Update Arissa @ 19 Months

9:03:00 AM 2 Comments A+ a-

dah tak takut air kolam. dah berani nak lompat dalam kolam

28 Jan 2013 lebih kurang pukul 10 malam
Dalam kereta masa otw dari KB-KL. Tetiba dia cakal "Nakkk". Mommy tanya nak apa? "Chuchu". Yeyyy!! Arissa dah boleh sebut susu. hehe

3 Februari 2013 @ 6.49 PM
Dah pandai buang dalam tong sampah. kesian Arissa kena buli sampai 3-4 kali ulang aling dari ruang tamu ke tong sampah sebab Mommy tak sempat nak record. Pastu masa rekod dia gi buang sampah, bukak tong tengok ada kotak air. Terus dia termenung kat situ. Lama. Dah sudah tutup tong, dah pusing tiba-tiba berhenti. Tak puas hati lagi. Lamaaa. Pusing balik nak bukak tong ambik kotak air. Lawak la gaya dia

Dah banyak vocab baru seperti:

"bihhh laaaa" = habis lah

"bihh dohhh" = habis dah

"ammi laaa" = ambik laaa. Ni bila nak kita ambikkan dia apa-apa

"ana laaaa" = sana laa

"miiii" @ "ammiii" = mommy. Yeyyyy dah boleh panggil Mommy. Tapi dia selalu sebut "buu" dulu. Ibu la tu. sebab kat taska dia panggil pengasuh tu ibu

"Aaaaa appe!" = Apple. Dia sebut macam tu sebab selalu dengar lagu ABC

10 Februari 2013 @ rumah ma tok
dah pandai jelir lidah. Memang kena cubit la pipi tu. Ayah su dia la mengajar ni. Tapi jelir manja-manja. Bukan jelir mengejak

dah tau bunyi anjing. tapi lawak la bunyi dia macam ni "aukk auk auk aukk aukk" . dia akan sebut banyak kali

Suka dodoikan teddy bear atau bantai. pastu sambil nyanyi "do do do doooo"

dah boleh sebut susu dengan lagi clear. "sussu" 

tengok dapur sebut "anah" = panas

asik = nasi

Bila sebut susu / nasi automatik jari telunjuk dia tunjuk ke satu arah. dapur la. atas meja la. comel je cara dia sebut dua perkataan tu. Macam orang yang lidah lembik  

Dulu kalau kita marah terus dia nangis. Pastu up sikit bila kita marah dia terus dua-dua tangan peluk tubuh sambil palingkan mula ke arah lain. Sekarang kalau kita marah, dia diam kejap pastu balas balik. marah kita balik. kadang pukul kita balik.

berat dah 11.8kg

tinggi 80cm 


2 kawan cakap

Write kawan cakap
Wazilia
AUTHOR
January 30, 2013 at 2:51 PM delete

ala comelnye..nak chuchu ye..^_^

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 30, 2013 at 3:00 PM delete

terkejut sy bila tetiba dgr dia sebut tu. owhh touching!!! haha

Reply
avatar