Mari Menabung

1:00:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari Isnin baru ni Mommy ke Mr. Diy kat Aeon AU2. Kalau pergi sana memang rabun mata. Banyak betul benda- kiut-miut. Dah la harga murah-murah.

Tujuan utamanya sebab nak cari beg untuk letak bekal Arissa ke Taska. Tu nanti kita cerita entry lain yea. Dah alang-alang sampai ke sana jenguk la apa yang kiut dan murah boleh dibeli.

Mommy beli bekas sangkut berus gigi kartun. Comey sangat! Dah siap gantung dalam bilik air letak berus gigi Arissa. Alhamdulillah makin senang dia gosok gigi pagi-pagi sekarang ni. Dah pandai bukak tutup sendiri.

Pastu beli tabung. Orang kelantan panggil cheleng! Hehe. Konon nak ajar Arissa menabung dari kecik la ni. Tapi cik mek ni memang sebijik ikut perangai Mommy. Kurang sabar!

Mula-mula dia keluarkan coin dari tin kecik tu. Dulu Mommy simpan coins dalam tu.


Pastu Mommy tunjuk contoh camana nak masukkan coins tu. Dia ikut.



Tapi..... Bila coins tu tak dapat masuk sebab dia letak tak betul. Mula la mengamuk. Tetuk tabung tu. Hempas! Aiyakkkk...! Parah betul budak ni.

Mommy pegang tangan dia bantu dia masukkan balik. Ok la kejap. Pastu bila tak dapat mengamuk lagi.


Tapi tak boleh kita nak pandang tempat lain. Slow-slow dia nak suap masuk mulut. Huhu!

Dugaan Bersolat

9:40:00 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Sekarang ni kalau nak solat memang mencabar betul. Tambah-tambah kalau nak solat Asar lepas dah sampai rumah. Tinggal Mommy dengan Arissa je. Papa pukul 7 baru sampai rumah.

Arissa ni pantang nampak kita bentang sejadah. Bukan dia nak solat. Tapi tak bagi kita solat. Nak kacau kita. Dulu tak macam ni. Kalau dulu dia sama sibuk nak sujud.

Sekarang macam ni la gaya dia



Mommy mula-mula elok je solat kat tengah-tengah sejadah tu. Tapi bila time nak sujud kena beralih ke kiri. Pastu rakaat kedua sujud belah kanan pulak. Kadang tu terpaksa sujud lama. Bukan sebab khusyuk tapi sebab cik mek tu panjat naik duduk atas tengkuk. Huhu. Kadang tu bila kita nak bangun dia terkam nak bergurau. Sampai tercabung telekung pun ada. Aduhhhh.... Dugaan. Tapi Allah tau kan kita ibu ni nak beramal ibadat tapi dalam masa sama nak jaga anak kecik lagi. InsyaAllah harap-harap Dia terima la solat Mommy yang kadang berterabur. Hehe!

Resepi Fish N Chips Best

2:09:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Ni nak share salah satu resepi peberet my Abah. Kalau dia datang tidur kat rumah, menu ni wajib kena buat. Suka betul la dia. 3 keping pun boleh habis. Seronok sangat tengok dia makan berselera. Maklum la bukan senang nak makan hasil air tangan anak perempuan dia yang sorang ni. Hehe!

Fish n chips!

Orang cakap masak western ni senang. Cepat. Memang betul tapi bila Mommy yang buat tak jadi cepat pun. Lagi-lagi kalau cik mek tu masuk dapur sama. Satu blok boleh dengar suara Mommy. Haha! Malu ok!

Jom kita buat!

Resepi Fish n Chips

Untuk ikan:

Mommy guna sutchi fillet beli kat Giant. 1 peket ada 4 keping. Boleh potong 2 sebab besar tau.


Mommy guna 2 keping je. Potong dapat la 4 keping. Ikan ni dah bersih. Jadi tak payah basuh dengan gigih sangat.

Dulu Mommy goreng celup telur kemudian tepung, pastu goreng. Ikan jadi cepat lembik. Sekarang Mommy buat macam ni.

Mula-mula celup ikan dalam tepung serbaguna KFC.


Pastu celup dalam telur.


Last celup dalam breadcrumbs.


Baru goreng. Goreng sampai dia keemasan. Kalau tak yakin isi dah masak ke belum. Cucuk la dengan sudip tu bagi minyak meresap ke dalam.

Dah siap jadi macam ni.


Makan fish n chips tak sah kalau takde salad. Salad Mommy simple je. Guna daun salad lettuce (kalau tak silap eja gitu), parut carrot, rebut ubi kentang yang dah potong dadu dan sedikit bawang besar yang di dadu halus. Gaulkan semua. Bila nak makan, senduk masuk pinggan baru picit mayonis dengan thousand island. Sedap!


Lagi satu yang perlu ada kentang goreng. Yang ni peberet cik mek kita.


Macam ni la rupanya bila susun dalam pinggan.


Malam tadi rasa macam sedap sangat la pulak fish n chip ni. Selalu tak sesedap tu. Hehe! Sebenarnya nak marah kan diri sendiri sebab malam sebelum tu Mommy buat meggi goreng tak sedap. 1st time husband cakap masakan Mommy tak sedap. Tawar dan kering. So malam tadi balas dendam la. Bagi dia makan sampai terus tidur lepas tu. Tak sempat dia nak ngadap internet. Haha!

Mission accomplish!

My Dear Warehouse Sale 2013

11:15:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Mommies....!! Sila pangkah siap-siap kat kalendar masing-masing tarikh ni yea!

28 Feb - 10 Mac 2013
9am - 7pm


Jom kita serbu ramai-ramai!

Mommy dah ada benda yang nak beli nih. Patut beli lama dah tapi asyik tangguh. Sekarang benda tu sangat-sangat diperlukan.

Jumpa kat sana yea :-)

Update Arissa @ 20 Months

11:25:00 AM 2 Comments A+ a-

Sangat suka ikut apa orang cakap. Kalau tukar pampers, Mommy ajar suruh cakap "Mommy uk ukk". Pastu dia akan cakap "amiii ukk".

17 Feb 2013 @ 10pm
Papa marah dia. Pastu pukul manja kat peha. Terus dia diam. Pastu tetiba pukul balik kat peha papa dia. Tak puas hati lagi jelir lidah pulak.

22 Feb 2013 @ 6pm
Balik dari taska, tetiba panggil "kaka". Mommy tak paham lagi apa bendanya. Sampai kat rumah pun panggil lagi. Kadang bunyi "kakak" sambil duk peluk kaki kita. Laa panggil Mommy kakak rupanya. Adoiiiii! Sekarang pun, balik je dari taska, mesti panggil "kakak"

24 Feb 2013
Dah pandai ajuk papa dia bersin. Mula-mula tak perasan. Tapi bila dengar husband bersin, then tengok dia duk "ahum ahum!" sambil terbongkok-bongkok wat gaya. Haha! Lawak la dia ni

12 Mac 2013 @ Maghrib
Mommy bukak peti ais nak ambik sayur, dia nampak air kotak. tetiba sebut "Aairr ko..tak". Hah dah tau air kotak pulak dahhh

Popok Nak = maknanya nak biskut atau gula-gula atau apa-apa untuk dikunyah. Mula-mula Mommy ingat dia nak keropok. Hehe

Suka menjerit @ bertempik kalau nak marah atau lambat dapat apa yang dia nak

Muntah Lagi

11:26:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-(

Mommy El hari ni. Arissa muntah-muntah lagi. Sama macam yang lepas. Start muntah pukul 1 pagi lebih. Habis keluar yang dia makan. Paling banyak keluar epal. Nampak sangat dia tak kunyah betul-betul epal tu. Petang sebelum tu dia makan macam-macam.

Balik taska Mommy bagi cereal milo. Pastu buah epal Mommy potong-potong habis dekat sebijik epal fuji tu. Minum air soya 1 kotak Pastu malam makan nasi dengan ayam.

Banyak sangat kot. Sampai perut dia tak sempat nak proses.

Start muntah pukul 1 pagi. Tak sampai 5 minit muntah lagi. Pukul 2 pagi muntah lagi. Susu dai takmo minum. Bagus jugak. Kalau tak lagi banyak keluar. Baju dua kali tukar. Kain batik, napkin tak payah cakap la, penuh 1 baldi. Malam tu Arissa tidur pakai pampers je. Nasib dia nak selimut. Tu pun rasanya sebab dah tak larat sangat nak tujah selimut tu.

Bangun pukul 7 muntah lagi. Minum susu terus keluar balik. Keluar kut hidung sekali. Perut dah kempis. Habis nampak tulang rusuk. Pagi tu aje dalam 4 kali dia muntah. Mommy bagi ubat tahan loya sebijik lagi. Terus dia tidur. Lama. Tengahari baru bangun. Suapkan dia bubur nasi. Makan roti sikit. Pastu dia membuang.

Alhamdulillah!

Dr. Serena cakap kalau dia dah kentut atau membuang, tak muntah la lepas tu. Betul! Terus tak muntah dah. Lap-lap badan, dia tidur lagi. Pukul 2 dia tidur. Pukul 6 baru bangun! Penat betul agaknya.

Bangun tu Alhamdulillah dah ok. Dah start bekerja balik la dia ;-p

Nasi Ayam Untuk Besday Girl

2:05:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Ini menu untuk besday girl weekend baru ni.

Mommy suka sangat kalau dapat masak menu yang boleh makan dari pagi sampai malam. Contohnya nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato. Husband tak kisah makan lauk yang sama dari pagi sampai malam. As long as Mommy masak. Hehe! Zalimkan ;-p

Mommy start masal pukul 8. Stok ayam dah siap buat malam sebelum tidur lagi. Ayam pun dah perap dari malam tadi. So kurang la sikit kerjanya.


Resepi ni Mommyambik kat blog tapi tak ingat dah blog mana. Sedap! Senang! Cepat!

Meh nak sharekan resepi.

Ayam untuk nasi ayam


Bahan-bahan:
Ayam yang dah direbus sampai empuk
Halia
Bawang putih
Kicap pekat manis
Sos tiram
Minyak
Gula
Garam

Cara masak:
Tumbuk/blend halis dan bawang putih. Sikit je halia ngan bawang putic tu. Macam nak sapu kat ayam.
Pastu masukkan bahan-bahan lain.
Peram la 1/2 - 1 jam. Lagi lama lagi sedap.
Pastu panggang. Mommy pakai pemanggang ajaib.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras (Pakai basmathi best!)
Rempah 3 beradik
Bawang merah
Bawang Putih
Stok Ayam
Halia
Serai
Daun Pandan
Pewarna kuning
Garam
Minyak untuk menumis

Cara masak:
Tumis bawang dengan rempah sampai wangi.
Masukkan serai.
Masukkan beras kejap.
Pastu baru masukkan stok ayam, daun pandan, garam dan pewarna.
Masak la macam masak nasi.

Sos

Bahan-bahan:
Cili besar 2 biji
Cili padi 3 biji
Halia
Bawang putih 1 ulas
Cuka sikit
Stok ayam 1 senduk kecik
Garam
Gula 

Cara buat:
Blend je semua. Siap!

Kicap



Bahan-bahan:
Kicap manis
Stok ayam sikit
Garam
Gula

Cara masak:
Panaskan kejap atas dapur sampai semua hancur. Siap!

Sup

Bahan-bahan:
Stok ayam
Rempah 3 beradik
Garam

Cara masak:
Panaskan stok ayam. Masukkan semua bahan.
Nak hidang tabur la daun bawang daun sup.      

Senang je kan. Semua guna bahan yang sama. Arissa kalau makan ni memang banyak. Sampai Mommy yang kena stopkan dia. Makan nasi ayam Mommy suka letak salad butterhead buat alas ayam pastu parut timun. Husband tak makan kalau timun kalau potong biasa. Nak kata takde gigi penuh je nampak gusi tu. Hehe!



Meng-5S-kan Peti Sejuk

11:34:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Salah satu aktiviti yang Mommy suka sangat buat tak kira la hujung minggu ke hari bekerja, asalkan sempat ialah kemas peti ais.

Ni buat lepas balik beli barang dapur kat Giant hari Sabtu baru ni. 


 Takde la kemas sangatkan. Tapi lapang la sikit mata ni bila bukak peti ais. Dah tak nampak plastik-plastik kira ok la. Dulu masa mula-mula kawin konon nak guna semua bekas brand Tupperware je dalam ni. Tapi tak mampu la. Tupperware selalu jugak la Mommy beli tapi simpan dalam stor. Nak guna sayang. Haha!

Kitorang memang wajib ada stok air kotak. Kadang makan nasi pun minum air kotak. Malas nak bancuh air. Hehe. Sekarang yang ada teh bunga dengan soya. Pastu air tin cincau, 100 plus dan teh o ais limau. Kalau time air kotak milo murah boleh la borong. Kalau tak takdenya nak beli sampai RM9 satu pek.

Sos dengan kicap semua letak dalam ni jugak. Dulu letak dalam kabinet daput tapi tak lama tengok jadi berbuih.

Bila dah susuh macam ni rasa menyesal la pulak beli peti ais kecik. Patut dulu ambik besar lagi. Hehe. Tak sedar diri! Tengok la rumah tu besar mana......

Ni bahagian pintu.


Kat sini masih ada plastik. Yang dalam plastik tu botol masu asli. Malas nak buang plastik nanti melekit. Stok telur harus sentiasa penuh sebab Mommy memang spesis yang makan nasi wajib ada telur dadar.

Ok. Tu je la.

Eh tapi... macamana nak kekalkan buah ngan sayur tahan lama yea. Dah try balut plastik, surat khabar, letak dalam bekas tapi sama je. Cepat je layu

Cat Eawww

2:59:00 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Mommy tak sangka rupanya Mommy ni ada bakat melukis. Haha! Maaf poyo la pulak.

Buktinya ini....


Walaupun lukisan Mommy jual confirm tak laku tapi cukup la bila anak dara ku tahu apa yang Mommy dia lukis. Hehe!

Agak-agak cam ke binatang apakah itu?

Mommy lukis kepala, misai dengan telinga je terus Arissa mengeow. Haha!

Tanya dia ni apa? "Eaww  eawww". Ok. Bagus. That's cat!

Happy 20 Month Lil' Arissa

9:48:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah

Syukur Ya ALLAH Engkau kurniakan kami anugerah terindah ini :-)

Semenjak usia Arissa 1 tahun 1/2 memang betul-betul mencabar perangai dia.
Tapi semua orang cakap umur macam sekarang ni time dia melasak.
Yea sungguh lasak!
Sampai Mommy pening tengok awak.

Tapi moment yang paling syahdu bila Arissa tidur.
Sedih pulak tengok muka dia.
Tenang je.
Rasa menyesal marah-marah dia.

Sorry sayang!

Mommy sayang awak!!

Semoga Arissa menjadi anak yang solehah, taat perintah ALLAH, rajin solat, hormat orang tua, cemerlang dunia dan akhirat. Amin!

Entry birthday kali ni banyak sikit gambar.

Hadiah Arissa InsyaAllah besok sampai :-)

Hari ni besday girl bangun awal. Lepas mandi ngadap tabby dia. Layan Upin Ipin.


Lenguh duduk, meniarap pulak.


Tengahari keluar jalan-jalan. NI dah time dia tidur sebenarnya. Dah mula menguap.


Suka sangat nganga mulut luas-luas sekarang ni. Pastu buat bunyi macam sakit tekak.


Masa ni dia dah lena. Ukur sikit tangan yang suka tampar muka orang nih.



Kaki gemok! dah pakai kasut saiz 5-6. Huhu!


Ni je la gambar kami bertiga yang boleh snap. Papa nya bukan jenis yang suka ambil gambar. Dia hanya suka bergambar. Ceh!


Resepi Spaghetti Bolognese Cepat

4:15:00 PM 6 Comments A+ a-

Mood mini chopper masih tak hilang lagi. Hehe! Layankan aje lah sementara tengah rajin ni kan. Lepas ni kalau angin malas datang makan megi la jawabnya.

Ni antara kegemaran husband. Kalau masak dinner benda ni, breakfast pun dia boleh makan lagi. Tapi kalau nasi tak pulak. Konon dah basi. Cehh!

Bahan-bahan sangat simple.

Daging kisar. Boleh beli Ramly atau daging kisar yang timbang. Yang tu lagi halus. Takde urat-urat lemak bagai. Campur sikit dengan ayam cincang pun lagi sedap. Gambar lupa nak snap.

Bawang besar, bawang putih dicincang.


Siap cincang! Tak perlu lagi kung kang kung kang mencincang. Hehe!

 

Buah tomato. Letak la sebijik dua. Lagi masam lagi sedap. Nak pakai puri pun boleh. Tapi kalau buah yang dicincang ni lagi best sebab nanti makan ada ketul-ketul gitu.


Siap! Hehe! 


 Cendawan. Ni mommy pakai shitake. Cendawan butang pun best.


Last sekali yang paling penting. Pes spaghetti la. Mommy pakai brand Kimball sebab ada yang cakap prego diragui. Emm tak sure la yea ke tak.

Sumber: Google
 
 Caranya pun mudah je.

Tumis bawang sampai layu.
Masukkan daging cincang.
Bila dah masak masukkan sos spaghetti.
Tambah air sebab pekat sangat.
Masukkan tomato.
Letak la garam gula.
Siap!

Makan spaghetti ada meatball baru syok.

Mommy pun try la buat since dah terlebih beli daging cincang. Main belasah je ni.

Bahannya daging cincang, bawang merah yang dicincang, serbuk lada hitam, mix herb, telur dan garam.

Gaul la. Pastu kepal-kepal goreng.

Gambar dah siap tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat. :-)

Jalan-Jalan ke OU

11:30:00 AM 3 Comments A+ a-

Ni gambar selepas selesai shopping ringan-ringan mini chopper tu.

Lepak kat RainForest OU ni kejap. Bagi budak kecik ni exercise sikit.


Dulu takut nak duk dekat tepi kolam.


Sekarang ni Papa yang takut Arissa terjun kolam!


Tak paham simbul apa yang dia cuba buat. Ajaran bapaknya la tu.


Errrr.... Sebenarnya point utama adalah nak tunjuk yang kat bawah ni. Hehe!

Konon imej baru :-)


Nak bergaya dengan blouse la pulak. Selalu asyik jeans ngan tshirt je. Sekarang Mommy dah tak berapa gemar pakai jeans. Lagi suka pakai seluar macam ni. Apa nama dia yea? Mommy panggil seluar slack kain keras je. Hehe.

Ok ke?


Yea saya tau kaki saya kurus kering walau makan dah macam bela hantu raya ;-(

Yeyyyy!! Mini Chopper

10:42:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Minggu ni Mommy dapat assistant baru kat dapur kecik kami. Alhamdulillah dah lama teringin nak beli tapi asyik tertangguh.

Bendanya bukan la mahal pun. Tapi Mommy suka.

Ni benda nih....


Comey tak? Kiut kan! Hehe

Selalu tengok kat kedai elektrik OnKing the Strand. Yang tu brand Kenwood. Harga sebelum ditawar RM119. Hmm... Kalau yang harga 100 ke atas ni Mommy risau nak bisik kat Papa, takut nanti kalau guna kejap je, nanti dia bising. Pendam la dulu hasrat tu.

Hari Sabtu kami ke OU. Alasan nak cari kasut Arissa. Kaki budak kecik tu cepat betul membesar. Sekarang dah pakai saiz 5 -6. Huhu. Jenuh la tiap bulan nak kena beli kasut baru. Solutionnya sekarang kalau nak beli kasut kena beli yang 1 saiz lagi besar dari kaki dia. Dapat la pakai 3-4 bulan.

Beli kasut bayar kotak je. Kasut bagi Arissa pakai. Testing saiz sebenarnya tapi dia kalau dah sarung kasut jangan harap la boleh cabut balik. Masalahnya bila dah pakai kasut mula la takmo duduk dalam stroller. Terpaksa la Mommy buat aksi stunt sikit nak baik dia tak bosan duk dalam tu.

Mood Papa ok pulak hari tu. Boleh la round kat barang elektrik. Geram betul tengok barang-barang letrik kat situ. Semua nampak comeyyyy! Tetiba nampak mini chopper ni. Terus bagitau Papa bahawasanya dah lama Mommy duk cari benda ni. Pastu buat muka kesian. Tetiba Papa tanya "Nak ke? Ambik lah". Yeyyyy!!! Rasa macam cramp pipi duk sengih. Hehe. walaupun benda tak mahal, tapi kalau dah mengidam, lain rasanya bila dah dapat. Thanks Bie!!!!

Balik rumah terus semangat nak masak. Arissa pulak dah mengantuk. Sampai je rumah, masuk buai terus lena. Alhamdulillah!

Terus start kupas bawang. Nak test si comel nih.


Papa bunyi je mini chopper ni terus masuk dapur. Excited nak tengok. Bunyi dia perlahan je. Secomel tuan dia la.

Hasilnya....





Dia tak hancur macam kita blend. Dah nama pun chopper kan. Tapi takpe. Mommy suka! Puas hati dah ada depan mata.

Makanya tengahari tu makan nasi tomato dengan ayam masak merah la kami :-)

Update Arissa @ 19 Months

9:03:00 AM 2 Comments A+ a-

dah tak takut air kolam. dah berani nak lompat dalam kolam

28 Jan 2013 lebih kurang pukul 10 malam
Dalam kereta masa otw dari KB-KL. Tetiba dia cakal "Nakkk". Mommy tanya nak apa? "Chuchu". Yeyyy!! Arissa dah boleh sebut susu. hehe

3 Februari 2013 @ 6.49 PM
Dah pandai buang dalam tong sampah. kesian Arissa kena buli sampai 3-4 kali ulang aling dari ruang tamu ke tong sampah sebab Mommy tak sempat nak record. Pastu masa rekod dia gi buang sampah, bukak tong tengok ada kotak air. Terus dia termenung kat situ. Lama. Dah sudah tutup tong, dah pusing tiba-tiba berhenti. Tak puas hati lagi. Lamaaa. Pusing balik nak bukak tong ambik kotak air. Lawak la gaya dia

Dah banyak vocab baru seperti:

"bihhh laaaa" = habis lah

"bihh dohhh" = habis dah

"ammi laaa" = ambik laaa. Ni bila nak kita ambikkan dia apa-apa

"ana laaaa" = sana laa

"miiii" @ "ammiii" = mommy. Yeyyyy dah boleh panggil Mommy. Tapi dia selalu sebut "buu" dulu. Ibu la tu. sebab kat taska dia panggil pengasuh tu ibu

"Aaaaa appe!" = Apple. Dia sebut macam tu sebab selalu dengar lagu ABC

10 Februari 2013 @ rumah ma tok
dah pandai jelir lidah. Memang kena cubit la pipi tu. Ayah su dia la mengajar ni. Tapi jelir manja-manja. Bukan jelir mengejak

dah tau bunyi anjing. tapi lawak la bunyi dia macam ni "aukk auk auk aukk aukk" . dia akan sebut banyak kali

Suka dodoikan teddy bear atau bantai. pastu sambil nyanyi "do do do doooo"

dah boleh sebut susu dengan lagi clear. "sussu" 

tengok dapur sebut "anah" = panas

asik = nasi

Bila sebut susu / nasi automatik jari telunjuk dia tunjuk ke satu arah. dapur la. atas meja la. comel je cara dia sebut dua perkataan tu. Macam orang yang lidah lembik  

Dulu kalau kita marah terus dia nangis. Pastu up sikit bila kita marah dia terus dua-dua tangan peluk tubuh sambil palingkan mula ke arah lain. Sekarang kalau kita marah, dia diam kejap pastu balas balik. marah kita balik. kadang pukul kita balik.

berat dah 11.8kg

tinggi 80cm