First Carre4 Visit 2013

12:30:00 PM 2 Comments A+ a-

4 Januari 2013

Tahun 2013 ni mommy nak try kira berapa kali kami dating berdua kat Carre4.

Ni Jumaat lepas. Hujan lebat yang teramat sangat-sangat. Sampai drive pun punya la slow kat NKVE. Jarang penglihatan rasanya tak sampai 20m. Lebatnya MasyaAllah!

Ambik Arissa pun dalam hujan. Pakai payung tapi masih tempias. Nasib baik tak demam.

Nak balik rumah boleh tapi mesti kena lepas dalam kereta. Apa lagi. Ke Carre4 la kami.

BUdak ni mula-mula ok. Pastu mengamuk sebab ngantuk.



Siapa yang penah terkena bila shopping kat Carre4? Terkana maksud mommy macam kena tipu sikit-sikit.

Dulu mommy pernah beli roti Gardenia. Harga dia kan dan tetap Rm2.40 yang bungkus kecil. Tapi bila diorang scan dalam resit RM2.45. Mommy perasan pun dah kat rumah. Mommy bukan nak cakap pasal rugi 5sen tu tapi cuba bayangkan kalau 100 orang yang beli roti tu. Berapa diorang dah untung? Geram jugak bila dia buat macam tu. Lepas dari kes tu memang mommy perhati satu-satu harga yang dia scan. Kalau nampak lain dari harga yang diorang pamerkan terus mommy tanya. Tak kisah la nak cakap mommy cerewet pun.

Kali ni pulak mommy beli Coklat Hershey yang dalam botol kecik. 205g rasanya. Kat rak dia letak campur-campur botol besar 680g. Tapi harga semua sama RM12++. Mommy ambik botol kecik try scan tak keluar harga. So mommy assuem maybe half dari harga botol besar la kan. Sekali bila dia scan nak bayar keluar harga Rm12++ tapi after diskaun jadi RM9! Biar betul? Biasa kat tempat lain botol besar pun harga RM11++ takkan la yang kecik tu RM9.

Tak puas hati!

Mommy masuk balik cari rak dia. Check harga. Betul! Memang dia letak harga yang sama botol besar/kecik. Kuantiti punya la kecik dia tulis. Nak kena tilik perhati betul-betul baru nampak. Cis!!! Geramnya. Kita tak boleh nak argue sebab mesti dia akan cakap harga dah letak. Tapi perasan kan taktik dia. Huhu!

2 kawan cakap

Write kawan cakap
iietamalek
AUTHOR
January 8, 2013 at 3:09 PM delete

dah banyak kali dgr orang komen pasal mslh ni..kat mydinarea rumah pun cmtu, harga scan tak sma dgn hrga yang display tu..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 8, 2013 at 4:25 PM delete

sy tak berani nak tulis nama dia betul2 kang xpasal saman kita. baru mber ckp td. dia beli botol besar harga RM9. ishhh geram!

Reply
avatar