Tak Baik Sambut Krismas

8:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy masih nak update entry basi. Hehe

25 Disember 2012 (Selasa)

Mommy rasa cuti 4 hari kali ni mahal sungguh. Maklum la dua-dua baru dapat gaji. Walaupun dapat bonus seciput tapi alhamdulillah dimanfaatkan sepenuhnya. Hehe. Shopping baju Arissa tak payah cakap la. Mommy pun tumpang sekaki. Semenjak-dua menjak ni baru ada perasaan nak shopping baju sendiri. Kalau tak, asal masuk Sogo je terus naik ke children's department. Langsung tak singgah kat ladies. Huhu!

Hari Ahad kami ke Summit USJ. Papa nak cari kasut. Semalam dah ke Sg Wang Plaza. Takde yang dia berkenan. Payah betul!

Sambil tunggu papa test kasut. Mommy round-round kat situ dengan Arissa. Nasib baik jumpa mainan ni. Tapi mesin tukar token rosak. So boleh posing je la.
 


Kering tekak mommy panggil suruh dia senyum nak snap gambar. Akhirnya dapat jugak sekeping dua.