Out Station Lagi

4:00:00 PM 2 Comments A+ a-

15 - 18 Januari 2013
Hotel Orient Star, Lumut

Good morning....!!!!


Kita pergi Lumut lagi 2 minggu lepas. Teman Mommy out-station. Mommy ni pun satu. Takde tempat lain ke nak pergi. Ni dah kali ke-3 kita datang sini. Nasib baik ada abah tok dengan ma tok. Bolej jaga kita.

Kita duduk hotel ni pindah randah. Mula-mula duk bilik tingkat 1, pastu mintak naik tingkat 4.



Sebabnya ni lah....



Nak gantung buai. Abah tok cukup jaga waktu tidur kita. Dia risau takut kita tak lena kalau tidur atas katil. Kalau Mommy ada takpe. Kita boleh nyonyot. Hihihihiii

Kali ni kita dah berani mandi kolam. Terkejut Mommy tengok kita nak terjun kolam.



Mommy asyik terjerit je risau takut kita terjun.



Kita takde geng nak berenang. Mommy konon segan-segan nak mandi. Tak syok la. Nanti nak ajak kak alin datang sini lah!



Kita dah pandai apungkan diri. Tapi Mommy kena pegang la. Hihihi



Mommy tepi sikit plisss. Kita nak jump ni. Kalut la Mommy niiiii



Sebab baju basah tak boleh nak lalu lobi naik lift. Kami lepak tepi pantai dulu.


Kesian abah tok ngan ma tok. Kita masih tak biasa dengan diorang. Kita jarang balik kampung. Mommy Papa lepas ni sila balik kampung lebih kerap yea.



Besoknya abah tok belikan kita jaket untuk berenang. Tapi besar la pulak.

Ni muka kita baru bangun tidur. Mommy paksa sebab dia cakap hari ni dah last boleh mandi pool. Besok dah nak balik.



Bila pakai ni baru Mommy kita tak terjerit-jerit sangat. Yea la. Bila kita jatuh Mommy masih sempat tarik jaket. Tapi kita dah try minum air kolam tu 2 -3 kali. Tak sedap!



Lepas salin baju, lepak lagi kat tepi pantai.

Hari ni mood kita baik. Ada mood nak posing :-)



Ok lah. Kita nak gi minum chuchu... Bai!!!!!


Borong Pampers lagi

2:37:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Long time no see kan.....! Hehe

Kita mulakan dengan entry shopping dulu yea mommies :-)

Masa balik kampung cuti Maulidur Rasul last week, kawan office mms gambar dia shopping drypers kat Tesco. Alamak! Mengelupur la Mommy sebab stok Arissa memang dah takde. Nak shopping kat Tesco Kota Bharu nanti kang mana nak sumbat semua tu. Kereta kami cute.

Bukak website Tesco tengok offer sampai bila 30 Jan 2013! Fuhhh sempat balik KL.

Sampai KL pukul 4 pagi hari Isnin 28 Jan 2013. Qada' tidur dulu. Bila Papa bangun kasi massage satu badan dulu. Punya la bodek nak ajak kawan tu keluar. Hehe!

Tengahari pergi Tesco Mutiara Damansara. Punya la ramai manusia. Nak cari parking pun susah. Dapat je parking, Arissa pulak dah lena. Dah la stroller tak bawak sebab beg dalam boot pun belum angkut.

Nasib baik ada troli yang untuk baby tu. Mujur la muat lagi nak oiii!


Terjuntai kaki budak ni. Tengok ni....


Kesiannnn......

Tapi dia langsung tak sedar. Sampai kitorang habis shopping. Nampak besar la pulak anakku nih.


Hasil borongan kami.....


Beli drypers 5 pek je sebab sekarang kena pentingkan susu. Susu mahal. Pampers boleh pejam mata lagi.

Promosi Drypers 1 pek RM30.88. Mommy ambik 5 sebab takut nanti dah ketat. Susu S26 stage 3 RM94.88 beli 3 kotak 1.8kg.

Promoter promote Enfagrow. Huhu.. Udah la tu... Yang ni pun Mommy rasa macam kami laki bini dah nak kena puasa ;-p

Happy 19 Month Lil' Arissa

9:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Arghhhhhhh!!

Apasal la tiap kali umur Arissa makin banyak Mommy makin takut.
Takut pikir Arissa dah nak masuk 2 tahun. Seyes rasa berdebar.
Bersyukur memang selalu bersyukur dengan pembesaran dan kesihatan dia
tapi.....
Mommy takut bila Arissa dah besar Mommy tak boleh nak control awak.
Plisss baby... Be a good and nice girl okey!
Mommy love you as always!!!!

Sayang Anak Tinggal-Tinggalkan

2:57:00 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dear mommies...

Setuju ke dengan pepatah kat atas ni? Hmm

Mommy setuju kalau tinggal sekejap atas sebab contohnya kena gi kursus ke. Tapi kalau tinggal sampai bertahun. Pastu jumpa hanya hujung minggu. Tu pun kalau sempat, kalau tak jumpa sebulan sekali.

Mommy tak boleh bayang kalau Arissa tak tinggal dengan mommy. Owhh NO! I can't live without her!

Dulu masa dekat-dekat nak start masuk kerja lepas cuti 3 bulan tu, My Ma dah cakap kalau tak jumpa babysitter lagi dia suruh tinggalkan dulu kat Kelantan. Nanti bila dah setel semua baru ambik. No No No! Mommy lagi sanggup habiskan cuti dari berpisah dengan dia. Tak pun import My Ma sekejap tinggal dengan kitorang. Haha!

Kenapa tiba-tiba keluar topik ni eh? Hehe. Sebenarnya nak share satu story. My Ma yang bercerita masa mommy call dia. Tak tau macamana tetiba boleh keluar cerita tu.

My Ma bagitau ada sorang kawan dia masa kerja dulu sekarang ni duk jaga cucu. Sorang je. Kawan dia tu pun sama dah pencen macam My Ma. Cucu dia lelaki. Anak dia pun lelaki. Kerja kat KL. Nak kata kerja biasa-biasa tak jugak sebabnya gaji dia boleh tahan la masyuk. Dia ada anak kembar lelaki. Sorang tinggalkan dekat nenek, sorang dia bawak tinggal sekali kat KL. Alasannya sebab tak cukup duit nak bayar babysitter kalau dua orang. Dengar je macam tu, terus mommy sumpah seranah dekat anak laki dia tu. Eiiii geramnya!!!! Macamana la kau sanggup buat macam tu. Wife kau pun sama. Zalim! Kejam!

Mommy tak nafikan anak kembar ni memang kos dia sangat banyak. Boleh jadi double triple. Tapi sanggup ke kita nak pisahkan diorang. Biar la susah macamana pun jangan la pisahkan dia. Jangan la pisahkan dia dengan kita. Tak kesian ke kat dia? Sorang dapat kasih sayang kita. Sorang lagi tak merasa pun. Jumpa pun 2 - 3 bulan sekali.

Sekarang ni dia dah ada anak lagi sorang. Maknanya dah 3 orang. Boleh pulak dia jaga yang baru tu. Anak yang duduk dengan nenek dia tu sekarang dah umur 3 tahun. Bila dia balik kampung pun dia tak pedulikan sangat yang tu. Sampaikan yang tu pun dah tak mesra dengan mak ayah dia. Lagi rapat dengan nenek dan datuk.

Tak adil kan! Dulu cakap tak boleh bela sebab tak mampu tapi bila tambah anak sorang lagi mampu pulak jaga. Mommy tak boleh imagine macamana perasaan mak dia. Tak rindu ke kat anak. Tambah-tambah kembar. Kalau kita mesti nak tengok diorang bersama kan. Main sama-sama. Pakai baju sama. Best!

Tak pasal-pasal mommy yang emosional lebih-lebih. Kita ni nak tinggal anak 2 - 3 hari pun dah sasau inikan pulak bertahun.

Kupik!

8:00:00 PM 3 Comments A+ a-

Kejadian petang semalam.

Mommy singgah beli sayur pastu belikan umpan untuk dia. Beli kismis  dalam kotak Ligo ke namanya.

Mommy bagi la dia pegang. Pastu try mintak. Sekali terus dia tarik tangan dia rapat ke pintu. Takmo bagi kita ambik. Punya la usaha tu sampai sanggup susah nak makan. Hishhh ikut sape la perangai gini.


Mommy tak pernah ajar kupik-kupik gini.


Tengok laaa... Sanngup tuuuu sampai senget-senget badan.


Mok Long cakap ikut perangai Mommy. Heyyy plissss eh. I bukan kupik. I cermat je. Haha!

Umpan

3:00:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekarang ni kalau balik kerja mesti nak kena beli apa-apa makanan untuk Arissa umpan dalam kereta. Padahal dari taska ke rumah tak sampai 15 minit pun.

Masuk je dalam kereta, pasangkan seat belt dia, terus dia gagau handbag Mommy cari makanan.




Habis dia makan roti tu seketul! awak tak makan kat taska ke mek?? Hmmmm

First Carre4 Visit 2013

12:30:00 PM 2 Comments A+ a-

4 Januari 2013

Tahun 2013 ni mommy nak try kira berapa kali kami dating berdua kat Carre4.

Ni Jumaat lepas. Hujan lebat yang teramat sangat-sangat. Sampai drive pun punya la slow kat NKVE. Jarang penglihatan rasanya tak sampai 20m. Lebatnya MasyaAllah!

Ambik Arissa pun dalam hujan. Pakai payung tapi masih tempias. Nasib baik tak demam.

Nak balik rumah boleh tapi mesti kena lepas dalam kereta. Apa lagi. Ke Carre4 la kami.

BUdak ni mula-mula ok. Pastu mengamuk sebab ngantuk.



Siapa yang penah terkena bila shopping kat Carre4? Terkana maksud mommy macam kena tipu sikit-sikit.

Dulu mommy pernah beli roti Gardenia. Harga dia kan dan tetap Rm2.40 yang bungkus kecil. Tapi bila diorang scan dalam resit RM2.45. Mommy perasan pun dah kat rumah. Mommy bukan nak cakap pasal rugi 5sen tu tapi cuba bayangkan kalau 100 orang yang beli roti tu. Berapa diorang dah untung? Geram jugak bila dia buat macam tu. Lepas dari kes tu memang mommy perhati satu-satu harga yang dia scan. Kalau nampak lain dari harga yang diorang pamerkan terus mommy tanya. Tak kisah la nak cakap mommy cerewet pun.

Kali ni pulak mommy beli Coklat Hershey yang dalam botol kecik. 205g rasanya. Kat rak dia letak campur-campur botol besar 680g. Tapi harga semua sama RM12++. Mommy ambik botol kecik try scan tak keluar harga. So mommy assuem maybe half dari harga botol besar la kan. Sekali bila dia scan nak bayar keluar harga Rm12++ tapi after diskaun jadi RM9! Biar betul? Biasa kat tempat lain botol besar pun harga RM11++ takkan la yang kecik tu RM9.

Tak puas hati!

Mommy masuk balik cari rak dia. Check harga. Betul! Memang dia letak harga yang sama botol besar/kecik. Kuantiti punya la kecik dia tulis. Nak kena tilik perhati betul-betul baru nampak. Cis!!! Geramnya. Kita tak boleh nak argue sebab mesti dia akan cakap harga dah letak. Tapi perasan kan taktik dia. Huhu!

Ipad @ Tab Murah

11:28:00 AM 5 Comments A+ a-

29 Disember 2012 

Alhamdulillah. Sejak dari tarikh kat atas ni, tab mommy dah tak jadi mangsa ditepuk, dipik, dihempas oleh Arissa. Cik mek ni memang ganas. Ikut sape la ni... ish ishh ishhh

Ni idea papa. Kalau ikutkan mommy, mommy tak suka dedahkan sangat Arissa pada usia yang terlalu muda ni dengan gadget2 ni sangat. Cukup la dia main henpon cikai mommy tu takat nak dengan lagu twinkle-twinkle.

Kedai yang kitorang pergi ni dekat Summit USJ. Nasib baik Arissa tidur dari dalam kereta lagi. Senang sikit kami nak tengok barang nanti. Kalau tak jenuh nak kepung dia.


Seriously ni, stroller ni sudah muka menunjukkan kepentingannya. Memang sangat berguna. Sebab selalunya bila kitorang keluar, Arissa mesti lena dalam kereta. BIla alihkan dalam stroller pun dia masih lena. Boleh sambung tidur lagi dalam 1/2 jam dalam tu.

Ok balik cerita asal. Kedai dia ni duduk kat tingkat atas. Tingkat 3 ke 4 kalau tak silap. Pastu belakang-belakang kedai telefon. Masuk lorong belakang. Sunyi gak lorong ni sebab tak banyak kedai.

Kedai diaada 2 berhadapan. 1 Navi Gate lagi satu Nova Tech.


Yang dia display barang yang ni. Nova Tech.


Semua gadgets yang dijual katanya dari Taiwan. Tak sure la betul ke tak. Kami memang nak cari yang murah-murah untuk dia tengok upin-ipin je.

Banyak jugak display items. Range harga untuk tab ni dari RM230 - RM600++.


Yang husband duk test tu sejibik macam samsung Galaxy Note II. Touch screen dia pun smooth je. Harga RM700 kalau tak silap. Tapi of course la tak sama macam yang original kan. Mesti ada yang beza tapi mommy tak tanya la apa. Dia boleh support 2 sim. Pak cik ni dah berkenan la tu. Tapi tak beli pun.


Orang kedai tu cakap yang tiruan ni dia tak boleh tiru betul-betul design depan yang original. Sebab tu kalau tengok takde brand Samsung tak depan. Kat belakang ada.


Kitorang beli yang harga Rm250. Tambah casing RM29. Yang ni dia hanya boleh connect internet pakai wifi. Nak cucuk broadband pun boleh. Tapi takleh masuk simcard.

Mula-mula elok je dia pakai. Tapi time dia marah dihempasnya jugak. Tapi mommy takde la sakit jantung sangat. Marah tetap marah sebab nak kena ajar dia cermat gunakan barang. 

Malam tadi bateri habis, dia mengamuk tak boleh tengok cerita upin ipin dia. 3-4 kali dia hempas!

Update Arissa @ 18 Months

4:10:00 PM 2 Comments A+ a-

18 Disember 2012 - 17 Januari 2013

Aaadokkk = takdok / takde

Dah tau bila perlu geleng kepala. Sebabnya dulu kalau dia nak apa-apa pun dia geleng kelapa. Sekarang kalau takmo baru dia buat macam tu.

Kalau dia buat apa-apa contohnya jatuhkan barang, terus cakap "aaahaaa aa uuuuu ......." sambil goyang jari telunjuk. Hehe. Comel! Maksud dia "hahaaaa tak tauu sapa buat"

sangat suka nyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Bunyi dia ala-ala gini "tite tite te taaaaa.. aaa uuu aaa huuuuu" Haha!

"aanahhh" = panas. penat mommy ajar sebut HOT. tp malam tadi (7/1/2013) tetiba dia sebut gitu time nak makan malam

dah pandai sebut "air". pastu terus bangun melilau cari bekas air dia

suka sangat minum soya. mommy nak jimatkan susu. hehe. tu yang sekali sekala bagi minum soya dalam botol susu. habis sekotal dia minum. kalau susu mesti nak kena minum 2x baru licin


2013

12:25:00 PM 5 Comments A+ a-

SELAMAT DATANG 2013

 Ok dah ada gambar. kihkihkih


Sebut tahun baru je mesti terus terlintas pasal azam kan. Mommies tahun ni azam apa? Mommy tak sempat nak berazam la. 1 Januari 2013 banyak betul pakai modal. Huhu

Bangun pagi tengok-tengok boiler tak boleh keluar air. Papa konon nak repair. Tak lama pun lepas tu ajak kita gi kedai cari baru. Tanya mana yang direpair tadi? Tuuuu... dalam plastik hitam. Huh bertuah!

Lepas survey boiler ke Giant pulak. Nak tengok harga kat Giant. Lagi satu tujuan utama ke Giant sebab nak cari bahan buat durian crepe. Tak pasal-pasal mommy terjebak dengan crepe nih. Papa la nak makan.

Ini contoh azam tahun lepas yang belum tercapai. Huhu. Make-up!


Tengok la rupa ku itu. Tempek bedak je. Lip gloss pun tak pakai. Calit ubat ketiak sarung baju ngan tudung. Siap! Hapa punya pemalas la. Konon berazam lepas ada anak nak jadi hot mom. Huh!





Ok kita cuba lagi tahun ni. Tapi first day masuk kerja pun baju tak ber-iron. Haha. Semalam dah iron tapi pagi tadi tak jumpa tudung yang sesuai. Sarung je la baju lain yang agak-agak tak kedut. Buruk betul la perangai kan.

Ok berbalik kepada durian crepe. Semua bahan dah ada. Durian 2 bekas RM30. Hadoiii mahalnya modal! Tapi tak jumpa non dairy whipping cream. singgah ke City Bakers pun takde. So mommy ambik je la yang dairy.

Nasib baik buat 1/2 adunan je. 1jam lebih kerja-kerja meng-crepe ni tau. Lenguh! Ada tebal ada nipis. BIasa la budak baru belajar. Siap lenyek isi durian. Mula la nak buat cream. MOmmy pukul whip crean pakai mixer. Punya la lama apsal tak kembang-kembang nih. Bila stop mix, terus cair jadi berketul-ketul Huhu!

Tu la derhaka lagi dengan resepi. Last-last mommy buat la 4 bijik purely durian crepe. Pakai durian semata.

Asal bukak peti ais papa gelak tengok 4 ketul durian crepe. Beli bahan bukan main. Melempeng sampai berjam. Tapi hasil 4 ketul je.

Sekian!