Dugaan Bersolat

9:40:00 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Sekarang ni kalau nak solat memang mencabar betul. Tambah-tambah kalau nak solat Asar lepas dah sampai rumah. Tinggal Mommy dengan Arissa je. Papa pukul 7 baru sampai rumah.

Arissa ni pantang nampak kita bentang sejadah. Bukan dia nak solat. Tapi tak bagi kita solat. Nak kacau kita. Dulu tak macam ni. Kalau dulu dia sama sibuk nak sujud.

Sekarang macam ni la gaya dia



Mommy mula-mula elok je solat kat tengah-tengah sejadah tu. Tapi bila time nak sujud kena beralih ke kiri. Pastu rakaat kedua sujud belah kanan pulak. Kadang tu terpaksa sujud lama. Bukan sebab khusyuk tapi sebab cik mek tu panjat naik duduk atas tengkuk. Huhu. Kadang tu bila kita nak bangun dia terkam nak bergurau. Sampai tercabung telekung pun ada. Aduhhhh.... Dugaan. Tapi Allah tau kan kita ibu ni nak beramal ibadat tapi dalam masa sama nak jaga anak kecik lagi. InsyaAllah harap-harap Dia terima la solat Mommy yang kadang berterabur. Hehe!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
DiilaNordin
AUTHOR
February 28, 2013 at 10:17 AM delete

sama lar. tapi fahiim suka berdiri kat belakang. kekadang kalau kita rukuk, dia gelak, nasib baik time sujud dia tak panjat atas badan.

hehe mcm2 budak2 ni kan.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 28, 2013 at 2:07 PM delete

DiilaNordin : hii diila. ok la 2 dia xusik. ni langsung xbg kita solat

Reply
avatar
February 28, 2013 at 2:19 PM delete

kalau irfan plak dia suka kacau abah dia solat... ngan mama dia, tak berani kacau sbb garang... haha... suka bebeno dia menyelak kain pelikat abah dia & duduk dalam tu... last2 kena sembahyang guna seluar la... :)

Reply
avatar