2013

12:25:00 PM 5 Comments A+ a-

SELAMAT DATANG 2013

 Ok dah ada gambar. kihkihkih


Sebut tahun baru je mesti terus terlintas pasal azam kan. Mommies tahun ni azam apa? Mommy tak sempat nak berazam la. 1 Januari 2013 banyak betul pakai modal. Huhu

Bangun pagi tengok-tengok boiler tak boleh keluar air. Papa konon nak repair. Tak lama pun lepas tu ajak kita gi kedai cari baru. Tanya mana yang direpair tadi? Tuuuu... dalam plastik hitam. Huh bertuah!

Lepas survey boiler ke Giant pulak. Nak tengok harga kat Giant. Lagi satu tujuan utama ke Giant sebab nak cari bahan buat durian crepe. Tak pasal-pasal mommy terjebak dengan crepe nih. Papa la nak makan.

Ini contoh azam tahun lepas yang belum tercapai. Huhu. Make-up!


Tengok la rupa ku itu. Tempek bedak je. Lip gloss pun tak pakai. Calit ubat ketiak sarung baju ngan tudung. Siap! Hapa punya pemalas la. Konon berazam lepas ada anak nak jadi hot mom. Huh!





Ok kita cuba lagi tahun ni. Tapi first day masuk kerja pun baju tak ber-iron. Haha. Semalam dah iron tapi pagi tadi tak jumpa tudung yang sesuai. Sarung je la baju lain yang agak-agak tak kedut. Buruk betul la perangai kan.

Ok berbalik kepada durian crepe. Semua bahan dah ada. Durian 2 bekas RM30. Hadoiii mahalnya modal! Tapi tak jumpa non dairy whipping cream. singgah ke City Bakers pun takde. So mommy ambik je la yang dairy.

Nasib baik buat 1/2 adunan je. 1jam lebih kerja-kerja meng-crepe ni tau. Lenguh! Ada tebal ada nipis. BIasa la budak baru belajar. Siap lenyek isi durian. Mula la nak buat cream. MOmmy pukul whip crean pakai mixer. Punya la lama apsal tak kembang-kembang nih. Bila stop mix, terus cair jadi berketul-ketul Huhu!

Tu la derhaka lagi dengan resepi. Last-last mommy buat la 4 bijik purely durian crepe. Pakai durian semata.

Asal bukak peti ais papa gelak tengok 4 ketul durian crepe. Beli bahan bukan main. Melempeng sampai berjam. Tapi hasil 4 ketul je.

Sekian!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
Wazilia
AUTHOR
January 1, 2013 at 8:56 PM delete

letak gambar bunga api pon ok..hehehe..selamat tahun baru deh..semoga ikatan persahabatan kita semakin erat gitew...hehheh

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 2, 2013 at 4:19 PM delete

iietamalek : selamat ita. moga semua azam tercapai yea...!

suzy : aikk apsal sy xtau awk ade bloh nih? hishhh

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 2, 2013 at 10:16 PM delete

I am in fact happy to glance at this website posts which includes plenty of helpful facts, thanks for providing such information.
Feel free to surf my web site ... Deborah Koval

Reply
avatar
@izY@N
AUTHOR
January 5, 2013 at 12:05 AM delete

samala kite beli dairy punya.. kalau dairy mmg tak boleh pukul lama2 nanti cair ..huhu..so adunan tu buang n buat lain..kena pukul sekejap pastu masuk semula kat dalam freeze..pastu pukul lagi.. tp tak kan sekembang non dairy la

Reply
avatar