Borong Pampers lagi

2:37:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Long time no see kan.....! Hehe

Kita mulakan dengan entry shopping dulu yea mommies :-)

Masa balik kampung cuti Maulidur Rasul last week, kawan office mms gambar dia shopping drypers kat Tesco. Alamak! Mengelupur la Mommy sebab stok Arissa memang dah takde. Nak shopping kat Tesco Kota Bharu nanti kang mana nak sumbat semua tu. Kereta kami cute.

Bukak website Tesco tengok offer sampai bila 30 Jan 2013! Fuhhh sempat balik KL.

Sampai KL pukul 4 pagi hari Isnin 28 Jan 2013. Qada' tidur dulu. Bila Papa bangun kasi massage satu badan dulu. Punya la bodek nak ajak kawan tu keluar. Hehe!

Tengahari pergi Tesco Mutiara Damansara. Punya la ramai manusia. Nak cari parking pun susah. Dapat je parking, Arissa pulak dah lena. Dah la stroller tak bawak sebab beg dalam boot pun belum angkut.

Nasib baik ada troli yang untuk baby tu. Mujur la muat lagi nak oiii!


Terjuntai kaki budak ni. Tengok ni....


Kesiannnn......

Tapi dia langsung tak sedar. Sampai kitorang habis shopping. Nampak besar la pulak anakku nih.


Hasil borongan kami.....


Beli drypers 5 pek je sebab sekarang kena pentingkan susu. Susu mahal. Pampers boleh pejam mata lagi.

Promosi Drypers 1 pek RM30.88. Mommy ambik 5 sebab takut nanti dah ketat. Susu S26 stage 3 RM94.88 beli 3 kotak 1.8kg.

Promoter promote Enfagrow. Huhu.. Udah la tu... Yang ni pun Mommy rasa macam kami laki bini dah nak kena puasa ;-p

2 kawan cakap

Write kawan cakap
DiilaNordin
AUTHOR
January 30, 2013 at 3:30 PM delete

bibir arissa cute hehe.

sy beli pampers kat mydin jer. sbb serasi + murah. XL62 RM30 *DRYFIRST*

kena beli pampers murah sbb susunya mahal. huhu

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 31, 2013 at 12:08 PM delete

bibir muncung! haha. itu la pasal. ada kwn ckp dia pakai yg tesco je tapi ok. mahal2 kan susu budak skrg ni

Reply
avatar