Sayang Anak Tinggal-Tinggalkan

2:57:00 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dear mommies...

Setuju ke dengan pepatah kat atas ni? Hmm

Mommy setuju kalau tinggal sekejap atas sebab contohnya kena gi kursus ke. Tapi kalau tinggal sampai bertahun. Pastu jumpa hanya hujung minggu. Tu pun kalau sempat, kalau tak jumpa sebulan sekali.

Mommy tak boleh bayang kalau Arissa tak tinggal dengan mommy. Owhh NO! I can't live without her!

Dulu masa dekat-dekat nak start masuk kerja lepas cuti 3 bulan tu, My Ma dah cakap kalau tak jumpa babysitter lagi dia suruh tinggalkan dulu kat Kelantan. Nanti bila dah setel semua baru ambik. No No No! Mommy lagi sanggup habiskan cuti dari berpisah dengan dia. Tak pun import My Ma sekejap tinggal dengan kitorang. Haha!

Kenapa tiba-tiba keluar topik ni eh? Hehe. Sebenarnya nak share satu story. My Ma yang bercerita masa mommy call dia. Tak tau macamana tetiba boleh keluar cerita tu.

My Ma bagitau ada sorang kawan dia masa kerja dulu sekarang ni duk jaga cucu. Sorang je. Kawan dia tu pun sama dah pencen macam My Ma. Cucu dia lelaki. Anak dia pun lelaki. Kerja kat KL. Nak kata kerja biasa-biasa tak jugak sebabnya gaji dia boleh tahan la masyuk. Dia ada anak kembar lelaki. Sorang tinggalkan dekat nenek, sorang dia bawak tinggal sekali kat KL. Alasannya sebab tak cukup duit nak bayar babysitter kalau dua orang. Dengar je macam tu, terus mommy sumpah seranah dekat anak laki dia tu. Eiiii geramnya!!!! Macamana la kau sanggup buat macam tu. Wife kau pun sama. Zalim! Kejam!

Mommy tak nafikan anak kembar ni memang kos dia sangat banyak. Boleh jadi double triple. Tapi sanggup ke kita nak pisahkan diorang. Biar la susah macamana pun jangan la pisahkan dia. Jangan la pisahkan dia dengan kita. Tak kesian ke kat dia? Sorang dapat kasih sayang kita. Sorang lagi tak merasa pun. Jumpa pun 2 - 3 bulan sekali.

Sekarang ni dia dah ada anak lagi sorang. Maknanya dah 3 orang. Boleh pulak dia jaga yang baru tu. Anak yang duduk dengan nenek dia tu sekarang dah umur 3 tahun. Bila dia balik kampung pun dia tak pedulikan sangat yang tu. Sampaikan yang tu pun dah tak mesra dengan mak ayah dia. Lagi rapat dengan nenek dan datuk.

Tak adil kan! Dulu cakap tak boleh bela sebab tak mampu tapi bila tambah anak sorang lagi mampu pulak jaga. Mommy tak boleh imagine macamana perasaan mak dia. Tak rindu ke kat anak. Tambah-tambah kembar. Kalau kita mesti nak tengok diorang bersama kan. Main sama-sama. Pakai baju sama. Best!

Tak pasal-pasal mommy yang emosional lebih-lebih. Kita ni nak tinggal anak 2 - 3 hari pun dah sasau inikan pulak bertahun.

8 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
January 9, 2013 at 3:19 PM delete

sampai hati...walaupun parents baby tu ade sebab tertentu nk anta anak ke kampung tapi jan lah smp pilih kasih. kembar kot... :-(

Reply
avatar
miss hidayat
AUTHOR
January 9, 2013 at 4:15 PM delete

sedih plak baca entry ni... sian ko anak tu tersisih sorg-sorg kg..nanti dah besar dah skoloh mesti dia duk tnyo2 bakpo mak ayah dia tinggal dia sorg2 kg.. sapa hati mak ayah dia buat lagu tu.. :(

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
January 9, 2013 at 7:02 PM delete

Mak ayah dia tu waras ker???jgn salahkan anak yg kena tinggal kg tu in case on day dia langsung tak jaga mak pak dia masa sakit hhuhu...zalim2

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 10, 2013 at 5:05 AM delete

Malaysia & Singapore & brunei finest on-line blogshop for wholesale & quantity korean accessories, accessories, earstuds,
choker, rings, hair, trinket & bracelet accessories. Offer 35 % wholesale rebate. Ship Worldwide
Feel free to visit my web site ; locksmith salt lake city ut

Reply
avatar
Lady Mira
AUTHOR
January 10, 2013 at 9:32 AM delete

mumtaz pun my sister offer nk jaga sorang kt penang... sorry no way! tak sanggup nk pisahkan diorang and lagi tak sanggup nk berpisah dgn diorang ...

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
January 12, 2013 at 1:13 PM delete

Mahal sgt ke upah babysitter berbanding kasih sayang anak. Kesiannya dia.... entah la. Mungkin dulu dia terpaksa. Tapi, kalau dh mampu, ambil la balik anak tu. Kasihan dia... mcm terpinggir

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 21, 2013 at 5:41 AM delete

First of all I would like to say fantastic blog! I had
a quick question which I'd like to ask if you don't mind.

I was interested to find out how you center yourself and clear your head before writing.
I've had a hard time clearing my thoughts in getting my ideas out there. I truly do take pleasure in writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are wasted just trying to figure out how to begin. Any suggestions or tips? Thank you!
Also visit my homepage ... click the following internet site

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 30, 2013 at 3:01 PM delete

tula... balik kg baru ni panggil org selawat kat rumah. budah tu dtg gak ngan atok nenek dia. alahaii jernihnya muka dia. pakai jubah ngan kopiah. kiutnyerrrr!

Reply
avatar