Melecur

3:52:00 PM 4 Comments A+ a-

1 Disember 2012 (Sabtu) @ 9 - 10AM

Huhu.... Berparut la tangan anak dara i..... T_____T

Ceritanya pagi tu Mommy nak buat air milo. Ambik mug buh milo, gi kat meja tekan air panas kat boiler. Pastu pusing balik ke dapur nak tambah air masak.

Tetiba!

Arissa menangis. Nangis sambil duk tunjuk tangan kiri dia. Mommy tengok baju bawah ketiak dia basah. Dia gi tekan boiler tu rupanya! Ah sudah!!!! Tengok tangan dia takde kesan apa-apa pun. Tapi dia asyik menangis. Sakit la kan.

Boiler tu boleh tekan dari bawah kat bahagian air nak keluar. Sebelum ni dia tengok kita duk ambik air tak pernah pun tengok dia try nak tekan. Dan Mommy tak sangka pulak yang dia dah cukup tinggi untuk sampai tekan butang tu. Huhu. My mistake! Terus ubah kedudukan boiler ngadap ke dalam.

Tangan Arissa kejap je dah nampak merah. Papa suruh sapu vitamin E. Mommy picit vitamin E Shaklee dia sebijik. Busuk giler bau dia. Pastu google. Ada yang cakap dia pernah letak minyak gamat. Terus hilang rasa sakit. Ok minyak gamat pulak. Mommy takmo sapu colgate sebab nanti lagi cepat gelembung. Kicap lak takut parut hitam. Hehe

Kesian.....


Dia asyik angkat je tangan dia. Sakit la tu.


Sebagai ibubapa yang turut sama merasai penderitaan anak, kami laki bini dua-dua try tekan boiler tu atas tangan. Haha. Senget kan! Mula-mula papa try kat tangan dia. Dia cakap tak sakit. Memang la tak sakit. Kulit awak tu dah macam kuali. Arissa kulit baby. Lembut. Boiler kitorang memang tak sepanas air yang baru mendidih atas dapur tapi agak pedih jugak kalau lalukan atas tangan. Papa tekan boiler, Mommy tadah tangan kat bawah. Panas. Tapi tak la melecur. Maybe sebab sikit je kot.

2 Disember 2012

Arissa macam dah tak sakit. Tapi sangat susah kita nak sapu minyak gamat kat tangan dia. Nampak je Mommy pegang botol minyak terus bangun lari. Hadoiii... kita nak tolong dia niiii

Malam tadi dah mula gelembung air.



Tengok ni... Aduhhhhhh! Jari manis dia je yang teruk.


Mommy risau takut kat taska nanti dia lasak sampai terkoyak gelembung tu. So Mommy cucuk sikit dengan jarum masa dia tengah tidur. Picit buang air.

Tapi pagi tadi gelembung balik.


Harap-harap tak berparut la tangan anak daraku.......

4 kawan cakap

Write kawan cakap
iietamalek
AUTHOR
December 3, 2012 at 4:01 PM delete

same situasi dengn sy. 2minggu lepas anak saya kena iron. teruk juga. berbalut semua bagai.doc bg krim, tapi tanye doc kalau sapu aloevera gel boleh tak. doc kate ok..so saya sapu aloevera gel tiaptiap hari..pernah letak aloevera gel dr pokok nye juga..alhamdulillah dah kering..my auntie sapukan juga minyak habatussauda..kesian sangat tgk die..biasala budak kecikkan..

sabar yer awak.

Reply
avatar
AIN NAZRI
AUTHOR
December 3, 2012 at 5:31 PM delete

ya Allah Arissa.. ciannyaaa... Reyha try cari any cream tuk sembuhkan.. g klinik x? nnt doc ada bg krim.. or cuba try apricot cream (ain guna yg nutrimetic punya) sapu tuk hilangkan parut.. tapi ni sapu lepas kering laa luka dia..
*nnt ain tanya kawan ain dia guna krim apa.. dia tersimbah kuah sop panas.. now dah kering n xde parut..

Reply
avatar
Mamamia Style
AUTHOR
December 4, 2012 at 2:05 PM delete

iietamalek : 2 la baru je bace ur post ari2. huhu. kena kat Arissa plak ni

ain: xbwk g klinik pun. hihihihii. takot doc tenyeh luka dia. kesian plak nanti. sapu minyak gamat. mlm td tgk dah kering. nak la krim yg awk ckp 2. tolong tny dehh..... macihhhh

Reply
avatar
Noorul Has
AUTHOR
December 5, 2012 at 4:57 PM delete

dia muda lg..leh hilang la kalau ada parut nnt..pengalaman gak masa kecik dulu..

Reply
avatar