Muntah Sampai Lembik

10:45:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hujung minggu kami dimulakan dengan adengan yang kurang enak. Huhu

22 Disember 2012 (Sabtu)

Lepas Subuh dalam pukul 7 pagi Mommy bangun bila tengok Arissa tak ada atas tilam dia. Tengok-tengok dia duduk terbongkok-bongkok tepi almari. Muntah rupanya. Muntah pagi hari tau aje la macam mana rasa dia kan. Perit! Mommy tengok dia muntah keluar air yang kaler kuning tu. Aduhh.. Mommy boleh imagine macamana rasa dia. Sebab masa pregnant dulu selalu juga jadi macam tu time berus gigi.

Mommy tepuk-tepuk belakang Arissa. Usap-usap. Takut dia tercekik apa-apa. Maklum la dia ni semua benda nak masuk mulut. Papa pun bangun angkat dia macam kita nak keluarkan benda yang tercekik kat tekak.

Angkat Arissa letak kat ruang tamu. Muntah lagi. Masih keluar air je. Yea la perut masih kosong. Mommy buatkan susu sebotol. Dia minum. Mommy mata masa tu duk ngadap tv. Tiba-tiba rasa panas kat tangan. Dia muntah lagi. Habis keluar susu yang diminum. Habis bantal, tilam, karpet semua. Mommy terus angkat dia amsuk bilik air. Mandikan terus.

Tak sampai 10 minit muntah lagi. Mommy bukak baju biarkan dia pakai pampers je. Tak boleh jadi ni. Nak kena bawak gi klinik ni. Mommy mandi, papa tengokkkan Arissa. Dia muntah lagi. Kali ni keluar air balik. Dia memang dah lembik masa tu. Kesian sangat. Sambil tunggu papa bersiap pun dia muntah lagi. Banyak kali la. Tak terkira.

Tertidur tunggu papa.

Nampak sangat dia tak larat time ni. Sedih... Mommy dah berair mata dah. Tak sanggup tengok dia macam tu.


Ni dalam kereta otw ke Klinik Serena. Ceria kejap dia. Tapi sebelum turun rumah tu dah muntah dulu seround.


5 minit je ceria. Pastu dah layu dah.


Nak bangun pun dah tak larat. Dalam kerata muntah lagi.


Tapi.......

Sampai je klinik terus dia segar bugar. Main, panjat, berlari, berjoget. Macam-macam la. Hishhh budak nih! Papa cakap jom la balik. Nampak macam dah sehat tu. Jimat duit. Haha

Jumpa Dr. Serena, Mommy cakap la maybe dia tercekit rambut kot. Apa lagi terus membebel la doktor tu. Hehe. Dia memang macam tu. Dia cakap tu virus la. Nak membawa ke cirit-cirit. Dia bagi ubat tahan loya masuk kot bontot.

Balik dari klinik dalam pukul 12. Arissa tidur. Dalam kereta pun tidur. Kitorang ke Carrefour. Pastu singgah makan kat Giant. Dia tidur lagi. Baru boleh menikmati makanan dengan sepenuh hati. Naik atas rumah pun dia masih tidur.