Ipad @ Tab Murah

11:28:00 AM 5 Comments A+ a-

29 Disember 2012 

Alhamdulillah. Sejak dari tarikh kat atas ni, tab mommy dah tak jadi mangsa ditepuk, dipik, dihempas oleh Arissa. Cik mek ni memang ganas. Ikut sape la ni... ish ishh ishhh

Ni idea papa. Kalau ikutkan mommy, mommy tak suka dedahkan sangat Arissa pada usia yang terlalu muda ni dengan gadget2 ni sangat. Cukup la dia main henpon cikai mommy tu takat nak dengan lagu twinkle-twinkle.

Kedai yang kitorang pergi ni dekat Summit USJ. Nasib baik Arissa tidur dari dalam kereta lagi. Senang sikit kami nak tengok barang nanti. Kalau tak jenuh nak kepung dia.


Seriously ni, stroller ni sudah muka menunjukkan kepentingannya. Memang sangat berguna. Sebab selalunya bila kitorang keluar, Arissa mesti lena dalam kereta. BIla alihkan dalam stroller pun dia masih lena. Boleh sambung tidur lagi dalam 1/2 jam dalam tu.

Ok balik cerita asal. Kedai dia ni duduk kat tingkat atas. Tingkat 3 ke 4 kalau tak silap. Pastu belakang-belakang kedai telefon. Masuk lorong belakang. Sunyi gak lorong ni sebab tak banyak kedai.

Kedai diaada 2 berhadapan. 1 Navi Gate lagi satu Nova Tech.


Yang dia display barang yang ni. Nova Tech.


Semua gadgets yang dijual katanya dari Taiwan. Tak sure la betul ke tak. Kami memang nak cari yang murah-murah untuk dia tengok upin-ipin je.

Banyak jugak display items. Range harga untuk tab ni dari RM230 - RM600++.


Yang husband duk test tu sejibik macam samsung Galaxy Note II. Touch screen dia pun smooth je. Harga RM700 kalau tak silap. Tapi of course la tak sama macam yang original kan. Mesti ada yang beza tapi mommy tak tanya la apa. Dia boleh support 2 sim. Pak cik ni dah berkenan la tu. Tapi tak beli pun.


Orang kedai tu cakap yang tiruan ni dia tak boleh tiru betul-betul design depan yang original. Sebab tu kalau tengok takde brand Samsung tak depan. Kat belakang ada.


Kitorang beli yang harga Rm250. Tambah casing RM29. Yang ni dia hanya boleh connect internet pakai wifi. Nak cucuk broadband pun boleh. Tapi takleh masuk simcard.

Mula-mula elok je dia pakai. Tapi time dia marah dihempasnya jugak. Tapi mommy takde la sakit jantung sangat. Marah tetap marah sebab nak kena ajar dia cermat gunakan barang. 

Malam tadi bateri habis, dia mengamuk tak boleh tengok cerita upin ipin dia. 3-4 kali dia hempas!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
bibi yusof
AUTHOR
January 8, 2013 at 12:22 PM delete

my son- ali also into gadget... dah bagi my ipod.. hoping he stay away from my ipad.. tapi tkde nye.. nk jugak ipad kite...
hubby pon bercadang jugak nak beli yg murah murah cenggini... ok tak quality die? screen die ok tak.. becoz sesetengah i tgk sgt tk sharp.. like ipro.. sgt sgt tk sharp.. and slow la processor die..

Reply
avatar
iietamalek
AUTHOR
January 8, 2013 at 3:13 PM delete

sama mcm zhariff, akn hempas tab biler yg tak berkenan di hati...huhu

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 8, 2013 at 4:24 PM delete

bibi : hiii bibi!!! setakat ni ok lg. tapi bateri 2 xtahan sgt la. dalam 5 jam g2. dah byk kali kena hempas pun takde poblem lg la setakat ni

iieta : berderau perasaan bila dia buat mcm 2. huhu. tp bknnya dia paham. u marah x bila dia buat g? Sy buat2 marah jugak nak bagi dia takut n paham yg dia buat salah.

Reply
avatar
Si Ketam Batu
AUTHOR
February 4, 2013 at 9:23 PM delete

thanks for the info... mmg tgh usha kedai yang jual ipad murah sekitar shah alam... untu my kids yang suka kacau Note my wife and my S3. thanks again.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 28, 2013 at 9:56 AM delete

Si Ketam Batu : most welcome :-)

Reply
avatar