul masa tu buat stok. Seronok! Bila buka freezer tengok penuh ngan makanan anak. Mak bapak dia takpe makan meggi pun. Hehe.



Rindu......


Agak-agak bila la semua ni akan berulang lagi..... kihkihkih

Update Arissa @ 17 Months

4:01:00 PM 0 Comments A+ a-

bissss = habis. dulu tak bunyi sangat "s". sekarang bukan main lagi panjang s dia tu

suka bergurau. Gurau kasar pulak tu. Huhu

suka buli mommy

suka sepah-sepah. tak boleh langsung tengok barang berkemas.

sangat suka membebel. Paling best time dia marah. Nada dia betul-betul macam orang tengah marahkan anak. Haha!

Dah ok sikit bila kita nak gosokkan gigi dia

3/12/2012 : dah pandai follow bila kita count 1,2,3 - 10. Mommy ajar dalam kerata masa nak hantar dia gi taska. Balik tu dah boleh sebut tapi bunyi memang tak clear la. Yang clear sikit 4 dan 10.

Gigi geraham bawah dah start tumbuh dua-dua. Yang atas masih malu-malu nak muncul

Suka pegang muka kita pastu kiss kuat-kuat macam geram. Haha. Best!

7/12/12 : aatuhh = jatuh. kadang bunyi macam clear je dia sebut jatuh

bih dahhh = habis dah / dah habis

sangat kelakar tengok kalau dia jatuhkan barang. bila Mommy cakap " ha haaa xtauu... sape buat!". terus dia lari ketakutan. muka ngan gaya dia yang xtahan tu. Lari nyorok belakang kita. Tak kisah la apa pun dia buat jatuh. Payung pun dia takut. Ari ahad ari2 dia jatuhkan hp papa dia. punya takut dia lari. Pastu pelan2 kutip nalik letak atas meja. paling kesian tu bila dia try nak pasang balik. alahaiii touching pulak. huhu

dah mula minat Boboiboy pulak. Mulut dia asyik duk sebut "Boboiboy!" Siap nyanyi yang xtahan tu


Berjalan Dengan Budak 1 Tahun Lebih

9:43:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum Mommies :-)

Nak tanya sikit la. Bagi mommies yang ada anak baya Arissa ( 1 tahun l2bih) atau yang dah boleh berjalan, macamana mommies bawak anak masing-masing bila keluar berjalan. Contohnya ke shopping mall? Sebabnya mommy sekarang ni problem sikit bila nak keluar rumah. Walau ke Giant sekalipun. Budak kecik ni dah takmo duduk langsung dalam stroller dia. Letak dalam troli pun tak sampai 10 minit dan merengek mintak turun. Bila kita bagi dia berjalan sendiri. Seronok la dia berlari sana sini. Mula-mula boleh la pimpin tangan. Pastu mula la dia marah bila kita pegang tangan dia. Suka sangat kalau kita kejar dia.

So mommies camane eh? Mommy geram je nak beli benda ni


Hehe. Harga boleh tahan la. RM200 lebih. Sesuai untuk baby 6 bulan hingga 3 tahun. Berat boleh tampung hingga 36kg. Ni semua gara-gara tengok member ofis beli kat expo moms n baby last week. Dah tengok live. Memang nampak best sangattttt!

Hari tu masa Mydear buat warehousesale duk tergila-gilakan buggy ni

Harga asal RM460. Masa warehouse tu dia jual RM250 je. Memang dah tergedik-gedik nak ambik. Tapi papa cakap Arissa takmo duduk. Hmm... Geram! Pastu bila g mall jalan-jalan tengok orang tolak anak yang dah umur 3-4 tahun ngan buggy tu rasa menyesal sangat tak beli. Dah la ringat. Kecik. Siap boleh letak dalam beg pulak tu. Huhu. Rugi...rugiiiiiii

Hmm... tapi takut tak berbaloi je. Lain la kalau Arissa dah nak dapat adik next year. Oppsssss! Hehe

Mommies?? Ada idea tak?

She Love Cat!

8:00:00 PM 3 Comments A+ a-

Gambar last sebelum masuk bulan 12. Hehe

Budak ni suka sangat dengan kucing. Macam mak dia!

Balik taska bagi dia berjalan sendiri. Bagi exercise jap.

Asal jejak tanah je mulut terus bunyi kucing. Melilau cari kucing.

Ni kebetulan jumpa kucing tengah duk berehat. Suka sangat la dia. Mula-mula duduk jauh-jauh.


Eh jauh sangat la. Dekat la sikit.


Tenung dulu.


Try cucuk sikit. Agak-agak Mommy bising ke tak ni. Hihi


Eh dah rapat la pulak budak ni


Last sekali boleh jugak pegang ekor. And last not least, Arissa try nak naik atas belakang kucing tu!! Haha. terus lari kucing malang tu


Melecur

3:52:00 PM 4 Comments A+ a-

1 Disember 2012 (Sabtu) @ 9 - 10AM

Huhu.... Berparut la tangan anak dara i..... T_____T

Ceritanya pagi tu Mommy nak buat air milo. Ambik mug buh milo, gi kat meja tekan air panas kat boiler. Pastu pusing balik ke dapur nak tambah air masak.

Tetiba!

Arissa menangis. Nangis sambil duk tunjuk tangan kiri dia. Mommy tengok baju bawah ketiak dia basah. Dia gi tekan boiler tu rupanya! Ah sudah!!!! Tengok tangan dia takde kesan apa-apa pun. Tapi dia asyik menangis. Sakit la kan.

Boiler tu boleh tekan dari bawah kat bahagian air nak keluar. Sebelum ni dia tengok kita duk ambik air tak pernah pun tengok dia try nak tekan. Dan Mommy tak sangka pulak yang dia dah cukup tinggi untuk sampai tekan butang tu. Huhu. My mistake! Terus ubah kedudukan boiler ngadap ke dalam.

Tangan Arissa kejap je dah nampak merah. Papa suruh sapu vitamin E. Mommy picit vitamin E Shaklee dia sebijik. Busuk giler bau dia. Pastu google. Ada yang cakap dia pernah letak minyak gamat. Terus hilang rasa sakit. Ok minyak gamat pulak. Mommy takmo sapu colgate sebab nanti lagi cepat gelembung. Kicap lak takut parut hitam. Hehe

Kesian.....


Dia asyik angkat je tangan dia. Sakit la tu.


Sebagai ibubapa yang turut sama merasai penderitaan anak, kami laki bini dua-dua try tekan boiler tu atas tangan. Haha. Senget kan! Mula-mula papa try kat tangan dia. Dia cakap tak sakit. Memang la tak sakit. Kulit awak tu dah macam kuali. Arissa kulit baby. Lembut. Boiler kitorang memang tak sepanas air yang baru mendidih atas dapur tapi agak pedih jugak kalau lalukan atas tangan. Papa tekan boiler, Mommy tadah tangan kat bawah. Panas. Tapi tak la melecur. Maybe sebab sikit je kot.

2 Disember 2012

Arissa macam dah tak sakit. Tapi sangat susah kita nak sapu minyak gamat kat tangan dia. Nampak je Mommy pegang botol minyak terus bangun lari. Hadoiii... kita nak tolong dia niiii

Malam tadi dah mula gelembung air.



Tengok ni... Aduhhhhhh! Jari manis dia je yang teruk.


Mommy risau takut kat taska nanti dia lasak sampai terkoyak gelembung tu. So Mommy cucuk sikit dengan jarum masa dia tengah tidur. Picit buang air.

Tapi pagi tadi gelembung balik.


Harap-harap tak berparut la tangan anak daraku.......